Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,
Sebab ada kes permohonan Visa ke China diTOLAK...diulangi...permohonan Visa ke China diTOLAK selepas beberapa kali submit permohonan.
YES! kalau ingin masuk ke Negara China perlu ada VISA!
Part paling risau adalah samada permohonan Visa LULUS atau TOLAK..
Alhamdulillah permohonan yang JM submit minggu lepas LULUS!!!! Mohon sendiri di pejabat Chinese Visa Application Service Center.
Peringatan buat diri sendiri juga, bukan mudah nak dapatkan kelulusan Visa ke China.
Kenapa permohonan diTOLAK? perkara ini terjadi ke atas rakan blogger JM yang di kenali sebagai "Mak" bukan nama sebenar seorang penulis blog Lonesome Traveller.
JM terbaca entri beliau Visa China diTOLAK selepas beberapa kali submit dan kemaskini dokumen yang diperlukan tetapi still REJECT oleh pihak Kedutaan China katanya (merujuk kepada Chinese Visa Service Center Kuala Lumpur).
Beliau membuat permohonan Visa melalui Agen kerana menetap di Kedah, jadinya takkan nak datang KL semata-mata nak apply Visa kan, so buat lah melalui Agen.
Bagi JM lah kan, alasan yang di berikan oleh Agen tu tidak munasabah sebab waktu JM submit sendiri form tu tiada langsung syarat perlu submit semua passport terdahulu, pastu di kaitkan dengan masalah Virus Zika, gambar tidak menepati saiz sebab semua tu karut.
Jika ingin tahu cerita lebih lanjut baca kat sini Visa China diTOLAK. Memang tragis, siapa tak frust kalau semua preaparation dah siap, tiket flight dah beli tetapi dek kerana Visa tak LULUS semua BURN!!!!!!!
Kalau Mak baca entri ni, JM amat-amat simpati dengan apa yang berlaku, JM harap Mak dapat bersabar, siapa yang tak bengang kalau berada di situasi Mak tu...Allah sahaja yang tahu...
Ikuti pengalaman JM memohon Visa ke China.
Sediakan dahulu dokumen-dokumen berikut sebelum submit Application Form :Ikuti pengalaman JM memohon Visa ke China.
1. Passport original (tamat tempoh mesti melebihi 15 bulan)
2. Salinan passport muka hadapan (ada gambar)
3. Bukti pembelian tiket atau Flight Ticket Booking
4. Hotel Booking
5. Sediakan 2 keping gambar latar belakang putih (kalau pergi kedai gambar, cakap nak ambik gambar buat Visa China).
Bila dah sediakan semua dokumen di atas :
1. Pergi ke Pejabat Chinese Visa Application Service Center.
Level 5 & 6, Hampshire Place Office,
![]() |
Nah! JM share direction..kalau sesat lagi tak tahu lah |
Level 5 & 6, Hampshire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur
Operating Hours :
Monday - Friday (closed on public holiday)
Submission Form (09.00 am - 0.300 pm)
Collection Visa (09.00 am - 04.00 pm)
2. Pergi ke Level 5 jika permohonan oleh Individu dan sila ke Level 6 jika permohonan melalui Agen.
3. Isi borang permohonan, boleh dapatkan di kaunter semak atau di meja tempat mengisi borang.
3. Isi borang permohonan, boleh dapatkan di kaunter semak atau di meja tempat mengisi borang.
3. Terdapat meja untuk mengisi borang dan contoh mengisi borang dengan betul.
4. Bagi borang yang telah lengkap diisi, kepilkan bersama dokumen yang yang disenaraikan tadi.
5. Beratur untuk semak borang dan dokumen, sekiranya lengkap, petugas kaunter berikan nombor menunggu untuk submit borang.
6. Tunggu sehingga no di panggil, selesai submit borang di kaunter penyerahan, kerani kaunter akan berikan notis tarikh kutipan Visa.
8. Visa akan siap dalam masa 4 hari bekerja, bermakna hari ke empat boleh pergi ambil Visa.
9. Buat collection Visa di Level 6.
Nota penting :
1. Datang awal untuk elak dari menunggu lama.
2. Sediakan dokumen yang di perlukan dengan lengkap. Jika tiada salinan passport, salinan tiket penerbangan dan salinan booking hotel, perkhidmatan tersebut disediakan tetapi akan dikenakan bayaran.
- Fotokopi passport : 20 sen sekeping
- Cetakan tiket penerbangan atau tempahan hotel : RM 2.00 sekeping
![]() |
Kaunter semak borang permohonan dan dokumen |
Waktu JM pergi buat Visa hari tu, memang ramai sedang beratur di kaunter untuk semak borang. Masing-masing dah siap isi borang, JM plak tertanya-tanya kat mana nak ambik borang tu, tanya security yang bertugas, dia terus berikan borang untuk diisi.
Tengok je contoh cara mengisi borang dengan betul di tempat yang disediakan, bila dah siap isi sila lah beratur. Semasa beratur tu, JM perasan ada beberapa orang di depan JM pegang 2,3 keping passport tau, baru JM ingat, SS dah pesan, nanti nak buat passport, bawak semua passport yang lama juga...LUPA!!!
Adeh!!! memang cuak dah time tu, kalau lah dia nak passport lama, nampak nya JM tak boleh nak submit form hari ni, kena datang balik..tapi tawakal je lah..beratur dulu...sambil tu memang berzikir je tau dalam hati tu...minta Allah permudahkan urusan.
Bila sampai turn, JM pun hulurkan lah form dan dokumen yang diperlukan...bila petugas kaunter tu semak, dia tak minta pun passport lama, hanya ambil passport terkini sahaja. Syukur!!!!
Kemudian baru dapat nombor untuk ke kaunter proses, agak lama menunggu hampir satu jam. Semasa di kaunter proses staff tu semak lagi dokumen yang dikepilkan pastu dia cakap "I accept your form" Fuhhhhh! lega!!!!
![]() |
Contoh borang yang telah diisi dengan betul |
Adeh!!! memang cuak dah time tu, kalau lah dia nak passport lama, nampak nya JM tak boleh nak submit form hari ni, kena datang balik..tapi tawakal je lah..beratur dulu...sambil tu memang berzikir je tau dalam hati tu...minta Allah permudahkan urusan.
Bila sampai turn, JM pun hulurkan lah form dan dokumen yang diperlukan...bila petugas kaunter tu semak, dia tak minta pun passport lama, hanya ambil passport terkini sahaja. Syukur!!!!
![]() |
Petugas kaunter akan berikan no giliran untuk ke kaunter proses sekiranya borang dan dokumen lengkap |
![]() |
Jika terlupa bawa flight booking ticket atau hotel booking boleh cetak di sini dikenakan bayaran RM2.00 sekeping |
![]() |
Perkhidmatan mesi fotokopi juga disediakan dengan bayaran 20 sen sekeping. Gambar blur sebab risau kena marah dengan security |
![]() |
Kaunter proses untuk submit form dan dokumen |
![]() |
Selepas submit dan tiada masalah atau query, kaunter proses akan berikan Pickup Form yang terteta tarikh kutipan Visa |
Pada hari ke empat datang semula ke Visa Service Center untuk buat collection Visa. Terus sahaja ke level 6, ambil no giliran, tunggu sehingga nombor dipanggil ke kaunter bayaran. Jangan lupa ye bawa bersama RM88.30 Visa for Single Entri.
Selesai bayar terus ke kaunter sebelah untuk collect passport yang ada printed Visa. Semak terlebih dahulu sebelum tinggalkan kaunter. SELESAI!
VISA Approved! Alhamdulillah!
Total cost penyediaan Visa
Hari submit :
1. Putrajaya Central ke KL Central (return) : RM28.00
2. KL Central ke Ampang Park (return) : RM5.40
Hari Collect :
1. Putrajaya Central ke KL Central (return) : RM28.00
2. KL Central ke Ampang Park (return) : RM5.40
Visa Fee for Single Entry : RM88.30
Total keseluruhan RM155.10
Itu belum sampai ke China lagi...bertabahlah demi keriangan berganda..ahaksss
Semoga entri ini dapat membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat permohonan Visa ke China.
Adios!
Itu belum sampai ke China lagi...bertabahlah demi keriangan berganda..ahaksss
Semoga entri ini dapat membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat permohonan Visa ke China.
Adios!