Quantcast
Channel: Jari Manis : Travel List
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trip Solo : Jim Thompon House Museum, Pratunam Mall, Pratunam Market, Terminal 21, On-Nut Night Market & Siam Paradise Night Bazar at Bangkok City

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat reader yang JM ingati selalu,

Nampak tak nampak tak..tajuk entri pun dah panjang 5 gerabak keretapi, gara-gara nak habiskan story trip solo ke Bangkok City setahun yang lalu pada 23 Julai - 28 Julai 2015.

Perlu habiskan entri ni sebagai kenangan di hari tua nanti heeee..itu pun kalau umur panjang..aminnnn

Entri lepas sila korek kat sini Surau di Siam Paragon

JM tahu ramai yang beminat nak tahu kisah kena tinggal di tepi highway tu kan..so sabar ehh..nanti akan di kongsi cerita tu. Ni pun, dah lama tak update entri, page view dari 2 ribu sehari jatuh teruk ke 1000 sehari huhuhuh...ohh tidak!!!!!

Meh kita sambung!

Selesai solat di Paragon Mall, JM plan nak ke Jim Thompson House Museum, sebenarnya tak minat masuk museum ni, tengok peninggalan sejarah semua itu sebab waktu belajar sekolah menengah dulu pun JM paling tak minat subjek Sejarah.

Jim Thompson House Museum
Jim Thompson house ni tak jauh dari National Stadium Stn, jadi JM plan nak ke sana..nak tengok apa yang ada. Dapat jejak kaki kat luar pun jadilah.

Jim Thompson House
Opening Hours: 09:00-17:00 (last guided tour at 17:00)
Location: Soi Kasemsan 2, opposite the National Stadium on Rama I Road.
BTS: National Stadium
Admission : Adult 150 baht; Students (under 22 years old) 100 baht

How to get there: 
Take Exit 1 from the BTS National Stadium Station, turn right into Soi Kasemsan 2 and continue walking all the way to the very end. The museum will be on your left-hand side.
Bagi sesiapa yang pernah ke Loei Thailand, terdapat satu ladang atas nama Jim Thompson Farm yang sangat besar tau.

Siapa Jim Thompson tu? Kenapa dia famous sangat di Thailand...

"Jim Thompson or James Harrison Wilson Thompson was born in Greenville, Delaware in 1906. He attended public schools in Wilmington, went on to boarding school at St. Paul's and attended Princeton University, the family university, from 1924 to 1928.

Thompson had been in Thailand for nearly 22 years!!!!!"

Beliau adalah peneraju kepada Thai Silk dan seorang usahawan yang sangat berjaya terutama di Bangkok.

Keluar dari Exit 1 tu, follow je direction nak ke House Museum tu, jalan kaki lebih kurang 10min. Kebetulan waktu tu ada rombongan dari mana entah, jadi JM tak berseorangan. Bagi yang tak mampu jalan kaki, boleh naik shuttle.

Dari National Stadium Station tu ambil Exit 1
Follow je sign ni
Ikut jalan ni Soi Kasem San bukan Kasem Selamat heheheeh
JM follow je ahkak-ahkak ni
Bila dah sampai tu, ada kaunter tiket di sebelah kanan. JM pun tengoklah harga tiket, 150THB for Adult. Mahal nya!!! terdetik kat dalam hati tak perlu masuklah, tengok je apa yang ada kat luar tu.

Kaunter tiket
Dewasa Harga tiket 150 THB 
Ahli rombongan
Teratai layu di tasik madu
Yang putih tu apa eh?
Hai adik manis..senyum sikit
Di bahagian luar tu ada Jim Thompson Art Center, kedai menjual barang-barang kraftangan dari sutera tapi tak beli pun..MAHAL..masuk dalam tu semata-mata nak sejuk kan badan sebab ada penghawa dingin.

Jadi dah siap tabik hormat di Jim Thompson House ni, JM jalan balik ke tren stesen untuk ke Pratunam Mall dan Pratunam Market.

Mudah je nak ke sini, follow map yang JM kongsi ni. Mana korang nak cari lagi blogger travel yang rajin kongsi map detail macam ni kecuali di blog Jari Manis kih kih kih..

Panduan arah ke Masjid Darul aman, Halal Restoran Farida Fatornee, Pratunam Mall, Pratunam Market dan Terminal 21.
Map panduan ke Masjid Darul Aman, Halal Restoran Farida Fatornee, Pratunam Mall, Pratunam Market dan Terminal 21
Kalau nak ke Restoran Halal Farida Fatornee tu jalan dalam 5 minit je dari Ratchathewi BTS Station, tapi untuk ke Pratunam Mall dan Pratunam Market gaka jauh lebih kurang 20 minit.

JM stop di Ratchathewi station, ikut panduan yang di kongsi oleh sahabat blogger tapi salah arah exit, hampir 15 min juga sesat. Pastu ikut naluri jalan arah ke Pratunam Mall tu, jauh berjalan tapi tetap tak nampak bayang mall tu.

Kemudian pusing balik arah ke bts station, tanya makcik jual air di tepi jalan. Dia cakap ikut arah yang JM jalan tadi..adeh!!! patah balik ke arah yang sama..waktu ni memang penat, panas nya lagi...

Pratunam Fashion Mall
Masuk sekejap je mall ni tak ada yang menarik lebih kurang mall yang ada kat Malaysia. Jadi cross jalan ke Pratunam Market. Kat sini sesuai untuk rakyat marhaen seperti JM ni, golongan kurang mampu heeee.

Semua keperluan harian ada jual kat sini dan harga berpatutan boleh tawar menawar 
Tak membeli pun kat sini jalan-jalan cuci mata je, pastu terus ke Chit Lom Station dan lalu depan Central World ni. Salah satu mall yang agak besar juga di Bangkok tetapi tak masuk sebab kejar masa nak ke Terminal 21.

Central World Bangkok
Naik dari Chit Lom Station dan stop di Asok Station untuk ke Terminal 21
Turun di Asok Station
Terminal 21 is Mall or Shopping Centre
Apa yang menarik di Terminal 21 ni, maaf ye gambar kurang jelas sebab malu orang ramai pandang waktu keluarkan kamera.

Terminal 21 brings the dream of traveling the world to downtown Bangkok, with its cutting-edge concept that places several world-famous cities under one roof. Find yourself wandering around a maze of shops in Tokyo City, sauntering down London’s Carnaby Street, bagging a bargain in an Istanbul zouk, or shopping for something to fill your growling stomach at the Fisherman’s Wharf in San Francisco.

Menariknya setiap level atau aras ada nama Negara. Contoh kalau level M - Paris jadi semua barang yang di jual adalah berkaitan dengan nama negara. Pilih je nak pergi negara mana tak perlu naik flight naik escalator dah sampai hihih..Tapi sayang Seoul Korea tiada dalam senarai huhuh..

Level Rome
Level Paris
Level Caribbean
Nak ke London naik level 2
Kalau dah puas di London terus ke Istanbul
Katakan dah bosan di Instabul pergi pulak ke San Francisco
Hollywood level 6
Nak tengok 2 orang ni bergaduh boleh ke level Tokyo
korang akan jumpa bas ni di level London
bila dah puas pusing, jalan-jalan dari sebuah negara ke sebuah negara tak ada apa yang menarik di hati, turun balik ke stesen Chit Lom untuk On Nut stesen.

Nak pegi ke On -Nut Night Market mudah je, naik BTS turun di On - Nut Station. Pasar tu betul-betul sebelah stesen. Pasar ni open tepi jalan besar tapi berbumbung, cuma agak panas lah. Kalau nak cari t-shirt, kain skirt, seluar jeans atau boleh di katakan pakaian harian ada di jual kat sini.

Turun kat station ni
JM beli baju yang patung tu pakai...tapi warna merah belang putih
Lokasi pasar ni betul-betul di tepi Station On-nut
Siap bayar, JM plan nak pergi ke Siam Paradise Night Bazar. Waktu prepare itirenary, dah google tempat ni ada cakap bazar ni dah tutup tapi tiada kesahihan. Jadi JM plan nak pergi tengok sendiri.

Tengok jam di tangan pukul 6.00 petang, jadi ikut je direction yang dapat dari google. Dalam mencari jalan nak ke sana tu berapa kali sesat sebab salah arah.

Kemudian tanya pengawal yang jaga rumah kediaman, dia tunjuk arah berlawanan. Pastu, ada pulak seekor anjing besar seperti kat bawah ni ikut di belakang, makin cepat kita jalan makin cepat dia ikut. Ya Allah, memang cuak lah waktu..berdoa je dalam hati supaya selamat.

Kebetulan ada pasu bunga besar tepi jalan, anjing tadi berhenti minum air dalam pasu tu. Syukur ya Allah, cepat-cepat lah JM melangkah!!!!

Inilah anjing tu..besar kan..sib baik dia berhenti minum air dalam pasu tepi jalan tu
Hampir 20 minit jalan kaki, hari pun semkain gelap..hati rasa tak sedap..nak pergi ke tak nak..nak pergi ke tak nak sebab belum nampak bayang bazar tu. Kebetulan JM berselisih dengan sorang budak perepmpuan ni tanya "Where is Siam Paradise Night Bazar"...dia faham apa yang tanya tanya tapi dia tak tahu nak reply..dia cakap dalam bahasa Thai....adeh!! tak faham..JM buat muka tak faham..pastu dia bagi tanda isyarat "CLOSE"

Hadoilah!!! penat tul..dah jauh jalan, sesat lagi, anjing ikut belakang lagi..sudahnya JM cakap dalam hati balik ke Hotel je lah...lagi pun jap lagi dah nak gelap.

Terus naik tren balik ke Hotel lebih kurang jam 7.30 malam sampai hotel.

Senarai tempat tinggalkan jejak pada hari ke -2 di Bangkok City

1. Chao Phraya River Cruise
2. Wat Pho the Temple of Reclining Buddha
3. Grand Palace
4. MBK Centre & Yana Restaurant
5. Siam Center, Siam Paragon, Siam Square
6. Jim Thompon House Museum,
7. Pratunam Mall,
8. Pratunam Market,
9. Terminal 21,
10. On-Nut Night Market
11. Siam Paradise Night Bazar

Sambung hari ke 3

Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Problema Quotes – Pera Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Tagalog Quotes about Love


Best Love Life Quotes Collection


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear