Assalamualaikum rakan reader kesayangan semuanya tu!!!!
"BARU berangan nak REHAT lama tetapi apabila baca komen kawan-kawan semangat tu datang kembali, berkobar-kobar rasanya nak update blog ehehehe"
So JM hidangkan dulu entri pendek ni eh.
Nah!!! Nampak x? Nampak?
Nampak? Nampak pe? ...... Tu ha tajuk entri tu eheheehhe
Tajuk entri untuk orang yang perah santan macam Jay Emm ni eheeheh (jeling SS)
Siapa Jay Emm? femes ke budak tu? tanya SS..dia tahu siapa Jay Emm tu hihihi
Mesti ramai tertanya-tanya kan.."RERUPIS?" apa tu..adik beradik KEKAPIS? no..no...tidak sama sekali hahahah sehingga sekarang belum terjawab kan hanya person yang follow IG "misjarimanis" je yang tahu ngeh ngeh ngeh.
Kisahnya bermula begini..jeng! jeng! jeng!
Semasa trip ke Seoul April 2015 yang lalu, JM makan tengahari di Murree Restaurant, Itaewon bersama 2 orang lagi rakan travel.
Selesai makan, JM ke kaunter bayaran. Dah siap bayar, tiba-tiba di tegur oleh seorang gadis melayu yang sedang menunggu hidangan bersama 2 orang rakan nya.
Gadis Manis :"Ehh!! ni blogger Jari Manis tu kan?"
Jari Manis :"Sambil tersenyum JM pun mengiyakan kan lah heeee"
Gadis Manis :"Patutlah macam pernah tengok" katanya. Akak!!! Nak bergambar boleh?"
Jari Manis : Apa lagi tanpa segan silu JM jawab : "Boleh je..jom ambil gambar kat luar"
Dah siap bergambar tu..kami bersalaman dan si gadis tu cakaplah "kami datang ke Korea ni berpandukan blog akak Jari Manis lah...kami datang 5 hari je, esok dah nak balik"
Oleh kerana terlalu excited, JM pun terus update status dalam IG seperti kat bawah ni. Sebenarnya JM nak tulis "RETIS" ntah mcm mana dah publish baru perasan ehh..mana plak datangnya RERUPIS ni..aduhhh.....
Ahahahah...JM memang kaki TYPO...sesedap rasa je tukar nama orang dari Syida jadi Suida...yang ni plak RETIS tertaip RERUPIS..adusss!!!! itulah kisahnya asal usul RERUPIS tu...
Macam lah ramai sangat peminat...baru sorang itu pun dah excited bagai nak gila kah kah kah..sian kan!
![]() |
Bergambar dengan adik-adik manis di depan Murree Restaurant |
Kepada adik-adik manis tu, sis JM upload gambar korang kat sini..kalau jumpa sis JM di sini tegur-tegur lah ye.
Sehingga bertemu lagi di lain entri.