Quantcast
Channel: Jari Manis : Travel List
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Teaser : Trip ke Hangzhou, Shanghai, Suzhou dan Wuxi, China

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,

Holla!!! Lama tak update blog

Entri teaser ni JM nak share tempat-tempat yang sempat kami terjah selama 7 hari di sana. Ada beberapa tempat perlu di 'cancel' sebab hujan sepanjang hari. Nak bergambar pun pegang payung ke sana ke mari. Adeh!

Trip yang penuh Drama dan Air Mata...tak percaya tengok ni...

Menangis di depan kedai beg..kenapa JM nanges..kalau nak tahu wajib follow entri trip China ni
JM tidak pergi berseorangan tetapi berteman...teman travel yang susah, senang dan gembira bersama..sayang korang dua ketat-ketat! Muah!!

Kenal tak ni heeeee
Lama betul nak habiskan entri travel, belum khatam entri Bangkok dah ada trip ke Jakarta dan China. JM masih lagi hutang entri Krabi, Phuket, Overland Thailand, India, Seoul, Hatyai, Lombok, Phonm Penh...Adeh! Bila nak start ni.

Komen dari kawan-kawan pun belum sempat reply apatah lagi blog walking buat kunjungan balas huhuhuh. Harap kawan-kawan faham dan JM akan buat semua tu step by step eh. JM tak pernah lupa kawan-kawan yang datang berkunjung ke sini.

Ahakssss! Cukup lah sikit luahan perasaan tu bukan orang baca pun keh keh keh.


Mesti ramai tahu JM apply Visa untuk ke China, boleh baca kat sini Permohonan Visa ke China Lulus. Risau jugak tau sebab nak apply Visa ke China sekarang agak susah nak lulus tapi bila dah lulus rasa nak cium ibu kaki ahahaah. Sujud syukur uolssss.

Negara China ni besar, setiap region ada tempat menarik tersendiri memang sangat sesuai untuk kaki travel terutama yang suka sightseeing. Bukan itu je, syurga shopping jugak tau, harga barang kat China MURAH sangat-sangat. Seyes JM tak tipu. Itu sebab ramai pemborong pergi Guangzhou borong kain, tshirt, kasut, barang letrik dan pelbagai barang lagi sebab MURAH. Kalau yang jenis pandai bargain tu memang heaven lah.

Ini bukan trip kali pertama JM ke China tau sebab first trip JM ke luar negara adalah Beijing dan Tianjin pada tahun 2012 itupun pergi dengan agen bayar RM1000 all in bawak duit shopping je. Balik je dari trip ni minat travel tu tak boleh nak di bendung lagi. Bila Air Asia buat sale je mesti cari destinasi yang di tawarkan harga tiket murah.

So until now setiap tahun mesti ada trip walaupun hanya dalam negara. Bila dapat travel ni ya Allah nikmatnya, bahagianya bila dapat lihat ciptaan Allah yang cantik dan luas terbentang, dapat lihat budaya hidup orang kat sana, kemajuan dan kemiskinan negara yang di kunjungi, boleh beli ole-ole buat saudara mara dan kawan-kawan...memang tak rugilah!

Adeh! Ginilah kalau dah start taip membebel je panjang heheheehe

Untuk negara China ni, JM baru jejak kaki ke Beijing, Tianjin, Guilin, Guangzhou, Shenzen, Hangzhou, Shanghai, Suzhou dan Wuxi.

Kalau ada rezeki nak pergi sampai ke Hunnan, Kunming, Harbin, Chongqing, Xian (kenyit mata kat SS minta dia jadi tour guide keh keh keh) dan banyak lagi.

Tapi bagi certain person negara China ni antara negara yang tak termasuk dalam list untuk travel, ada pulak tu sebut je travel ke China, tak sabar - sabar minta JM update sebab dia minat story about China ni. Ahakss! Taste dan minat setiap orang kan tak sama. Cuma satu je lah kena hadap kalau ke China ni....toilet KOTOR, bau hancing, ada tahik kat mangkuk tandas sebab flush rosak. Banyak kali JM tengok semasa trip baru baru ni. Pastu asyik terpandang orang korek hidung pastu main jentik jek! Ada tu dah korek tak leh jentik dia main kesat jek kat dinding kah kah kah.

Cite pasal korek hidung tu nanti JM share detail dalam full entri ni baru TEASER kah kah kah.

Satu lagi peringatan juga buat diri sendiri to make sure kalau nak buat trip ke negara 4 musim ni pastikan check dulu musim dan suhu jangan jadi seperti kami pergi musim Summer ko! Panas dan hujan seharian pastu JM lak beriya bawak kasut boot berbulu ko, thermal dan spring coat bagai, ingatkan Autumn! Hampeh! Bodoh tul! Kalau nak tahu tahap kebodohan tu boleh baca kat blog SS heheheehe.

Adeh!!!!

Jom tengok senarai tempat yang sempat kami terjah dalam cuaca yang sendu ni.

List Attraction at Hangzhou

1. West Lake
2. Hefang Street
3. Grand Canal
4. Phoenix Mosque
5. Three Pools Mirroring Moon - setiap kali tengok gambar ni mesti nak gelak adeh!!! Kredit to SS
List Attraction at Shanghai

1. Yuyuan Garden
2. The Bund
3. Pudong Mosque
4. Fuyou Mosque under construction
5. Shopping at AP Plaza
6. Shopping at Xinyang Fashion & Gifts Market 
7. Tempat menjadi tumpuan lokasi pengambaran - Doulu Street
8. Nanjing Street
9. Tabao Market
10. Oriental Pearl Tower  
List Attraction at Suzhou

1. Tongli Water Town Suzhou
2. Shilu Pedestrian Street
3. Taipingfang Mosque
List Attraction at Wuxi

1. Three Kingdoms City
2. Water Margin City
Bukan itu je......ada juga tempat shopping yang sangat heaven tetapi untuk tempat shopping ni JM akan share dalam entri berasingan. Sebab apa heaven? Murah bafuck ahaahah pinjam perkataan ni dari SS. Bayangkan eh shawl lebar dan besar jenama LV, Dior, Burbuerry 10 yuan sepasang lebih kurang RM6 pastu winter coat harga 400 yuan bila pandai bargain leh dapat 100 yuan atau RM60. Biasa orang share shopping di Yuyuan Garden kan? Tapi ada tempat lain lagi best orang tak tahu. So kalau nak tahu kena tunggu entri dari JM eh.

bersambung!!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trending Articles


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Problema Quotes – Pera Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.