Quantcast
Channel: Jari Manis : Travel List
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trip Solo : Dari Don Mueng Airport ke Bangkok City

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Meh sini datang dekat JM...i nk kongsi my SOLO trip to Bangkok City.

Travel trip on 23 July 2015
Ini sambungan entri Do Not Miss Me

Kawan opis pun tak percaya.."BERANI nya ko travel SOLO...ko nak pegi Bangunan SAPURA Seri Kembangan guna WAZE pun sesat"(ayat perli) inikan pula Bangkok City sensorang?

Tak di nafikan....memang betul cakap kawan JM tu...sebut Shah Alam je....JM akan cakap jauhnya...sebut nak pegi IKEA Damansara pun....JM akan elak....sbb? takut sesat dan jem..see?

Ini kan pula Bangkok City?

Kepada yang dah biasa travel SOLO akan cakap'kacang' je..Bangkok City je pun...public transport semua mudah..easy...can do it yourself....tapi bagi JM yang first time travel SOLO tetap CUAK.

Okey..kalau korang nak tahu apa yang terjadi kepada JM semasa di sana..haruslah follow this Bangkok Story.

Macam-macam yang berlaku sepanjang trip 6 hari 5 mlm tu :
1. Bertemu dengan orang Bangkok yang baik dan perihatin
2. Booking bilik untuk seorang tetapi bila check-in dapat bilik untuk 3 orang
2. Dalam perjalanan nak ke Tailing Chan Floating Market time tu pulak nak 'terbe$%^" . Kelam kabut cari toilet...tahan almost 2 jam...korang rasa?
3. Tido malam rasa ada 'something' atas badan..BERAT tak boleh nak gerak!
4. Peristiwa di tinggalkan di tepi highway disebabkan salah sebut nama lokasi
5. Tertiggal topi pink dalam Van
6. Berbasikal di Bandar Ayuttaya - melintas simpang 3 dan roundabout dengan basikal <-- berani pulak tu...kalau di Msia jangan mimpi nak buat?
7. Tersalah masuk gerabak train

Pelbagai pengalaman yang JM lalui..

Kesimpulan : YES!!!! akan travel SOLO lagi kerana pengalaman yang ini sangat BEST!!!!

Detail trip :

Flight KLIA2 - Don Mueng Airport, Bangkok : 23 July 2015, boarding time : 3.00 petang
Flight Don Mueng Airport - KLIA2 : 28 July 2015, boarding time : 4.30 ptg
Return Ticket : RM184.00

Jam 1.40 petang sampai di KLIA2 terus ke kaunter untuk dokumen check sebab JM tak drop luggage. Galas bagpack 6.5kg je. Selesai check in, terus lunch di Marry Brown. Jam 2.40 petang baru gerak masuk cari gate Q.

Sampai gate Q jam 3.00 petang, ehh! sempat lagi ni nak solat jamak Zohor dan Asar. Pastu terus ke surau. Selesai ambil wuduk dengar announcement boarding time tu Don Mueng. Alamak! kelam kabut sarung tudung. Kalau lah time tu JM tak dengar....jawapan nya 'bye-bye Bangkok'.

Depart time 3.40 petang
Estimate time arrival : 5.50 pm waktu malaysia dan 4.50 petang waktu Thailand

Selepas 2 jam 10 min dalam flight, alhamdulillah selamat mendarat di Don Mueng International Airport, Bangkok. 

Lelaki berbaju putih tu orang Jepun duduk sebelah JM dalam flight
Terus gerak ke Imigresen kaunter. 

Waktu beratur nak clear passport, semua line panjang...ramai!!!

Depan JM ada sorang minah ni lama betul di kaunter imigresen..rupanya baru nak isi Arrival Card. Mamat di belakang JM pulak dah rengsa, tak senang duduk, nampak nak cepat je sambil lihat jam di tangan.

Then JM pun borak lah ngan mamat ni (cina malaysia)..ini kali ke 4 beliau ke Bangkok. Trip kali ni dia akan stay di area Chao Phraya River, pastu dia cakap dah minta driver jemput. Kalau naik teksi waktu ni memang jem sebab orang baru balik kerja.

Jadi JM minta mamat tu cop passport dulu sebab JM pun tak pasti lagi nak naik train, bus atau teksi untuk ke Bangkok City dari Don Mueng Airport tu.

Plan asal nak naik tren tetapi masih ragu-ragu sebab tak jelas lokasi stesen keretapi tu. 

Meh JM kongsi sedikit info sebagai panduan..ini pun dapat tahu pada hari terakhir di Bangkok :

Kepada yang tak tahu, Bangkok sebenarnya mempunyai 2 airport utama tau..

i.  Jika naik Malaysia Airlines atau Thai Airways flight mendarat di Bangkok Suvarnabhumi Airport (BKK)

ii.  Bagi yang fly with Air Asia atau Malindo Air, flight akan mendarat di Bangkok Don Mueng Airport (DMK)

Waduhhh...explanation lagak nya seperti travel agent ngak atau Wikipedia idak pun Wikitravel kih kih kih...ada ambo kesah...janji reader faham dan mudah buat rujukan..ada pahem!!! hihihhi

Ada beberapa cara dari Don Mueng Airport to Bangkok City. 

1. Naik Bus

- Bus No A1
i. Keluar sahaja dari Arrival Hall pandang sebelah kiri cari gate No. 6
ii.Keluar ikut gate tu nanti akan nampak board tertulis "A1 Bus"
iii. Tunggu bas kat situ
iv. Bas A1 akan berhenti di BTS Mo Chit

Board ni sebelum keluar Gate No 6
Keluar dari Arrival Hall sebelah kiri cari Gate No 6
Keluar je dari Gate No 6 - tunggu bas A1 kat sini
Bas A1 route : Don Mueng Airport - BTS Mo Chit Station/MRT Chatuchak - Bangkok Bas Terminal
Bas A2 route : Don Mueng Airport - Victory Monument

Harga tiket THB30 (~RM3++) dan bayar kepada konduktor bas. Sampai je di BTS Mo Chit Station, boleh naik BTS Skytrain atau MRT (underground) untuk ke destinasi yang korang dah plan. FAHAM? heeee.

- Bus No 29
Kalau korang rasa THB30 tu mahal boleh naik bas No 29. Tambah bas THB10 (~RM1++). Kat mana nak naik bas ni?
i. Keluar dari Arrival Hall dari gate yang paling hujung sebelah kanan
ii. Cross jalan dan gerak arah ke kanan
iii. Nanti korang akan nampak bas stand sebelah kiri.
iv. Tunggu bas no 29 kat sini. Bas warna merah akan lalu Bts Mo Chit dan seterusnya ke Victory Monument...mudah bukan?
Follow ARROW yang JM lukis tu
Kalau rasa tak nak lah naik bas...nak naik keretapi...pun boleh!!!

2. Keretapi dari Don Mueng Airport Station ke Hua Lampong Station

Bagi budget traveller boleh naik keretapi dari Don Mueng Airport ke Hua Lampong Station. Dari Hua Lampong ada connection dengan MRT Station untuk ke BTS Station.

- Keluar dari Arrival Hall gerak ke kiri dan cari lift yang tertulis Amari Don Mueng Airport Bangkok
- Naik lift ni ke aras 2
- Jalan ikut jejantas ni sehingga sampai ke stesen keretapi Don Mueng
- Tambang keretapi THB5 (~50sen++)

Naik lift ke aras 2 dan jalan cross jejantas
3. Cara ketiga bagi mereka yang ingin keselesaan boleh naik TAXI Airport
- Cari Gate No 8 di sebelah kiri Arrival Hall
- Tambang taxi ikut METER

Salah satu teksi meter di Bangkok...cantik kan...why? sebab warna ping eheheeh
*****************************************

Okeyy...meh kita sambung apa yang terjadi pada JM selepas keluar dari Arrival Hall tu.

Waktu ni JM masih 'BLANK" kat mana nak naik train/keretapi ke Bangkok City..

Bila dah cop passport keluar ke Arrival Hall terus cari SURAU. Apa-apa pun SOLAT mesti diutamakan sebab JM fikir jika kita tunaikan perintah Allah, Allah akan permudahkan urusan yang lain.

Muslim Prayer Room - Don Mueng Airport

Muslim Prayer Room - Don Mueng Airport
Muslim Prayer Room - Level 2
- keluar je dari Arrival Hall tu terus ke kiri
- naik escalator ke Level 2
- follow je sign Muslim Prayer Room
- ambil wuduk dalam toilet hujung sekali

Sebelum solat JM tanya lah seorang budak perempuan dalam surau tu...dia nak ke Krabi,

"Adik kat mana nak naik keretapi ke Hua Lamphong?"

Pastu dia cakap perlu lintas jalan. Masih tak puas hati, JM pergi ambil wuduk...apa-apa pun solat dulu kemudian baru cari stesen tu.

Lepas dah solat, mulut ringan je tanya seorang lagi budak perempuan ni. Waktu ambil wuduk tadi JM memang dah senyum kat budak ni sebab cantik hihihihi.

JM : Boleh cakap melayu?

Adik comel : boleh sikit-sikit

Dalam hati JM...wahh...ini sudah bagus..

JM : akak nak ke stesen keretapi, tapi tak tahu cara nak ke sana..

Adik comel : ohh...nak naik keretapi tu perlu lintas jalan. Tapi kalau akak naik keretapi tu lama, lambat!...akak ikut saya. Saya nak balik ASMARA..

JM : ASMARA? ke ASRAMA kih kih kih

Adik comel : ASRAMA heeeee

Namanya Shafinaz student intership di Bangkok. Berasal dari Yala, Thailand.

So APA yang terjadi kepada JM selepas follow adik comel ni? nak tahu TUNGGU!!!

Berapa lagi mau tunggu...ahahahah...faham-faham lah sendiri ye

BERSAMBUNG!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.