Assalamualaikum dan salam sayang buat reader blog JM π,
Ya Allah..lama betul tak update blog..hari-hari bukak blog tapi blog orang lain bukan blog sendiri πππ
Sebenarnya bukan nak share pasal Emoji tapi JM nak kongsi pengalaman penskaleran gigi.Β
Jadinya pagi tadi JM pergi klinik gigi tujuan tu nak buat scaling gigi atau penskaleran. Tahu tak pe kebenda penskaleran tu π. Bahasa mudah penskaleran tu cuci gigi supaya bila senyum nampak berseri mcm ni π¬ππ.
Ya Allah..lama betul tak update blog..hari-hari bukak blog tapi blog orang lain bukan blog sendiri πππ
Bila baca blog SS, ada features baru dalam blogspot ni iaituΒ EMOJI..alaaa icon yang biasa kita guna dalam whatsapp tu...jadinya JM excited lah nak apply dalam blog.Β
Waktu draft entri, icon emoji tu terletak di antaraΒ "Insert a video"Β danΒ "Insert jump break"..ha klik situ dan pilih emoji...kacang jek!
Ishhhh rasa seronok pulak nak insert emoji ni..nah!!! ππππππππ hihihih..JM gian!
Kepada yang belum JOIN GA dari JM dan SS boleh klik banner di bawah...last date on 7 Disember 2016. Tak rugi tau join GA ni leh tambah kenalan dan follower..percayalah..Page View (PV) pun akan meningkat π
![]() |
Klik banner untuk JOIN |
Beberapa bulan lepas JM pergi klinik gigi waktu petang jam 2.30 petang kalau tak salah. Selepas daftar, dapat no tunggu sehingga no di panggil. Bila masuk bilik rawatan jumpa doktor tu cakap, kalau awak datang petang tak boleh buat rawatan hanya boleh check je..JM pun okey je lah..pas check doktor tu cakap seeloknya datang pagi untuk buat scaling atau tampal.
Maaf ye entri ni tiada gambar sebab JM pergi klinik sensorang...dan entri yang tiada kaitan dengan TRAVEL...
Maaf ye entri ni tiada gambar sebab JM pergi klinik sensorang...dan entri yang tiada kaitan dengan TRAVEL...
Jadinya pagi tadi JM pergi klinik gigi tujuan tu nak buat scaling gigi atau penskaleran. Tahu tak pe kebenda penskaleran tu π. Bahasa mudah penskaleran tu cuci gigi supaya bila senyum nampak berseri mcm ni π¬ππ.
Sampai je klinik terus ke kaunter untuk daftar, selepas dapat no giliran tunggu lagi sehingga no dipanggil. Lebih kurang 10min macam tu tunggu, no dan nama terpapar kat skrin untuk masuk bilik no 38.
Tolak pintu masuk je, seorang dentist lelaki duduk atas kerusi menghadap komputer sambil berkata :
Dentist : Assalamualaikum puan, minta letak beg atas meja ni
JM : Waalaikumussalam. Jap eh (sambil masukkan handphone dalam beg) . JM pun letak lah beg atas meja seperti diminta.
Dentist : Puan nak buat apa?
JM : Saya nak scaling gigi
Dentist : Kenapa puan nak scaling gigi?
JM : dlm hati berbisik "eh dr gigi ni...aku nak scaling gigi boleh ko tanya kenapa? I bukan datang interbiuw nak ada soal jawab macam ni...datang nak cuci gigi pun perlu ada sebab ke? Macam nak tanya balik dr gigi tu...Dr cuci baju sebab apa eh? Kenapa nak cuci baju? Macam bodoh tak soalan tu...tapi tak jawab macam tu just senyum je lahhhhh hati memang sakit!
JM jawab begini : saya berus gigi tapi rasa tak bersih
Sebenarnya kalau ikutkan hati nak jawab begini :
1. Ikut suka saya lah nak scaling ke nak cabut ke nak tampal ke kenapa Doktor perlu tahu π Takut nak jawab macam tu nanti tak memasal dia buat lebih kurang padan muka π
2. Tak pun nak jawab macam ni : mulut saya berbau doktor...bila bercakap dengan orang jauh sebatu orang dah tutup hidung ππ ngok!
3. Plak dan najis kat gigi saya ni dah tebal 3 inci sama tinggi dengan tumit kasut saya ni jadinya better saya datang buat Β scaling sebelum orang pitam bila saya bukak mulut kah kah kah nak sangat kan tanya mcm tu πππ
4. Atau nak buat scaling gigi mesti bersebab ker Doktor? Saya bukan sesaja datang..seumur hidup saya belum pernah datang cuci gigi tau π
Kalau korang di tempat JM lah kan...korang nak jawab macam mana. Bila Doktor gigi tanya macam tu...
Okey balik conservation kami..
Dentist : Puan minta baring atas kerusi tu ye
JM : baring seperti diarahkan...pastu dia tanya lagi...
Doktor : Bila kali terakhir puan datang buat scaling ni?
JM : Seumur hidup saya...ini kali ketiga saya Β datang klinik gigi tapi kali pertama buat scaling. Kali pertama waktu sekolah rendah pergi klinik gigi sebab nak cabut gigi dan kali kedua pergi nak tampal gigi. Kalau Doktor nak tahu dulu waktu sekolah rendah saya menang pertandingan gigi cantik tau tempat kedua, tempat pertama adik saya (yang ni JM cakap dalam hati jeπ)
Bila JM jawab kali pertama buat scaling dalam seumur hidup dia terus diam
Dentist : puan buka mulut luas sikit...puan kena tahan sikit ye sebab nanti akan rasa ngilu...
Buka je mulut, lampu kat depan mata, JM terus pejam mata pastu Doktor mula proses mencuci dan korek plak dan karat yang melekat pasa gusi dan gigi. Ya Allah ngilunya gigi tapi tahan je dengan sabar beberapa kali telan air liur....tak sakit tapi ngilu bila dia korek pastu bunyi alat untik cuci tu..adeh!
Dentist : Bukak mulut luas sikit lagi puan
JM : bukak lagi mulut tapi sakit kat rahang....mcm nak cakap je kat doktor...saya bukan mulut buaya doktor ahaahah....πππ
Tak sampai 30 min doktor suruh berkumur...bila kumur je banyak nye darah! Adeh! Pastu doktor cakap dah siap...JM pun rasa gigi dengan lidah....wahh!!! Dah bersih sambil cakap terima kasih kat Doktor tu terus blah! Tapi sebelum tu dia sempat pesan.
Dentist : Nanti bila puan free datang lagi untuk buat tampalan ye..ada beberapa batang gigi perlu di tampal tapi lubang nya kecik je
JM : Baik doktor....terima kasih π¬ Senyum sambil menampakkn gigi yang dah bersih
Ahaaaa..kawan2, korang pernah cuci gigi tak? Kalau tak pernah, JM nasihat baik pergi buat...tambah kerja doktor gigi tu π
Sebaik-baiknya cuci gigi setahun sekali kalau rajin 6 bulan sekali sebab kita ni suka makan makanan yang bergula, manis, bercoklat, minum teh tarik la, nescafe la jadinya manisan tu mudah melekat di gigi dan lama kelamaan ia menjadi plak gigi.
Jadi nasihat dari JM, cari masa untuk pergi dapatkan rawatan gigi, pergi dulu klinik gigi dan minta doktor check sama ada perlu scaling, tampal atau cabut.
Tip penjagaan gigi dari JM :
1. Kurangkan pengambilan minuman bergas dan bergula termasuk susu contoh nya kopi panas, teh tarik, nescafe tarik
2. Banyak minum air kosong atau air mineral setiap kali selepas makan. Kita biasa minum air berais selepas makan betul? Teh ais la..nescafe ais..milo ais laaa...untuk dapatkan gigi yang sihat...kurangkan minum minuman sejuk atau kalau boleh avoid terus
3. Amalkan setiap kali selepas makan pagi, tengahari atau malam...kumur mulut dengan air kosong
4. Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
5. Gosok gigi sebelum masuk tidur.....selepas gosok gigi kumur dengan air garam atau listerine untuk nafas yang lebih segar
Kalau kawan-kawan ada tip yang lain boleh kongsi di ruangan komen ye....
So sekarang JM boleh senyum dengan lebih lebar...gigi dah bersih dan mulut pun berbau harum π¬π¬π¬ππ
Tu je nak cite....entri shopping best di Shanghai masih dalam draft...tunggu! π