Quantcast
Channel: Jari Manis : Travel List
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trip Solo : Taling Chan Floating Market

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Entri BUSUK!!! kenapa BUSUK? kalau nak tahu kenalah baca keh keh keh!

JM masih disini..entah kenapa semakin malas nak update blog. Blog walking juga semakin kurang. Adeh!!!! ada yang masih ingat JM lagi tak...ke dah tak kenal siapa JM tu ;p

Terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu beri sokongan, tinggalkan komen dan ini memberi suntikan semangat buat JM untuk terus menulis di blog ini. Sudah tentu ada habuan buat mereka yang sentiasa setiasa bersama JM. In Sha Allah.

Jom!!! JM bawak korang jalan-jalan lagi sekitar Bangkok City...entah bila akan tamat kisah Solo Trip Bangkok ni...bertabah laah ye.

Sambungan dari entri ni Jim Thompson House Museum.

Kali ni JM nak share lokasi hari ke 3 trip di Bangkok.

Hari ni JM rancang nak ke Taling Chan Floating Market bukan Jackie Chan, pasar terapung yang paling dekat dari Bangok City berbanding pasar terapung yang lain. 

Sebenarnya banyak lagi pasar terapung yang lain lebih besar dan meriah, boleh tengok kat sini Bangkok Floating Market.

Plan nak Taling Chan Floating Market selepas baca blog SS, dia makan udang besar kat sana, tetapi lain pulak jadinya.

Plan nak makan udang bakar di Taling Chan Floating Market, tapi dapat makan tom yam ni di Chatucak Market
Lain yang di rancang lain jadinya...adeh!!! FRUST tul..

Nak tahu kenapa jadi macam tu?

Esok nak pergi malam nya baru kelam kabut cari info cara nak ke pasar terapung Taling Chan tu. Rujuk blog SS, pastu message tanya lagi untuk dapatkan kepastian cara nak ke pasar tu.

Selepas sarapan minum milo dan biskut, jam 7.00 pagi dah keluar hotel, sebab tak nak kejar bas seawal mungkin.

Bus Stand di Ratchatewi Stesen - JANGAN tunggu di sini kalau nak ke Taling Chan Floating Market
Lebih kurang jam 8.00 pagi dah terpacak di hentian bas stesen Ratchatewi. Tunggu punya tunggu hampir sejam menunggu, bas No 79 tak sampai-sampai. Orang lain dah naik bas, datang orang lain pun dah naik bas, tapi bas yang JM tunggu tu tak nampak batang hidung pun. Adeh!!! dari duduk pastu diri dah macam cacing kepanasan.

Nak jadi cerita, perut pulak sakit nak ber@*!!!! adehhh! time tu lah nak buat hal nye...nasib baik bukan sakit perut cirit tapi sakit perut biasa boleh tahan lagi.

JM plan nak cari tandas di Masjid Darul Aman tak jauh dari stesen Ratchatewi tu. On the way ke masjid akan lalu di hadapan beberapa buah kedai muslim food dan yang paling famous Restoren Farida Fatornee.

Meh JM buat lakaran Map supaya korang semua dapat gambaran.

JM salah tempat menunggu, patutlah bas tak sampai-sampai
Arah ke Masjid Darul Aman
Pintu belakang
Ada tempat wuduk je tak ada tandas!
** PALING TAK MENAHAN TU SEMPAT LAGI AMIK GAMBAR...ADEHHHH

Waktu cari tandas di masjid tu, rasa najis dah jolok lubang bontot...cuba bayangkan perasaan JM waktu tu...ya Allah tuhan sahaja yang tahu...rasa nak cangkung je kat mana-mana tempat yang agak tersembunyi...adeiii!!!!

Bila sampai masjid, tak jumpa plak tandasnya, ada tempat wuduk je...ya Allah...tak tahan dah nak melabur ni, berpeluh menahan!!!

Apa nama restoran ni..siapa tahu
Restoran Madena
Restoran Farida Fatornee
Awal pagi semua restoran tutup, dorang bukak pun seawal jam 12.00 tengahari. Kalau lah restoran ni bukak memang JM serbu masuk 'melabur' kat mana-mana kedai pastu bila selesai mesti duduk lah sekejap order minum ke makan ke..ni hampeh..semua tutup!

Frust!!!

Jalan balik ke Stesen Ratchatewi dengan harapan ada tandas kat stesen, bila tanya security yang bertugas dia cakap TAK ADA!!..GILA! habis korang tak membuang ke.

Perut memang tak tahan dah ni, tunggu masa nak TEMBAK je ni..huhuhu...terus naik tren ke Paragon Mall...sebab terfikir mall tu yang paling dekat. Sekali lagi frust tertonggeng..mall bukak jam 10.00 pagi, tengok jam baru 9.00 pagi.. Ya Allah dugaan apakah ini..tandas awam pun tak ada...

Perut dah memulas teruk!!!

Tak boleh jadi..dah tak ada cara lain kecuali balik HOTEL!!!! terus naik tren balik ke Surasak Stesen. Dari stesen tu nak ke hotel kena jalan kaki lebih kurang 10 min lagi. Waktu tu memang berlari...tak boleh nak jalan..'benda' tu dah tak boleh tunggu nak keluar!!!!!!!!

Dalam hati berdoa supaya sempat sampai hotel. Alhamdulillah masuk je bilik air terus tembak berdas-das, macam letusan gunung berapi....cuba bayang eh hampir 1 jam lebih menahan..ya Allahh....seksa!!!

Memerut kat dalam tu hampir satu jam..sampai ke titisan terakhir.....ya Allah...nikmatnya...rasa seperti melepaskan batuk di tangga..ehhh! menjatuhkan batu besar yang dipikul kat bahu ni.

Fuhhhh...lega!!! kalau lah nak terkucil..memang dah terkucil dalam seluar..sakit hati betul sebab susah nak cari public toilet.

Bila dah puas memerut, baring sekejap atas kali sambil fikir untuk tukar plan sebab tak jadi nak pergi pasar terapung.

Kecewa sangat tak dapat pergi Taling Chan Floating Market tu, salah tempat menunggu bas, pastu sakit perut macam nak mati. Itulah akibatnya tak preapare itirenary betul-betul, esok nak pergi malam nya baru nak cari info...kan dah salah...huhuhhu..pengajaran!

Kalau SS baca ni mesti kena kecam hehehehe...ye aaa buat itie tak finalize betul-betul..ahaksss!

*********Intermediate***********

Siapa masih ingat lagi JM ada buat trip overland Thailand dari 17 - 25 Dis 2015, hari terakhir di Bangkok pada 25 Dis tu JM nekad nak pergi Taling Chan Floating Market ni sebab tak dapat pergi pada bulan Julai yang lalu.

How to get there:

Kali ni JM tunggu bas di tempat yang betul, dari stesen BTS Ratchatewi exit 3, ambil arah ke Masjid Darul Aman, jangan cross jalan, jalan je terus ke hadapan sehingga jumpa bangunan DIAMOND di sebelah kiri, tunggu bas No 79 kat depan bangunan tu. Memang tak ada proper tempat menunggu, jangan risau bas No 79 akan berhenti di situ. (rujuk map kat atas tu)

Bila naik bas, cakap kat konduktor bas nak ke Taling Chan, bayar tambang tapi JM tak ingat berapa harga tambang tapi tak mahal pun.

Opening Hours: 09:00 - 17:00 (weekends only - Saturday & Sunday)

Duduk lah diam-diam dalam bas tu, kalau tak tahu nak turun kat mana, cakap kat konduktor minta dia alarm bila dah sampai. Tak perlu risau sebab kebanyakan yang naik bas tu akan turun di Taling Chan.

Taling Chang Market ni terletak di simpag tiga tau, so bila sampai ke penghujung jalan ada simpang tiga, konduktor bas kan jerit Taling Chan! Taling Chan! haaaa turun situ.

Bila dah turun bas tu, jalan ke depan sikit hingga sampai simpang tiga masuk ke kiri...

Welcome to Taling Chan Market
Market ni kecik..boleh la
Satu-satu kedai makanan HALAL di Taling Chan, jual Noodle Soup
Order ikan bakar dan Noodle Soup, dua-dua sedap. Ikan bakar tu fresh..isi manis...adeh!! kalau ke Bangkok lagi nak cari ikan bakar ni.
PUAS hati akhir nya dapat jejak kaki ke Taling Chan Floating Market. Tak dapat pegi semasa trip bulan 7 2015, JM ganti dalam trip Dis 2015.

Nak tahu ke mana JM selepas memerut? tunggu next entri eh....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.