Assalamulaikum dan salam sayang kepada semua reader blog JM yang setia,
Lamanya JM tak update blog...sorry pembaca kesayangan sekalian..mesti korang tertunggu je manalah entri baru dari JM kan kan kan....apa? TAK! hehehe...x pe biar JM je perasan sorang-sorang.
Jangan hairan ye si JM memang begitu. Ikut suka hati belalang je bila dia nak update.
Sejak makan belalang di Yogja awal Oktober tu perangai malas semakin menjadi-jadi seperti Pak Belalang...Tak kenal? alaaaa Nujum Pak Belalang tu, nak minum kopi guna arang dari bontot kuali...ehh..kuali ada bontot eh..belasah je lah hihihih.
Bus No 29 to Mo Chit BTS Station, BangkokBeberapa hari lepas dapat komen dari Kak Noor, seorang blogger dari Brunei membuatkan JM senyum lebar heeee. Kebetulan pulak dah lama JM tak up entri baru.
![]() |
Komen dari Noor, seorang blogger hebat dalam dunia masakan |
Kenapa kak Noor cakap macam tu? ahaksss...JM rasa semua dah tahu. Jika kak Noor baca entri ni sila emailkan kepada JM alamat rumah ye.
Trip solo ke Bongkok, ehhh Bangkok dari
23 Julai - 28 Julai 2015 selama 5 hari 4 malam JM beradu di
Silom Avenue Inn (3* Hotel). Nah! beradu uolss..jangan main-main kih kih kih.
Sebelum berangkat ke Bangkok dulu, JM dah survey lokasi hotel ni dan kalau boleh nak cari berhampiran train stn, dekat dengan kedai makanan HALAL dan yang paling penting MURAH.
Kegigihan cari di google, so decide nak stay kat sini. Seperti biasa tempah melalui
booking.comYes! buat masa ni JM masih setia dengan booking.com kerana tiada bayaran pendahuluan semasa tempahan, bayar semasa check in nanti dan free cancellation sekiranya last minute kita tukar fikiran nak stay di tempat lain.
![Silom Avenue Inn Bangkok Silom Avenue Inn Bangkok Thailand]() |
Silom Avenue Inn, Bangkok |
"Cabaran" katanya nak cari Silom Avenue Inn ni...susah sangat ke? Meh ikut JM.
Selepas salam peluk cium si Shafinaz tu, turun bas terus naik ke BTS Mo Chit Station. JM pernah solat di station ni semasa ke trip ke Loei tahun lepas jadi tak adalah 'blank'.
Di Malaysia lagi JM dah study cara nak ke hotel ni. Info yang JM dapat dari internet lokasi hotel ni paling hampir dengan BTS Surasak Station.
![]() |
Silom Avenue Inn Hotel Map |
Direction to Silom Avenue Inn Hotel, Bangkok :
- Stop at Surasak Station
- Ambil Exit 1, jalan terus ke hadapan dalam 250 meter
- Jumpa simpang pertama sebelah kiri, iaitu Pramual Road
- Jalan terus sahaja, akan jumpa Bangkok Christian College sebelah kanan
- Jalan lagi sehingga jumpa simpang 4 dan betul-betul simpang tu ada kedai 7e dan sebelah nya Silom Village Inn
- Cross simpang 4 tadi dah hala ke arah Silom Village Inn tetapi bukan hotel ni
- Jalan ek hadapan sedikit akan nampak nama jalan Silom Road 20, then Silom Avenue Inn di sebelah kir
- Jangka masa dari Surasak Stn ke Silom Avenue Inn lebih kurang 10 minit berjalan kaki.
![BTS Sky Train Bangkok BTS Sky Train Bangkok - Map]() |
BTS Sky Train Bangkok |
Its mean dari BTS Mo Chit tadi, JM perlu tukar train di Siam Centre pastu naik tren ke arah Saphan Taksin dan berhenti di Surasak Station. Perlu di ingat ye kawan-kawan, pastikan korang cetak BTS Sky Train Map ni supaya mudah perjalanan nanti.
![]() |
BTS Mo Chit Station, Bangkok |
Sampai di Mo Chit Station, terus ke kaunter untuk beli tiket ke Surasak Station, buat pertukaran di Siam Centre.
Pada masa ni nilai duit di tangan JM masih THB1000 means RM100 nak beli tiket yang mungkin beberapa bhat je kan.
Kemudian JM nampak ni...kaunter pertukaran duit, tempat tukar duit kertas kepada syiling. Kalau nak beli tiket di stesen mesti guna syiling so kat sini lah kaunter tukar tu.
![]() |
Kaunter tukar duit kerta kepada syiling |
JM pun cakap lah kepada petugas kaunter tu nak pergi ke Surasak Station, pastu bagi lah duit THB1000 tu, nasib baik dia tak banyak songeh, terus ambil tiket, add value...done! tambang THB42.
Jom naik tren. Waktu ni jam 7.30 malam, risau jugak sebenarnya nak cari hotel waktu begini kalau siang hari lain ceritanya kan.
Tak lama tunggu tren pun sampai. Tak perlu risau kerana nanti dorang akan announce dalam dwibahasa sebelum sampai setiap station so pastikan ALERT eh...jangan terlepas station pulak. Dalam tren pun ada display the next stop is........
![]() |
Jom naik tren |
![]() |
Curi ambil gambar kakak santik |
Bila sampai di Siem Centre, turun dari tren tukar naik tren arah ke Surasak Station plak dengan bagpack gedabak besar di belakang 7kg.
Apabila sampai di Surasak Stn JM lost! sebab ada banyak exit so nak pilih exit yang mana satu ni. Kalau salah exit nanti balik ke Msia pulak tak pun sampai ke Chao Phraya River kih kih kih.
Jadi ambil inisiatif bertanya kepada seorang pekerja di kiosk yang jual stationary. Dalam tren station tu ada banyak kioks tau termasuk lah kiok jual minuman, makanan ringan dan pelbagai lagi.
Kalau malu bertanya kenyang makan buah 'langsat' nanti, dah tu nak terkencing pulak lagi haru biru pink semua heheheh.
"miss! can u speak english"
"No!" pastu dia buat cam tak nak layan je
ehhh minah ni, boleh plak cakap No!
JM tak putus asa, tanya lagi arah nak ke Pramuan Road which exit paling dekat sambil tunjuk map yang dah prepare awal-awal. Pramuan Road tu JM translate ke tulisan Thai
Pastu dia pandang je JM tau...mungkin dalam fikran dia tu.."isshhh budak ni tak faham bahasa ke" pedulik!
Nak tak nak dia cakap "Exit 1", exit yang paling dekat ke Pramuan Road tu
JM pun jalan ke arah Exit 1, sebelum sampai exit 1...nampak ada security quard beruniform biru. Kalau korang nak tahu di setiap hentian tren tu ada Security Guard tau, yang bertugas memantau dan memastikan kelancaran operasi tren setiap hari. Seorang di area kaunter dan seorang lagi di tempat menunggu tren sampai.
JM ni ringan je mulut , tanya lagi sekali pada abg guard ni sambil tunjuk map yang ada di tangan nak pergi ke Silom Avenue Inn.
Pastu dia cakap keluar ikut Exit 1, jalan terus sehingga jumpa Pan Road sebelah kiri jalan until reach Wat Prasri Maha dan hotel tu just cross the road.
Dari info yang JM dapat, jalan yang paling dekat is Pramuan Road. Tapi kerana percaya kepada guard tu JM follow je.
Keluar dari Exit 1 tu jalan terus, lama juga berjalan tapi tak nampak-nampak Pan Road tu. Aduss!!! gimana sih..hari dah gelap, lampu jalan plak malap je.
Dalam hati Allah sahaja yang tahu, asyik berdoa kepada Allah supaya permudahkan urusan mencari hotel ni. Waktu ni memang peluh jantan semua keluar.
Nekad dalam hati kalau jumpa sesiapa di jalan memang akan minta tolong tunjuk arah.
Tiba-tiba!!! wahhh saspend tak?
Ada seorang guard/penjaga pintu masuk Laguna Resorts & Hotels Public Company Limited, keluar nak tutup gate/pintu masuk.
JM pun tanya lah jauh lagi tak nak ke Pan Road tu, sekali dia langsung tak boleh cakap Bahasa Inggeris. Pastu JM tunjuk nama jalan dalam bahasa Thai, dia pulak tak nampak sebab tulisan kecik. Kemudian, dia ajak ke pondok pengawal sebab kat situ ada lampu lebih terang.
Waktu ni JM tak fikir dari segi kesalamatan, main ikut je guard tu. Bila dah clear then dia guna bahasa isyarat yang Pan Road tu just beberapa langkah sahaja dari tempat kami berdiri. JM pun ucap kap kung krap sambil tunduk-tunduk kepala.
Pan Road ni sunyi, tengok jam pukul 8.00 malam, mengharapkan lampu jalan je itu pun bukan sepanjang jalan tu ada lampu. Sambil jalan sesekali pandang belakang pastu dalam hati ni berdoa je semoga Allah permudahkan urusan dan selamat sampai ke hotel, ye lah risau juga sebenar jalan sorang-sorang di tempat orang malam pulak tu.
Alhamdulillah selepas beberapa minit berjalan nampak lah Wat Prasri Maha seperti yang di katakan oleh Guard di tren station tu tapi dari sini tak boleh cross jalan perlu cross di laluan yang di sediakan.
Toleh ke kiri ada kawasan untuk melintas, jalan lagi beberapa meter cross jalan jumpa lah Silom Village Inn. TETAPI bukan hotel ni yang JM nak pegi, then for confirmation JM masuk hotel ni tanya pulak receptionist tu.
Dia cakap dah tak jauh dalam beberapa meter je lokasi hotel di sebelah kiri.
Alhamdulillah syukur!!! akhirnya sampai dengan selamat. Masuk je pintu hotel akan nampak cafe or ruang makan untuk breakfast.
![]() |
Ruang makan untuk breakfast di Lobi Hotel |
![]() |
Kaunter check in di sebelah kiri |
Terus tunjuk booking form, selesaikan bayaran THB3,875 untuk 5 malam dan JM dapat bilik besar ada 3 katil tido seorang. Korang rasa? adakah JM salah booking? no! asalnya JM booking bilik untuk berdua tapi ini yang dapat..syukur!!!
Masuk bilik, mandi terus ZZzzzzzzzzzzzzzzzz!
![]() |
Bilik besar boleh tidur 4 orang kan |
![]() |
Bilik air pun luas |
Review berkenaan hotel ni :
- Bagi JM bilik besar, bersih dan selesa
- Bilik air juga besar, toiletories di sediakan
- Di sediakan 2 botol air mineral FREE setiap hari
- Lokasi yang sangat strategik berdekatan train station, masjid dan kedai makanan HALAL
TETAPI ada 2 benda yang JM rasa perlu di tambahbaik :
- WIFI dalam bilik terlalu slow dan kekadang disconnected. Perlu turun ke lobi untuk dapat line WIFE yang clear dan laju.
- Tidak di sediakan coffee or tea dan kettle untuk masak air. Jadi setiap kali nak minum air panas perlu turun ke lobi minta air panas masukkan ke dalam termos atau bawak sachect (milo ke nescafe ke) turun ke lobi hotel minta air panas, bancuh dan minum di cafe.
Kenapa JM cakap LOKASI sangat strategik dan menarik? Nah! cuba tengok Map yang JM lakar ni.
![HALAL Food, Halal restaurant Bangkok kedai makanan HALAL di Bangkok, Halal restaurant in Bangkok City]() |
Map to Silom Avenue Inn Bangkok City |
i. Direction to Deen Restaurant HALAL Food Bangkok
Which is serves halal Thai food is located in the block just before reaching Silom Soi 15. If you take a cab from Chongnonsi BTS Station or Saladaeng BTS Station, tell the driver to send you to Silom Soi 'sip haa'. 'Sip haa' is 15 in Thai. The fare should be about THB40 only. Masjid Mirassudeen is located across the road in a little alley of Silom Soi 20.
Address :
761, Silom Road (next to Silom Soi 15 & opposite of Silom Village),
Bangkok.
Tel: 02-6350441
Opening hours: 07:30 pm - 21:30pm
Closes on Wednesday
ii. Direction to Dubai Restaurant, Silom Rd please refer map above.
End of Day 1
************************************
Alahai JM ni, nak cari lokasi hotel pun up satu entri....trip dah berbulan lepas, ceritanya baru sampai hotel.
Nampaknya kisah sesat dan di tinggalkan di tepi highway, topi pink tinggal dalam van, kisah menahan ber#% almost satu jam baru boleh memerut dan tido kena tindih lepas balik dari Ayuttaya tu perlu tunggu tahun depan lah agak nya eh hihihhi.
Bersambung hari ke 2 di Bangkok!!!