Quantcast
Channel: Jari Manis : Travel List
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trip Solo : Prayer Room at Siam Paragon Mall, Bangkok City

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,

Masih hari ke 2 di Bangkok City (24 Julai 2015)..

Meh nak sambung lagi entri Bangkok yang dah bengkok ni..tak nak tangguh-tangguh lagi kang tahun 2017 pun belum tentu khatan ehhh khatam.

Siapa ingat lagi last entri stop kat ne? haaaa? tak ingat ish ish ish..pergi ulang baca kat sini Trip Solo : Yana HALAL Restaurant keh keh keh..jadi cam Cik Manisah Lesung tu siap buat ulangkaji blog sis SS dia tu..jeles kita nok!!

Pas dah "gendang gendut tali kecapi kenyang perut cari bantal" kih kih kih

JM pun keluar lah dari Yana Restaurant tu sambil lambai-lambai tangan kat semua pekerja di restoren tu (yang ni jangan percaya..terang-terang JM tipu korang hihihi). Plan nak solat di Siam Paragon Mall..kat mana tu?

Senang je nak ke sini...

Map ke Surau
Ha mudah je, ikut je map yang JM share kat atas tu. Kat mana lagi korang leh jumpa map detail macam kecuali di blog Jari Manis ni kih kih kih....penuh informasi!

Keluar dari MBK Mall jalan atas jejantan eh jejantas tu, follow je sign seperti kat bawah ni 
Follow je sign ni
Kalau berminat nam masuk Madam Tussaud boleh masuk melalui Siam Tower bersebelahan Siam Center
Berminat nak tengok artis seksi boleh beli tiket kat kaunter ni, betul-betul di pintu masuk Siam Center
Pintu masuk Siam Center
Gigih sangat kan cari Surau, di MBK Mall pun ada kat Aras 6 tapi hari tu nak pergi Surau di Siam Paragon. Dalam pada tu boleh cuci-cuci mata di Siam Centre dan Siam Paragon Mall tu.

Siapa suka shopping angkat tangan, siapa suka window shopping juga sila angkat tangan kasi nampak ketiak bucuk tu eheheh.

Nah!! Bila sebut pasal shopping ingat drama airmata HH di Xian  ahaksss. Sebenarnya shopping ni adalah salah saru terapi minta tau boleh hilang stress. Tak beli pun tak pe janji boleh tengok belek-belek barang  pun dah memadai.

Tapi lagi best kalau ada barang yang berkenan terus rembat bak kata SS, dia pernah cakap kalau nak shopping better di oversea sebab kadang barang tu lebih murah dari Msia.

Jadi kalau ke Bangkok jangan lepaskan peluang untuk pergi ke 4 mall ni yang terletak bersebelahan satu sama lain. MBK Center, Siam Paragon, Siam Centre dan Siam Square.

Kalau yang jenis suka shopping barang-barang branded ni memang JM syorkan korang pergi mall ni, macam-macam ada!!! "This medium size shopping complex houses many popular local fashion designers and global brand names such as Guess, DKNY, Shiseido, Mac, Diesel. North Face and more".
Surau di Siam Paragon Mall

Pintu masuk ke Siam Paragon berhadapan dengan pintu masuk Siam Center
Nak ke Surau, cari South Lift yang terletak di Ground Floor (G) pastu turun ke aras LG. kalau naik lift lain sampai ke Isyak korang takkan jumpa surau tu.

Dari Ground Floor cari lift ke South Lobby
Naik lift ni turun ke LG
Peliknya Surau kat sini ada staff yang bertugas, jaga di pintu masuk surau tu. Jadi kalau nak masuk solat mesti tulis nama atas batu eh atas buku, waktu masuk dan waktu keluar. Mungkin dorang nak monitor ada orang yang masuk tak keluar-keluar silap-silap dah berdengkur kat dalam tu hihih.

Prayer Room at Siam Paragon
Jom masuk solat...tulis nama, waktu masuk dan keluar kat atas kertas tu 
Surau kecik je tapi selesa sebab tak ramai orang. Surau untuk lelaki dan perempuan berasingan cuma berkongsi tempat wuduk. Telekung dan sejadah juga di sediakan.

Bilik pertama surau lelaki dan bilik ke dua surau perempuan
Tempat berwuduk
Ruang solat
Sejadah disediakan
Telekung juga banyak
Cerita pasal surau je pun dah satu entri, entah bila leh habis trip Bangkok ni...sabar lah labu. Selesai solat JM nak ke sini.

Jim Thompson House Museum 
Nak tahu apa yang ada kat sana.... sambung dalam next entri eh...

BERSAMBUNG.......

Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.