Quantcast
Channel: Jari Manis : Travel List
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trip Solo : Bus No 29 to Mo Chit BTS Station, Bangkok

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Lama betul kan JM tak 'bersiaran' ada yang cari tak?


Ingat lagi tak apa yang berlaku di Don Mueng Airport, Bangkok?

Tak ingat? mestilah tak ingat kan sebab entri tu dah up beberapa minggu yang lalu.

Meh JM throwback...semasa solat di Surau, Don Mueng Airport..JM berjumpa dengan seorang student yang menuntut di salah sebuah universiti di Bangkok, kemudian dia 'offer' untuk tunjukkan cara naik bas ke Mo Chit Station. Kebetulan beliau nak balik asrama dan we are in a same direction.

Ingat? alaaa....dia nak balik asrama tetapi sebut jom 'ASMARA' heeheheh....

Nampak baik budaknya...cantik, putih dan gebus hihihi...kalau JM ni lelaki memang terpikat lah kih kih kih....jangan salah faham...itu hanya gurauan.

Sebenarnya JM nak ke Hotel Silom Avenue Inn tempat penginapan yang telah di tempah melalui booking.com selama 6 hari 5 mlm.

Jadi untuk ke sana perlu naik Bangkok Sty Train (BTS) dari Mo Chit Station, tranfer train di Siam Central pastu naik train ke Surasak Station

Dari Surasak Station perlu jalan kaki dalam masa 10min untuk sampai ke Silom Avenue Inn Hotel.

Train Route Bangkok City
BTS Sky Train Transit Guide
Dari Airport JM ikut je bontot budak cantik ni namanya Shafinaz.

Pabnduan dari Don Mueng Airport to Bangkok City
Ikut je anak anah tu untuk ke station bus di tepi jalan besar. Bus No 29
Sebenarnya kalau nak ke Mo Chit Station ni boleh je naik bas A1 di luar airport tu seperti yang JM kongsi di SINI. Oleh kerana Shafinaz sudi temankan, kami naik bas di luar airport dengan kadar tambang lebih murah.

Waktu jalan beriringan ke main road, kami sempat berborak.

Shafinaz : Akak datang sorang ke Bangkok? Dah berapa kali ke sini?

JM : ye datang sorang...ni pertama kali jalan sorang..sebelum ni pernah ke tempat lain tapi berteman

Shafinaz : berani nya!!! sambil senyum terkejut! eheheeh (korang bayangkan lah sendiri)

Sebaik sampai je di main road dari jauh dah nampak Bus No 29 dah berhenti di bus stop...JM tanya Shafinaz..sempat tak naik bas tu...

Sempat akak, jom kita lari...naik bas no 29 ni tambang nya murah!!! Cermin depan tertulis Victory Monument.

Bila dengar je Shafinaz cakap MURAH...JM terus pecut 100m kih kih kih...dengan bagpack 7kg di belakang....pedulik! tak kesah dengan orang lain janji naik bas tambang murah!

Selamat masuk dalam perut bas..fuh!! lega..

Tiada seat kosong, jadi kami perlu berdiri dan bas mula bergerak.

Waktu nak bayar tambang tu tanya Shafinaz berapa tambang dia cakap THB10 seorang. JM cakap kat Shafinaz tak perlu bayar biar akak bayarkan (dalam hati tu niat nak balas budi baik). JM pun keluarkan note THB1000 (itu je note kecil yang dapat dari money changer).

Bila konduktor bas datang nak kutip tambang dia buat tak tahu je bila JM bagi 1000THB tu. Pastu JM pandang Shafinaz....

Shafinaz senyum je hehehe..."akak!!! dia tak terima duit besar...note THB1000 bersamaan RM100...tambang bas tu RM1...konduktor tu tak terima duit besar"

Ahahahah...kami sama-sama gelak gelihati...aduh!!! JM ooo JM...bukan ko tak tahu kan..tapi itu je duit yang ada.

Pastu Shafinaz keluarkan duit THB20 serahkan kepada konduktor tambang bas untuk 2 orang. Tak pe akak...saya bayarkan. Aduh!!! JM amat terhutang budi dengan budak Shafinaz ni. Sangat terharu. Baru je jumpa tak sampai 30minit tapi pertolongan di berikan sangat terkesan dihati.

Selang beberapa minit bas berhenti turunkan penumpang, jadi adalah seat kosong. Kemudian Shafinaz bersuara...akak duduk dulu, saya berdiri...Ya Allah mulia hati budak ni.

Kemudian ada seat kosong di depan JM, barulah Shafinaz duduk. Waktu ni jalan masih lengang.

Bus No 29 to Mo Chit Station
Bus tiada aircond, nampak tak kipas di atas kepala driver tu. Dalam flush warna pink tu stok air ais
Bus 29 to Mo Chit Station
Ini Shafinaz yang baik hati tu...RUGI..memang RUGI sebab JM berat mulut untuk cakap 'nak ambil foto boleh?' Tengok tangan pun tahu cantik dan manis orang nya ehehe
Bus 29 to Mo Chit Station
JM duduk sebelah pakcik ni...nampak tekun betul dia dengan hp....tengah chatting dengan awek cun!!!
Tak percaya? ye! pakcik ni tengah chatting dengan awek cun uolss!

JM skodeng pakcik ni dalam diam-diam...dia asyik je dengan hp tu tak pedulik orang keliling. Awek tu muka macam retis sangat kau. Tak pastilah kalau awek tu anak nya.

Paling kelakar tu...JM tengok dia terima 2 message je dari awek tu......tapi 10 message dia reply. Pastu terkial-kial taip message, taip padam...taip padam..tak kisah lah dengan siapa dia message yang penting gigih betul. 

JM pun tak ada smartphone cam pakcik ni..jelez!

Bas terus bergerak tetapi perlahan kerana jalan dah mula jem!...keadaan dalam bas memang panas...panas di Thailand panas kering tak seperti di Msia panas lembab.

JM keluarkan kertas Itirenary jadikan kipas..hover kan iolss..hiksss

Bus No 29 to Mo Chit Station Bangkok
Jalan dah mula 'jem'
JM dah rengsa..kalau jalan 'jem' macam ni ada kemungkinan dalam jam 7mlm baru sampai di Mo Chit Station. Kalau boleh nak elak sampai malam sebab nanti satu hal pulak nak cari jalan ke hotel tu.

Shafinaz berkali-kali pesan "akak tido dulu, lambat lagi nak sampai. Dah nak sampai nanti saya kejutkan"

Macam mana nak tidur adik sayang, panas!

Tengok melalui luar tingkap bas nampak teksi warna pink..laju je tangan ni terus klik..pink uolss my feveret colour.

Bus No 29 to Mo Chit Station Bangkok
Teksi PINK...nampak lawa..nampak lawa dia pakai apa?
Masa terus berlalu, bas terus bergerak perlahan dalam jem. Sesekali berhenti turunkan dan ambil penumpang.

Hampir 1jam lebih dalam bas sambil melayan perasaan sendiri, kemudian Shafinaz bersuara lagi.

Akak! sekejap lagi dah nak sampai Mo Chit Station.

Waktu tu otak JM ligat berfikir...sebelum turun dari bas nanti nak bagi 'something' kepada Shafinaz sebagai tanda terima kasih TAPI...tengok dalam dompet duit THB paling kecil THB1000, pastu duit RM paling kecil RM50 untuk tambang balik dari KLIA2 Airport.

Aduh!!! takkan nak cakap terima kasih je...JM selongkar 'bag makeup' kah kah kah...bag makeup lah sangat cuma ada bedak, lip gloss, sunblock, losyen dan perfume.

Ahaaaa....i get the idea...JM nak bagi perfume...perfume botol kecil bersiaz 10ml..dari jauh dah nampak Mo Chit Station, Shafinaz minta berdiri di depan pintu bas. Sebelum turun salam peluk cium dulu pastu dia terkejut sebab JM hulurkan perfume sebagai tanda terima kasih. 

JM sempat dapatkan FB Shafinaz untuk terus berhubung.

Kami berpisah di Mo Chit Station. JM doakan agar Shafinaz dapat menamatkan pelajaran dengan jaya nya dan terus success dalam kerjaya beliau nanti aminn.

Pengajaran di sini : 

1. Orang baik ada di mana-mana...alhamdulillah syukur kepada Allah JM di temukan dengan orang yang baik.

2. Sediakan wang kecil, peringatan buat diri sendiri.

Mo Chit Station, Bangkok
Safely arrive at Mo Chit Station
Misi seterusnya mencari Silom Avenue Inn Hotel...

Susah ke senang nak cari hotel tu? tunggu kisah nya dalam next entri...

Bersambung!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.