Quantcast
Channel: Jari Manis : Travel List
Viewing all 121 articles
Browse latest View live

Entri special : Rugi kalau tak baca kah kah kah!

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Haaaa nampak tak! nampak? kalau tak nampak cepat pegi cari spek kah kah kah.....tajuk entri tak menahan...nak pancing lah tu heeeeee

Seminggu sudah bulan Disember, cepatnya masa berlalu. Tik! Tok! Tik! Tok! bak kata SS tahu-tahu je dah tahun 2016.

Kenapa korang perlu baca entri ni..sebab ini adalah entri penghargaan untuk semua reader blog JM tu.

Top Commentar November 2015

Adakah blogger yang sama tersenarai dalam list top commentar setiap bulan? jeng! jeng! jeng!

Penghargaan kepada mereka tapi tak dapatlah Trophy ni hiksss
Nak tahu siapakah yang masuk dalam senarai 11 orang yang paling ngetop!!!!
Cuba tengok siapa yang kena!

Top 11 Commetar Nov 2015
Tengok tu...pelik tak sebab entri blog JM tak cecah 10 entri setiap bulan, boleh bilang dengan jari je tak perlu pinjam calculator pink dari SS tu tetapi bilangan komen di luar jangkaan....Aduhhhh TERHARU!!!!

Terima kasih semua kerana naik kan traffic blog JM!!!!! sayang korang ketat-ketat.

Bagi yang tersenarai dalam Top Commentar Nov, JM akan bawa korang TERBANG bersama nanti..ke manakah destinasi nya..TUNGGU!!!!

Bagi yang tidak tersenarai jangan bersedih, merajuk, gundah gulana, berkecil hati, jangan pula nanti bawa diri menangis di belakang pintu, di bawah katil atau di sebalik pokok (refer kak Notie) hahaha.

JM nak korang tahu..JM tetap hargai kehadiran kalian di sini. Sangat-sangat hargai.

Beberapa minggu akan datang kita akan menyambut tahun baru 2016. Jadi JM berhasrat untuk beri something kepada pengomen SETIA blog Jari Manis : Travel List mulai Jan - Dis 2015

It's means bagi mereka yang tidak pernah masuk dalam List Top Commentar setiap bulan juga akan menerima small gift ni sebagai tanda penghargaan.

Pengomen SETIA merujuk kepada mereka yang tidak pernah jemu-jemu tinggalkan komen di setiap entri blog JM, boleh di katakan setiap bulan dia akan tinggalkan komen walaupun pada 1 entri dalam 1 bulan, i'm really appreciate it.

Off coz bagi mereka yang hanya tinggalkan 1 komen setiap bulan korang juga tidak terkecuali...akan dapat GIFT tu....surprise!!!!

PERINGATAN *** Ini pemberian Ikhlas dari JM di atas sokongan kalian bukan niat untuk dapat ramai reader. Tiada paksaan untuk datang baca dan komen.

Buka mata luas-luas, check nama korang ada tak... kalau tak masuk dalam list let me know eh....

Scdha Sein, Farrah MF, Suida, Siti Yang Menaip, Deanna Morni, Nhhas, Zie Has, Luna Paris, Salbiah M, Zarul Farhana, Azaleania (Mama Gojes), Kak Notie, Nieda Ramly, Nohas, Yana Yani, Puan Wawa, Ros Reeza, TKK (Yana), Ikhwan Yusuf, Mummy Julia, Iryanty Ahamad, Qaseh Vee, Kay Dolcay, Dorset Pink, Cik Ash, Etuza, Abe MKL, Gunadi Firdaus, Ahmad Zu Mal, Wak Lat, ArZ MoHa, Pha Is, Cik Mimie, Cik Cerita, Nina Garcia, Bro Jali, Siti Nurzafirah, Nurul Shahira, Izzeyda, Ietams,  Pak Lang Mie, Supermeng Malaya, Norsalihah, Ayda Awie, Nooriah Abdullah, Siti Rohaina Abd Rashid, Den, Umi Alya, Zaitun, Scha Nazri, Nur Inani, JR, Khir Khalid, Najib Ariyan, Fidza, Tim Bill, Bbwana Adenia, Kamsiah, Kathy R'bain, Siti Aisya Ibrahim, Kak Kiah, Anil Wanina, Anamizu, Farah Canada, Nana Rjay, BibiEr, Izzati Amira, Ismail Ahmad, Syahida, Lady Dreamer, Cik Balqis, Nor Haryani Sanusi, Nurul Hidayah, Henrietta Jose, Smallfinger Story, Cik Nurul, Mrs Smile, Miss Nazla, Ab7735, Nana Tron, Faarihin Talip, Nor Azimah, Anizz Annisa, Dzuchan, NurulAizan, Cho Zila, Eija ;), KopiOLimauAis, Kamsi, Nazeck, AjlaA, Mama Amir, HSB, nOe Suhaimi, Irra Yyan, Cik Nadyya, Sofu Hashim, Fifi Nadhrah, Rin Noku, Mama 3 Farhanah, Fiza Rahman, TunSha Ayunie, Amanina Mads, Pojie, Miz Eija, Rei, Ren, Wa, Radin Fadli, Syarliz, Faricika, Cottage Putih, H-Zinnirah, Cik Anggur, Lieya Von Jay, Hainom Okje, Kak Zakie, Dila Bangi, NekCik, Ajim, Ieyka Syafieka, Kembara Destinasi, Diana Rashid, Fayreen Mizan, Amy J, Tihara, Aisyah Nin, ASP, TT Boy, Mazni Munawar, Ciku, Nadirah Mohamad, AlongXP, Cik Siti, Nana Liena, Norniwanie, Sunny Yunus, Kak Yon, DJ, Cik Yaya,Mrs A, Sai, Ismi Ana, Babypose, Cetusan Minda, Miesha, Cikgu Norazimah, Azra, Mrs Smile, Paridah, Anak Omak, Acik Erna, Mizz Nazla, Lieya Yaya, Hafizah Ayu, Amiizaa, Frau Lisa, Dekdaa, Eny Abdullah, Mypic Story, Zaidalifah, Miss yana, Emie Johari, Asha Lya, Bunda,Nasa Mulia, Akif Imtiyaz, Aswa Leyla, Sayidah Nafisah, Eida, Rozita, Feeza Fauzi, kak Sham, Nabihah, Nina Hamdan, Mazuriah, Putri Maryam, NekCik, Mak Jemah, FiZ, Nurul Ardilla Norezan, Farel, Sha Dhira, Shahira, Zakiah Hanum, Suhaila Hamid, Sobri Yaacob, Wardah Aneesa, Kura2 slow, Khayze, Fayaddah, Hujan Lebat, Afidah Azmi, ZaraAB, Hanizan, Fidza, Cik Viva, Liza, MyLife Ria, Reen Johan, Kisah Hearty. Raihanah Ahmad, Jie Susanos, Kakak Gojes, Maria Firdz, Ujie Othman, Ana Fatihah, Aryan Azra, Ros Nordin, Kak Zakie, Mardiah Diana, Ibu Zarith, SarahFJ, Fatin Wawa, Siti Rohaida Yusof, Mya, Cik Nurul Pinky, Cik Na, Ahlam, adianiez AIDA, Miss Aiza, Nabila Syifa, Sheila Adziz, Fidah Shah, Rubiah Kadir, Nur Hayati, Aeinna Musa, Nurul Harnani Kasmari, Perdu Cinta, Mawar Melati, Kakak Tiri Cindrella, Abam Kie, Fida Z ein, Aku Seorang Traveller

Ada tak nama tercicir, jika ada sila tinggalkan di ruang komen ye. Kalau nak cari just Ctrl F eh.

Bagi blogger yang belum pernah emailkan alamat rumah atau office kepada JM, boleh emailkan ke jarimanis4ever@gmail.com.

Ada beberapa orang lagi JM masih 'hutang' hadiah mereka, nanti JM pos serentak eh.

Cuba korang tengok berapa banyak blog yang JM perlu balas kunjungan, jadi jika ada blog yang JM tidak sempat terjah jangan lah merajuk bukan tak sudi tapi tak sempat huhuhuh.

JM cuba blog walking slow-slow ye.

Terima kasih rakan blogger...muaahhh!!!!

Empat hari berturut-turut JM menerima parcel dari rakan reader blog

Parcel pertama dari blogger Zie Has penulis blog Buat Wanita. Kepada yang masih belum berkenalan dengan Zie Has boleh klik link Buat Wanita. JM suka baca blog ni sebab banyak perkongsian resipi yang ringkas, mudah, cepat dan sedap.

Balik dari office, rutin biasa mesti check peti surat...ada sampul coklat tebal dan tanpa setem. Hati terdetik adakah parcel ni dari Nhhas. Masuk rumah belum pecat tudung terus koyak sampul tu.

Terus melopong mulut...banyak nye!!!! Hadiah Top Commentar dan hadiah my birthday...

Banyak!!!!
Kad ucapan yang sweet, warna..ofcoz my feveret colour
Nah!! memang kreatif lah Zie Has ni...really like it
Dompet kecil dari Istanbul
Keychain
Dan sebuah buku himpunan doa
Dear Zie Has, terima kasih kerana sudi menjadi teman maya JM. Sentiasa datang bawak boom tangan, so kalau JM balas dengan peluru berandu jangan marah ye heeee.

JM doakan semua Zie Has terus success dalam apa jua bidang sekarang, sihat sentiasa, rajin kongsi resipi di blog sebab nanti boleh JM cilok kalau nak tukar selera hikss.

Parcel ke dua ari Azalenia a.k.a Mama Gojes, tak kenal? mari berkenalan dengan OMG

Begitu juga dengan Zie Has, JM dapat something big juga dari Mama ni...sepasang shawl warna biru pink (my feveret colour), Dompet kecil dari Turkey, FM dari Seoul, Boomerang dari Perth dan sekeping kad.

Mama!! terima kasih...love u!
Shawl biru pink JM dah rasmi
Ole-ole dari  Perth
FM dari Seoul
Sebuah dompet kecil dari Turkey
Dear Mama Gojes yang di ingati selalu, terima kasih kerana sudi menjadi kenalan maya JM. Ye..kita berkenalan melalui blog SS. Dari blog SS, JM mula curi-curi komen di blog Mama kih kih kih.

JM doakan semoga mama sentiasa sihat dan berpeluang melangkah jauh  lagi dalam travel secara bagpacker ye.

Parcel ketiga dari blogger Iryanty Ahamad a.k.a Kak Yan penulis blog belajar bersabar. Ramai yang kenal kak Yan kan. Seorang isteri dan ibu yang sangat tabah.

JM suka baca blog kak Yan kerana banyak perkongsian ilmu bermanfaat, himpunan doa dan kata-kata nasihat.

Nak tahu apa yang JM dapat...

Bukan senaskah al-Quran tetapi sekeping artifak kecil. Boleh gantung dalam kereta
Dear Kak Yan, terima kasih di atas pemberian ini, JM sangat hargai. Love u kak Yan!!! teruskan berkongsi ilmu yang bermanfaat. 

JM doakan kak Yan sekeluarga sentiasa sihat dan tabah hadapi ujian dunia ye. Ingat Allah sentiasa bersama.

Hari ni JM terima lagi ole-ole dari Cikgu Etuza penulis blog Pesona Etuza kerana JM salah soerang Top Commentar Nov 2015.

Cikgu Etuza ni memang suka memberi hadiah, seorang yang pemurah dan yang paling penting rajin update blog. Setiap hari mesti ada entri baru, tak terkejar!!

Hadiah Top Commentar Nov, sebatang pen, FM tertera No 1 kerana JM menjadi Top 1 dan 2 bungkus coklat cloud9
Terima kasih cikgu Etuza di atas small gift ni, semoga terus berkarya ye.

Jika Cikgu Etuza baca entri ni, JM minta maaf kerana lama tak singgah di blog bukan tak sudi tetapi tak sempat, jika ada kelapangan nanti JM singgah ye

Hari ini 12 Disember JM senyum lebar lagi sebab terima bungkusan pos laju dari Scdha Sein a.k.a SS. Salah satu barang dalam bungkusan tu adalah sepasang shawl warna kegemaran ofcoz lah pink daripada HH

Kenal tak siapa HH ni..alaaa budak comel yang menjadi teman SS semasa travel tu. Pemberian dari SS tak boleh publish kat sini nanti ada orang jeles ehehehe.

Shawl - my feveret colour
Sekeping note yang sangat sweet
Dear SS & HH,

Terima kasih kerana sudi menjadi teman maya JM, pertama kali jumpa korang berdua semasa di airport hari tu. JM dapat rasa weouls ada instinct dan keserasian to being together. 

Terima kasih unlimited di atas pemberian yang banyak dari SS dan shawl yang cantik ni dari HH. JM akan pakai on my next trip termasuk shawl warna biru yang JM terima di airport dulu...Love uolss berdua ketat-ketat. Ada peluang kita 'dating' lagi eh.

Pagi tadi Cik Manisah Lesing tanya JM ada terima tak sampul. Beliau minta tolong kawan masukkan sampul tu ke dalam my postbox. Jadi balik dari opis terus terjah peti surat tu dan tersenyum apabila tengok tulisan comel je di atas sampul tanpa setem.


Ahaksss! hati terus terdetik, ini mesti dari Huda a.k.a Nhhas or Cik Manisah Lesing. Tapi kali ni JM sabar sikit tak lah terus koyak sampul tu, pergi mandi dulu, rehat sekejap baru kerjakan sampul tu hihihih. Nah!!!! seperti biasa orang baik dapat banyak!!! ehehehe.

Sebuah buku kenali ubat anda dan flyer perangi kerintangan Antibiotik
Sebuah buku doa dan zikir harian, sekeing FM, Natural Moist Lip Balm jenama Nutrimetics dan sekeping nota kecil
Huda cayang!!!

Terima kasih!!! terima kasih!!!! terima kasih!!!! walaupun tak dapat Tshirt Malaysia seperti SS hikss, sis JM tetap suka dengan hadiah ni. Sis JM doakan semoga Huda sentiasa tabah hadapi rintangan dalam kehidupan, menjadi wanita Solehah sentiasa di lindungi Allah dan berjaya dalam hidup...aminnn!

Pagi tadi 11/12 pergi pejabat pos laju sebab nak collect hadiah lagi...pastu adik pos laju dah senyum dari jauh sebab hari-hari asyik muka kakak Jari Manis ni je...eheheeh....sorry ye dik..kalau tak ada orang macam akak ni ko bosan nanti tak ada orang collect barang kah kah kah.

Hari ni dapat sampul dari Maz, kenal tak Maz? alah partner travel JM ke Surabaya - Jogja hari tu..ingat?


Haaa...baru-baru ni Maz ada trip ke HCM dan Singapore, jadinya dia tak lupa kat partner travel yang sorang ni hehehe...terima kasih Maz! sayang kamu. Kalau JM buat trip lagi nak ikut tak :P.

Ole-ole dari Maz
Dear Maz,

Terima kasih kerana sudi temankan JM untuk trip ke Surabaya - Yogja hari tu and i'm really enjoy travel with u so jika ada rezeki kita travel sama-sama lagi eh. Terima kasih atas pemberian ni, i'am really appreciate it.

Teaser : Last Trip on 2015

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Terlebih dahulu JM mohon maaf kerana belum sempat siapkan 'small gift' untuk rakan reader. Masih di peringkat 'design'. Harap semua kawan-kawan dan sahabat dapat menunggu dengan sabar ye.

Sebenarnya JM nak bagi tahu kat korang semua, blog ni akan sunyi selama 10 hari. Jadi dalam tempoh tersebut JM tak boomMMM blog korang.

Harap-harap tak ada yang rindu dendam ek hihihi.

This is my last trip on 2015 ehh means tahun depan ada lagi heeeeee.

"HABIS LAH!!! entri yang tertunggak tu bila nak bayar" hehehe....tahun depan ke tahun berikutnya.

Ko ke mana JM.....tak boleh duduk diam! 

Ini trip rombongan Cik Kiah dan Kak Melah. 

Ada aktiviti camping, body rafting, tembak sunset, tembak orang ehh.. tembak menembak gambar.

Nampak tak....tengok! ni dah tak nak balik Malaysia ke ;p 

Bagpack penuh dengan rencah, rempah ratus, makanandalam tin dan periuk. Dalam beg biru tu penuh dengan maggie dan biskut. 

Korang boleh guess tak JM ke negara mana? cer teka....ce teka! Sorang boleh guess satu NEGARA je.Bagi yang boleh menjawab dengan BETUL adalah habuan nya ;-)

Jom nyanyi sikit "awak ke mana awak awak ke mana" .... "awak ke mana awak awak ke mana"

Ketika entri ni publish, JM dalam perjalanan ke KLIA2 dan akan terbang 'berseorangan'...

Doakan perjalanan JM selamat pergi dan balik ye....

Muahhh!!! till wee meet again

Live update from airport : tgh Q nak drop luggage tapi geram betul rasa mendidih darah dengan orang tak faham bahasa ni, nko dah duduk belakang pesal nk potong Q pulak ikut turn lah pakai lebai sepatutnya tunjuk budi bahasa yang baik kalau tak pecat je lebai tu .

Boleh tanya plak nk drop luggage ke, ko tak nampak beg tercongok atas troli ni..isshh sabar JM sabar..ye encik saya nal drop luggage tapi kalau encik x sabar sangat pergilah dulu (mengomel dalam hati).

Live Update : Sunflower Field at Lop Buri

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM tu,

19 Disember 2015 jam 11 pagi

Mesti ramai yang boleh guess kan ke mana JM untuk trip kali ni. Ada yang dapat menjawab dengan betul so meh JM hadiahkan something untuk korang.

Sekarang kami berada di Sunflower Lop Buri, Thailand

Live Update : Sunrise at Thung Salaeng Luang National Park

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sayang to all my lovely readers,

JM tahu korang mesti rindu sama JM kan kan kan ahahaahh sorry lah JM ni kuat perasan

So untuk kurangkan rasa rindu tu JM nak share tempat yang kami singgah.

For your info JM not travel alone but in group of 17 people

20 Disember Jam 2.30 ptg ke Thung Salaeng Luang National Park dari Sri Dit Waterfall. Kami berkhemah di sini untuk satu malam.

Esoknya seawal jam 5.00 pagi bangun naik truck untuk tengok view sunrise yang sangat cantik.

Hari ni 21 Disember kami on the way ke Phu Tap Boek kemudian terus ke Udon Thani untuk bermalam di sana.

Our route is Bangkok - Lop Buri - Khao Kho - Petchabun - Udon Thani - Loei

Phu Tap Boek ke Udon Thani 300km...pitam!!!

Terima kasih kepada semua yang mendoakan perjalanan JM...love u oulss!!!

Layan!!!!!

Life Update : Red Lotus Lake kumphawi, Udon Thani

$
0
0

Assalamualaikum buat semua reader kesayangan,

Hari ni 23 Dis kami ke Red Lotus Lake,Udon Thani

Gigih JM update atas sampan ahahahaha kalau kat Msia x de nye nak gigih camni

Nampak tak bunga-bunga pink tu!!!! Biru x de ye ;p

Nah!!! Untuk tatapan korang semua

Selamat Tahun Baru 2016

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua rakan blog JM,





SELAMAT TAHUN BARU 2016


psst : Entri pendek...nanti sambung

My Lovely Readers July 2015

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Cepat betul masa berlalu, hari ni 3 Ogos 2015..Oh tidak!!! sudah hampir tahun 2016

Bulan Julai, prestasi blog JM merudum...bilangan entri juga berkurang...apa nk jadi ni JM?

Masih ada yang sudi singgah sini tak? 

Masuk je bulan baru JM akan update senarai yang ngetop bulan sebelumnya. Terima kasih kepada semua yang rajin singgah sini..JM sangat hargai...kepada yang tinggalkan hanya 1 komen dalam sebulan pun tetap JM ingati...SILENT reader juga...terima kasih.

Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi sahabat JM di alam maya..."Happy Friendship Day"

Kepada 10 Top Commentar.,..u will get small gitf from me...then the rest i will 'boom' your blog.

1. Sc _ _ _ Se_ n
2. Deanna _ _ _ _ _
3. Cik _ _ _
4. _ _  _as
5. Siti Y_ _ _ M_ _ _ _ _
6. _ _ rr_ _ MF
7. _ _ _ _ _ Abadi
8. Ros R_ _ _ _
9. Puteri _ _ _ _ _ _
10. _ _ _ _ _ Farhana

Also thanks a lot to them
11. Amania Mads
12. Arz MoHa
13. Cik Mimie
14. Izzeyda
15. SalbiahM
16. Pha Is
17. Dunia Zumal
18. Muhammad Khairuddin Lim
19. Tiga Lalat
20. Qaseh Vee

Mesti ramai tertunggu-tunggu entri travel dari JM kan? okey...i will publish as soon as posible..gittew janji!

2015 : Dalam Kenangan

$
0
0
Assalamualaikum dan salamavel  sayang buat semua rakan blog JM,


SELAMAT TAHUN BARU 2016


Terima kasih kepada semua reader yang sentiasa support blog Jari Manis : Travel List. JM sangat hargai kehadiran kalian.

Ada yang bertanya alamat dah di beri tapi ole-ole nya belum di terima, kepada yang bertanya harap bersabar ye 'JANJI AKAN DI TEPATI' in shaa Allah.

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa berada dalam top list..uolss memang ohsem! Muahh!

Top Commentar Disember 2015


Top Commentar Year 2015



Syukur kepada Allah yang maha Esa kerana masih beri peluang kepada JM untuk meneroka bumi Allah yang sangat luas dan cantik ini.

Banyak kenangan manis dan pahit yang di lalui dan walau apapun yang berlaku hidup mesti di teruskan. Betul tak?

Mari kita imbau kembali perjalanan percutian JM pada tahun lepas.

2015 Dalam Kenangan

First Trip Seoul - Busan (18 - 26 April 2015)

Trip kali ke -3 ke Seoul (2 kali Spring Season dan 1 kali Autumn Season) an 2 kali trip ke Busan on Aumtum dan Spring Season).

Ehh JM ni...orang pergi Seoul setahun 4-5 kali tak bising pun. ko tu pegi setahun sekali nak heboh satu dunia hahahah..JM memang POYO!



Ilsan Lake Park Seoul
Yangdusan Park Busan
Second Trip ke Lombok (03 - 08 Jun 2015)

Trip paling mencabar semasa menaki Gunung Rinjani, kalau ada orang ajak ke Rinjani lagi..cukuplah sekali seumur hidup.

Sunset di Bukit Pergasingan
Track pendakian Gunung Rinjani yang sangat mencabar..satu tapak melangkah ke hadapan akan gerak 2 langkah ke belakang 
Gunung Rinjani dari atas awan
Third Trip ke Bangkok City an Ayuttaya (23 - 28 Julai 2015)

Trip Solo yang pertama, banyak kenangan pahit dan manis semasa trip ni dan jika ada peluang lagi, will travel solo again.

Hampir 2 jam perjalanan dari Bangkok City ke Ayuttaya
Berbasikal di bandar Ayuttaya...tiada basikal pink dan biru, kuning jadi pilihan
Wat Lokaya Suttha, Ayuttaya
Fourth Trip ke Redang Island (22-23 Ogos 2015)

Pengalaman khemah runtuh di pukul ribut dan angin kencang, terpaksa tidur dalam surau bersebelahan kubur, malamnya ada kawan tersedar dari tidur, nampak lembaga menyerupai kawan yang lain sedang nyenyak tidur. Semua cerita hanya di Redang Island.

Redang Island, Terengganu
Fifth Trip ke Surabaya - Yogjakarta (01 - 06 Oktober 2015)

Trip berdua bersama rakan blogger Maz, pertama kali jumpa di airport semasa nak depart ke Surabaya, mula nya agak kekok kerana selama ni kenal di alam maya je. Tetapi itu bukan penghalang  untuk enjoy the trip. 

Pemandu yang kami upah semasa di Yojga berkali-kali cakap tak percaya kami pertama kali jumpa dan pertama kali travel bersama kerana mesra seperti dah bertahun kenal. Terima kasih Maz sudi menjadi teman travel JM.

Mount Bromo, Surabaya
Pasir Berbisik, Surabaya
Batu Alien, Mount Merapi Yogja
Timang Beach Yogja
Six Trip ke Overland Thailand (17 - 26 Dis 2015)

Trip yang di sertai oleh 17 orang kaki travel, walaupun ramai semua berjalan lancar. Tido kesejukan dalam khemah, masak sama-sama, solat berbumbung kan langit, perjalanan 4 - 5 jam ke satu - satu destinasi. Trip yang sangat menarik.

Sri Dit Waterfall, Khao Kho
Sunflower di Lop Buri
Floral Park, Wang Nam Keaw
Jim Thompson Farm, Nakhon Ratchasima
Camping Site at Khao Kho
Caming Site at Phu Tap Berk
Red Lotus Lake, Kumphawapi Udon Thani
The BLOOM, Sukhumvit
Sunrise di Tung Salaeng Luang National Park, Petchabun
Ke mana kah destinasi JM untuk tahun 2016?

Tunggu!!!! first trip only around the corner ahakssss

JM masih hutang :

1. Small gift untuk rakan reader
2. Hutang Blog Walking

Wordless Wednesday : Buku Merah!

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Terima kasih kepada mereka yang masih sudi jengah blog JM yang semakin suam-suam kuku ni.

This year JM sangat sibuk, bila balik rumah badan penat, so mood untuk blog walking semakin ke laut. 

But akan slow-slow terjah semua reader my reader blog.

Ini kan pula update blog..mmg tak lah..tunggu weekend je itu pun kalau rajin...adoooi!

Habislah! semua peminat lari hahahahaha...SILA MUNTAH DALAM BALDI PINK!!

Sebab hari ni RABU so x nak blog terus sunyi sepi nak share story ni.

Semalam, 5 Jan 2016 JM pegi renew Buku Merah...RM200 untuk tempoh 5 tahun uoulssss

Makin jauh JM melangkah pasni. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan permudahkan segala urusan....amin.

Tempoh 05 Jan 2016 - 29 Jun 2021
Tengok! nampak tak buku merah yang ke 5! Buku Merah pertama tahun 2009!

Siapa yang belum pernah ada Buku Merah lagi..sila angkat tangan!

Nak buat Buku Merah ni mudah je...nak buat kat mana? kedai buku? kedai gambar? No...no...no!

1. Pergi ke kaunter Pejabat Imigresen, tak kisah mana-mana cawangan yang berdekatan dengan tempat tinggal

2. Bawa bersama Kad Pengenalan dan Passport Lama bagi yang pernah ada Passport sebelum ni. Jika pertama kali nak buat Passport, bawa Kad Pengenalan sahaja.

3. Ambil No Giliran, tunggu no giliran di panggil

4. Ingat!...passport SIAP 1 jam selepas bayaran di buat.

Tu je nak share..dah nama pun WW kan.

JOM!!! ikut JM main SALJI!

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang dari Busan hiksss,


Gigih taip entri dalam bas kah kah kah. 

Tajuk entri menarik tak? heeeee..siapa yang akan JM bawak untuk main salji tu?

Cuba tengok list tu...top commentar hingga 14 jan 2016. Nak main salji kat mana? Tunggu!!! ke ada yang dah tahu :-)

Ye! waktu entri ni di publish JM dalam bas dari Busan Dongbu Gyeongnam Intercity Bus Terminal to Sokcho Intercity Bus Terminal. Anggaran perjalanan 7 jam 30min so memang tidur dalam bas malam ni.

Cuaca kat luar memang sangat sejuk, cakap pun mulut kuar asap tapi di dalam bas sangat selesa sebab ada heater. Seat juga besar lebih besar memang tido tak sedar lah malam ni.

Nah! belanja gambar selama 2 hari di Busan. Esok akan ke Mount Seorak dan nantikan life update daei JM okey..muah!

Tom Comment from 01 Jan - 14 Jan 2016


Ohsem Januari 2016 - Terima kasih SEMUA!!!!

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang terakhir dari JM,

Entri penghargaan kepada semua yang sentiasa support blog Jari Manis : Travel List

Terima kasih kepada semua yang tidak pernah bosan klik blog Jari Manis

Buat masa ni JM sudah tiada MOOD untuk kongsi My Travel Trip...My SOUL is GONE!!!!

Maybe this is my last ENTRY

Bilakah MOOD itu akan datang kembali..entahlah...biar masa menentukan...

JM Dalam Kenangan
Terima kasih buat mereka semua....JM masih di sini cuma ...mungkin akan kurang aktif dalam dunia blogging tetapi akan tetap terjah blog kawan-kawan yang sentiasa dalam ingatan.

Top #1 - Scdha Sein
Top #2 - Farrah MF
Top #3 - Ekin
Top #4 - ArZ MoHa
Top #5 - Yana Yani
Top #6 - Siti Yang Menaip
Top #7 - Mummy Julia
Top #8 - Yana
Top #9 - Deanna Morni
Top #10 - Mardiah Diana
SAYONARA!!!!!

JM!!!! oooo JM...mana entri baru?

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM


Hallllloooooooooo! i'm back! (BOLD sikit hehehe)

Entah berapa lama nak bertahan ni..sabarlah ye kawan-kawan

Ehh!!!! ada yang masih follow story kat blog ni ke?

Ke ramai dah mula 'melarikan' diri... ngeh ngeh ngeh....rasain loh!

Itulah ko JM...orang nak tulis blog..ko pun nak tulis blog...pastu asyik malas je...asyik tak de mood je..apa nak jadi ngan ko ni!

Haaaa...tengok bila hati kecil JM bersuara!

Yes!! almost 2 weeks blog ni bersawang...ohhh TIDAK!!!! wakeup JM wakeup..jangan lama sangat 'berehat'..ramai yang rindu tu heeeeee (tutup muka)

Mehhhh...nak vacum sikit sawang tu...

Ingat lagi tak? JM masih hutang ole2 Top Commentar dan Pengomen Setia 2015..ni haa hadiah nye...belum siap lagi huhuh...belum bungkus lagi...sabar ye pembaca kesayangan sekalian

Fridge Magnet design sendiri selepas puas belajar dari SIFU SS
Hasil memancing di Busan dan Korea hari tu
Bukan itu je...JM juga nak ucapkan terima kasih kepada mereka ni....SIAPA? Semua kenal mereka ni...

SS, FARRAH MF, NINA GARCIA, INTAN Dorset Pink, IETAMs, Bro JALI dan CIKGU ETUZA

Baru-baru ni JM terima parcel dari dorang..kalau dari SS, Farrah MF dan Cikgu Etuza tu memang dah banyak kali JM terima 'pemberian penghargaan'.

Kepada mereka berempat tiada ungkapan yang boleh JM gambarkan dengan kata-kata...pemberian yang boleh mengalirkan air mata terharu... 
JM doakan semua reaer blog JM berada dalam lindungan Allah, di beri kesihatan yang baik dan hubungan silaturrahim yang terjalin di alam maya bertambah erat dan kuat. Aminnn!

Nak tahu apa yang JM dapat...moh kita selongkar! psst! bukan niat nak menunjuk..tetapi tanda penghargaan!

Homemade FM dari SS

Cuba tengok hasil kerja tangan SS...kemas dan halus kan!!!! Nama JM di bawa ke Mount Huashan, Xian China..baru-baru ni JM di bawa ke Kuala Pilah dan Singapore..inilah orang nya #Travel LovePeople. Terima kasih SS...Love U! Muahh! heeeeee

Pemberian dari Nina Garcia...kenal tak? Yes!!! juga seorang traveller..juga kaki jalan. JM terima sekeping poskad dari Chiang Rai, Thailand dengan ucapan 'Hai JM, Love U!!! From Chiang Rai With Love, Nina Garcia....' yes!!! Love U too Nina...heeee...TQ!!! sorry tau lama tak singgah i blog..nanti JM terjah eh.

Poskad Chiang Rai, Thailand dari Nina Garcia
Poskad dari Canada
Siapa yang beri? ahaaaa seorang kenalan yang berada jauh di Canada dan hanya kenal di alam maya.. bro Jali, beliau sekeluarga telah menetap di sana, dengarnya dah beli rumah di sana kan bro Jali. Terima kasih atas ingatan. Psst! dah terima belum poskad dari JM.

Seterusnya dari blogger Ietams a.ka Zulieta...kisahnya begini..JM ada baca entri si Ietams ni, dia jahit blouse sendiri memang cantik, so mintalah beliau jahitkan sepasang. Pastu dia setuju dan minta ukuran, paling terharu FREE uolsss...dia buat tanpa bayaran..dah tu dia hadiahkan juga sepasang shawl warna pink...Ietams!! terima kasih..sis JM doakan semoga murah rezeki dan bahagia bersama keluarga tersayang ye.

Blouse warna coklat an shawl berwarna pink
Sticker book, Homemade FM, Sticky Notes
Frame Tetamu Hebat 2015
Nampak tak tulisan bulat-bulat dan kemas tu..mesti korang kenal siapa lagi kalau bukan Farrah MF a.k.a Cikgu Ceketed a.k.a Farrah My Friend hihihihhi.

"Ingat Pink pasti akan ingat sis JM. Something for u to start crafting. Kan sekarang sis JM dah mula buat DIY gifts :-). Sticky notes for meja kerja"

Ahaksssss..YES!! memang baru nak berjinak-jinak buat crafthing tapi rasanya perlu banyak bersabar sebab nak siapkan homemade FM tu berbulan. Itu pun keluar masuk kedai cari magnet sheet, cutting board, laminate plastic, art glue dan plastik untuk sarung FM tu rasa cam nak pitam..susah betul..sampai sakit-sakit kepala.

Cari di kedai buku tak de, cari di Popular tak ada..dua buah kedai Popular kedua-duanya tak jual barang yang JM cari terutama Art Glue tu. Dugaan betul..baru nak berjinak-jinak dah spoil minat tu..heeee

So nak tanya Farrah, biasa beli barang kraft ni kat mana terutama glue untuk buat FM tu dan magnet sheet.

Terima kasih Farrah atas pemberian yang sangat cantik ni an juga sokongan dari Farrah selama ni. Sis JM doakan Farrah sentiasa sihat dan begitu juga buat Cekebon semoga ceria-ceria selalu. Sayang korang berdua.

A lagi!!! This one from Intan Dorsert Pink

Chopstik dari Japan an sepasang kain pasang batik terengganu
Hadiah ni memang surprise..JM dapat chopstik dari Japan dan kain pasang batik Terengganu!!!! Light purple. Intan!!! terima kasih atas pemberian ni. Nah flying kiss to FL montel tu. Ada juga ole2 untuk Intan tapi belum bungkus hikss. Sis JM doakan Intan tabah dan kuat, dapatkan menamatkan PHD dengan jaya nya...Aminnn

Terima kasih juga buat Cikgu Etuza dari Sabah atas pemberian Bookmark dan sekeping FM..semoga cikgu sekeluanga sihat dan sentiasa di rahmati Allah..aminnn

Bookmark dan FM dari Sabah
Ingin JM tegaskan di sini..sila terjah blog mereka untuk dapat pelbagai jenis info, ilmu dan maklumat yang bermanfaat..korang tak rugi...paling penting jangan ada niat to get something tetapi berkawan dengan ikhlas...mereka super ohsem dan peramah!!!

Mood untuk sambung kisah My Travel Trip dah kembali jadi nantikan kemunculan nya tidak lama lagi...wah!!! hehehe

Wordless Wednesday : Masih ada yang SAYANG!!!

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Fuhh!...fuhh!...fuhh!....pergi jauh-jauh MOOD malas update blog tu!

Bulan lepas memang mood sangat merudum, berjaya siapkan 2 entry je. 

Walaupun hanya 2 entri, blog JM tetap meriah!!! Meriah dengan kehadiran kawan-kawan maya.

"Jadi JM, bulan Mac tolonglah sambung kisah travel ko yang tertangguh tu...kalau tak ada yang baca pun at least ada kenangan dan bukti ko pernah ke sana." Bisik hati kecil JM. 

Terima kasih buat semua yang masih setia bermain-main di blog sendu ni....terutama buat Scdha Sein (SS) yang mengungguli carta Top 1 setiap bulan sejak dari tahun 2015.

Blogger yang suka MENGEBOM! Yang pasti ada nama baru muncul dalam list tu.

Top 10 Februari 2016
Bagi mereka yang tidak masuk dalam list jangan ingat JM tak 'payung' heeee.

Nah! untuk korang

Handmade Fridge Magnet - Ada berpuluh lagi masih design..sabar ye..nanti JM pos berperingkat
Already post to : SS, Dorset Pink, Farrah, Suida, Yana Yani, Etuza, Ikhwan, Merediah Diana, CT Roro, Kak Nasa, Sal, Zarith, Zie Has, KD, ArZ, Mummy, Ekin, Firah, Afidah, Abe Kie dan Huda.

Yang lelain fasa ke 2 eh...next week...

Entri Blog Jari Manis : Travel List di DUPLICATE!!!!! huhhh..mendidih ni!

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Apa perasaan korang bila dapat tahu ada blog lain atau ada blog orang lain 'COPY' bulat-bulat, kau tulis A dia tulis A, kau tulis B dia juga tulis B....kira nya A - Z dalam blog korang ada dalam blog orang tu.

Senang cerita bukan dia tulis tetapi dia copy entri blog korang tanpa rasa bersalah tanpa minta izin!!

Takkan nak senyum sengih macam kerang busuk!!!

Itu yang berlaku ke atas blog JM! Ada sorang rakan reader message me

Reader :"JM!..u ada 2 blog ke? i tengok semua entri dalam blog tu sama dengan entri blog u!"

JM : "2 blog? satu blog ni pun dah lama x berupdate....nyawa-nyawa ikan, inikan nak buat 2 blog?"

Reader : "Cuba u pegi URL blog ni #$%^&&%##.blogspot.my"

Bila JM buka je blog tu...perghhh!!! menyirap darah!

Cuba korang teliti betul-betul memang SAMA!!!!
Entri ari blog JM
Entri dari blog Pencuri
Entri dari blog JM
Entri dari blog Pencuri
Paling sakit hati entri telah di copy dari tahun 2013 hingga Februari 2015!!! Apa tujuan dia buat semua ni..mencari publisiti murahan ke? 

JM paling benci orang mencuri tanpa kebenaran ni..yes!! semua info dalam blog ni boleh copy sebagai rujukan, tiada halangan tetapi sesekali copy dan create a new blog as yours!

Ada lagi!!!!

Entri dari blog JM
Entri blog Pencuri
Blog ko tapi ko tayang muka owner blog yang ko curi tu...x rasa malu dan bersalah ke? hadoii!!!!

Ini bukan kali pertama tetapi kali ke -3 kes entri blog kena curi.

Kes 1 - Entri blog Pualu Perhentian. Si pencuri tu copy entri tu bulat-bulan pastu tukar gambar je

Kes 2 - Blogger dari blog Cengal Mas copy gambar dari blog JM pastu paste ke dalam blog beliau

Untuk kedua-dua kes ni JM masih boleh mendiamkan diri tetapi untuk kes -3, JM akan ambil tindakan,

Jika kawan-kawan di tempat JM, apa korang akan buat...ada tak yang pernah terima nasib yang sama like me.

Apakah tindakan yang JM ambil..nak tahu? esok JM sambung!

*****************Small Gift for reader*******************

Senarai penerima fasa ke - 2, sila maklumkan jika dah terima ye

Pak Lang Mie, Cik Mimie, Saraf FJ, Kak Zakie, Kak Noor, Kak Nohas, Kak Yan, Pha Is, Amy J, Reen Johan, Ros Nordin, Fayreen, Erny, NoE, Nurul Shahira, Bro KK, Kak Nieda, Mama Gojes, Hafizah Ayu, Ietams, Wak Lat, Wawa, Zumal, Peru Cinta, Diana Rashid, NekCik, Kak Tiri, Luna, Cinderela, Ayda Awie, Abe MKL, Eyda, Rose Reeza, Kak Kam, Mak Jemah, Bunda Nora, Den Dyen, Mas Gunadi, Umi Alya. Lady Dreamer, Tim Bill, Scha Nazri

Ada 45 orang penerima yang belum emailkan JM alamat...

Nina Garcia, Mylife Ria, Bro JR, Fiah Shah, Sha Dhira, Izzati Amira, Aienna Musa, Siti Rohaida, Faarihin, Acik Erna, Raihanah Ahmad, Isah Hearty, Hujan Lebat, Khayze, Nadirah, Siti Rohaina, Aryan Azra, Fidza, Rubiah Kadir, Ana Fatihah, Ahlam, Mazni Munawar,  Nur Inani, Mawar Melati, Miss Aiza, Aku Seorang Traveller, Kura2 Slow, Jie Susanos, Adieniez, Kak Zai, Kay Dolce, Hainom Okje, Nabila Syifa, Mama3Farhanah, Cik Balqis, Tihara, Feeza Fauzi, Nurul Harnani, Miss Yana, Bode, Kak Notie, Nor Salihah, Cik Cerita, Fatin Wawa, Mya, Fiza Z Ein, Nadirah, Sheila Adziz, Cik Na, Ujie Othman, Bbwana

Entri Blog di Copy Paste? - Bagaimana nak REPORT?

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Ramai yang dah tahu kes blog Jari Manis : Travel List telah di Copy & Paste sesuka hati oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Semua entri dari tahun 2013 sehingga Feb 2015 dari blog JM telah di 'masukkan' ke dalam blog beliau tanpa rasa bersalah. Tajuk entri juga sama dengan blog JM ibarat copy link blog.

Semua artikel yang di tulis dalam blog ini adalah untuk perkongsian dan rujukan bersama dan BUKAN untuk di "Copyright" tanpa kebenaran. terutama di publish di dalam blog persendirian terutama gambar-gambar di dalam blog ini.

Korang nak tahu siapakah gerangan invidu yang JM maksudkan? Mencuri artikel tanpa kebenaran?

Sila klik blog INI (Pencuri Artikel) blog travel lah sangat...

Cuba korang teliti betul2..sama ke tidak...

Kalau uolss di tempat JM....apa uoulss patut buat?

Patut tak uouls berdiam diri? takkan nak tengok je ..... Dan tidak bertindak apa-apa?

NO!!!!! perkara seperti ini tidak boleh di biarkan! Lebih-lebih lagi jika artikel yang dicuri itu memaparkan gambar diri kita sendiri.

Even JM bukan artis tetapi RERUPIS tetap tak boleh ambil tanpa kebenaran!!! ha ha ha ha

Even muka JM tak semulus Cik Ta, badan JM tak sado macam Aeron Aziz, hidung tak mancung macam Zizan Razak....tetap tak boleh curi...dengar ke tidak...tak boleh curi!!!

Kalau nak jugak...cakap lah...

JM ambil isu ini sebagai perkara yang serius.

Apa tindakan JM? sengih je bila artikel dan gambar kena curi.....jangan HARAP!!!


******STEP 1 - Laporan Polis******

Buat laporan polis di balai polis berdekatan. Nyatakan dengan jelas masalah dan isu yang berlaku.

At least JM secure diri dengan buat laporan polis. Sekiranya ada lagi blog lain yang cuba menyalahgunakan apa juga kandungan, artikel dan gambar dari blog ni, sekurang- kurang nya JM pernah ada rekod laporan yang sama.

Laporan polis

******STEP 2 - Buat ADUAN di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)******

PERINGATAN : Aduan kepada SKMM hanya boleh di buat sekiranya BLOG TELAH BERDAFTAR DENGAN KPDNKK atau terdapat kenyataan yang menegaskan bahawa blog adalah Hakcipta Terpelihara / Disclaimer atau sebarang kenyataan larangan keras tindakan Copyright dan tindakan akan diambil sekiranya terdapat individu yang cuba membuat sebarang salinan tanpa kebenaran pemilik.

Cara buat aduan di SKMM :

1. Masuk Website ni : Aduan SKMM
2.  Klik pada Aduan Baru seperti gambar di bawah

Pilih Aduan Baru
3. Lengkapkan Form di bawah

Lengkapkan Form ini
Selepas submit form tu, akan terima no rujukan aduan untuk semakan status terkini aduan
Buat semakan aduan kat sini
Selepas 2 hari, pihak SKKM akan telefon untuk mendapatkan pengesahan sebelum tindakan lanjut. Tapi malangnya, pihak SKMM tidak dapat mengambil sebarang tindakan ke atas individu tersebut dengan alasan blog tidak di daftarkan dengan KPDNKK dan tidak di nyatakan Hakcipta Terpelihara di dalam blog. Dengan kata lain pemilik blog telah membenarkan individu lain untuk membuat sebarang copyright atau salinan dengan apa cara sekali pun..

KECEWA!!!

******STEP 3 - Buat report kepada Google******

Cara buat Report ke Google jika entri di Copy Paste

1. Sila klik link ni Legal Removal Request
2. Kemudian akan display page seperti di bawah.

Page Legal Removal Rquest 
3. Klik Submit a Legal Request, pastu klik 'tool'

4. Kemudian akan terpapar page ini. "Removing Content From Google"

Page Removing Content From Google
5. Pilih "Blogger/Blogspot"

6. Kemudian pilih "I have a legal issue that is not mention above"


7. Kemudian pilih "Yes, I am the copyright owner or am authorized to act on the copyright owner's behalf"



8.  What is the allegedly infringing work in question?   Pilih "Other"

9.  Kemudian klik "this form" seperti gambar di bawah

Klik "this form"
10. Akhir sekali, lengkap kan form berikut dan SUBMIT

Lengkapkan Form ini
11. Selepas SUBMIT form tu, akan terima notification ni.

DONE!!!
Semak URL dalam senarai untuk remove kat sini
Nak buat laporan ni sangat mudah, jika ada yang tak boleh nak hadam step yang JM kongsi ni, jangan malu-malu kucing let me know...i will guide until end.

Feedback dari google sangat cepat, selepas 2 - 3 hari submit laporan, google team akan emailkan list of URL yang telah di REMOVE dari blog yang mencuri.

JM dah semak blog tu, ada berpuluh link entri telah di REMOVE. Ada lagi entri yang masih pending untuk tindakan.

Trip Solo : Reclining Buddha di Wat Pho, Bangkok

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader blog JM,


Pejam celik pejam celik almost 3 month JM tak kongsi kisah travel...ke lebih dari tu..Ada yang masih nak follow my travel trip tak?

Meh JM sambung story percutian SOLO ke Bangkok City.

AMARAN!!! entri ni panjang dan banyak gambar...

Semuanya bermula di sini..ehhh cam TV Al Hijrah lak hihihi

Wordless Wednesday : Do Not Miss Me!!!
Trip Solo : Dari Don Mueng Airport ke Bangkok City
Trip Solo : Bus No 29 to Mo Chit BTS Station, Bangkok
Trip Solo :Cabaran Mencari Silom Avenue Inn Hotel, Bangkok

Semua link di atas kisah hari pertama di Bangkok City. Baru hari pertama 4 entri, kalau 7 hari di Bangkok, agak-agak berapa lama baru habis kisah trip ni kih kih kih...sabar lah ye.

Hari ke -2 di Bangkok City - 24 Julai 2015 (Jumaat)

Kebanyakan pelancong akan ke sini jika ke Bangkok. Hari ni plan nak ke Wat Pho dan Grand Palace yang terletak di sepanjang Chao Phraya River tu.

Wat Pho
Jam 5.00 pagi bangun, ready apa yang patut....jam 7.00 pagi turun ke cafe. Agak leceh kalau stay di Silom Avenue Inn ni, mereka tak sediakan kettle untuk masak air dan juga coffee or tea dalam sachet tu. Kalau nak stay kat sini bawak milo or nescafe sendiri.

Dorang cuma sediakan drinking water je 2 botol setiap hari. So pagi turun lobi, minta air panas, bancuh milo pastu cicah biskut tiger buat alas perut sebelum makan tengahari.

Satu lagi part tak best tentang hotel ni, wifi dalam bilik sangat slow kekadang terus disconnet, kalau nak dapat line wifi laju turun ke lobi.

Selesai sarapan, mulakan langkah dengan bismillah terus keluar hotel gerak ke Surasak Station lebih kurang 10 min dari hotel. Boleh refer MAP kat link NI

JM keluar seawal jam 7.30 pagi, kalau nak ke Surasak Stn memang ikut laluan ke sekolah...salah satunya Bangkok Christian College...memang saing dengan budak-budak sekolah..agak sesak lah. Untung nya tak perlu rasa takut bila jalan sorang waktu tu.

Cuaca di Bangkok sangat panas tak seperti panas kat msia...panas berangin dan lembab kalau di Bangkok panas kering dan kita akan cepat berpeluh.

Tips dari JM, pakai baju dari kain cotton, pakai sunblock, tak perlu makeup tebal-tebal, bawak air mineral letak dalam backpack dan kalau boleh bawak topi or cap.

Nak ke Wat Pho senang sangat bak kata SS..seperti gajah makan sugar cane, kalau bagi JM memang sangat mudah seperti kacang lupakan kulit....ehh..boleh tak perumpamaan macam tu hiihih....belasah je.

Direction ke Wat Pho, Wat Arun, Grand Palace, China Town, Asiatique Front, semua arah yang sama.

1. Tak kisah kat mana korang stay, pastikan naik BTS Skytrain turun di Saphan Taksin Stn
2. Dari Saphan Taksin Stn, ambil Exit 2
3. Dari Exit 2 tadi, turun tangga, jalan terus ke depan dan korang akan nampak Sathom Pier (CEN), Chao Phraya River
4. Naik boat di Sathorn Pier (CEN)untuk ke What Pho, What Arun, China Town atau Grand Palace tetapi pit stop atau Pier yang berbeza.
5. Tambang bot hanya 15 bhat sekali naik. Sila sediakan wang kecil.
6. Jika ingin ke Wat Pho, sila turun di Tha Tien Pier (N8), jalan terus ke jalan utama, Maha Rat Road dan belok ke kanan dan Wat Pho di sebelah kiri. 

Tips : 

1. Bagi elakkan dari tersalah naik bot, setiap bot ada FLAG, jadi pastikan naik bot yang mempunyai FLAG warnaBIRU dari Central Pier

2. Kalau nak balik ke Central Pier boleh naik bot yang ada FLAG warna OREN

Sampai di Surasak Stn, JM terus ke kaunter dan beli One Day Pass Ticket dengan harga THB140. Bagi JM, lebih untung kalau beli one day pass ni boleh turun naik tren sesuka hati dan nilai sekali touch THB1. (ni JM tak salah tulis)

One Day pass menguntungkan
Menariknya bila guna pass ni tak perlu nak beratur panjang beli tiket di mesin atau kaunterk terus ke auto gate tu....touch je.

Ingat ye..beli tiket di Mesin bukan di Kaunter. Pekerja di kaunter tu tugas nya tukar Note kepada Coin.

Senang je nak beli tiket kat mesin tu, mula pilih destinasi..setiap destinasi di wakili dengan nombor sbg contoh dari Surasak Stn (S5) ke Saphan Taksin (S6)..jadi step 1 pilih S6, kemudian mesin akan display fare, masukkan coin...ambil tiket dan baki kalau ada..siap!!!

Mesin Tiket
Perlu di ingat, semua tiket tren beli di mesin dan hanya guna duit syiling atau coin sahaja. Jika ada duit kertas di tangan, sila beratur di kaunter untuk tukar kepada syiling.

Jika stay di Silom Avenue Inn Hotel, hanya satu station sahaja dari Surasak Stn to Saphan Taksin Stn 
Stop di Saphan Taksin arah ke Bang Wa Stn
Sampai di Saphan Taksin, sila ikut Exit 2
Dari Exit 2 tadi, turun ikut tangga ni ah jalan terus ke hadapan
Chao Phraya River Cruise sila naik bot yang ada FLAG warna BIRU 
Naik bot kat sini Sathorn Pier (CEN)
Waktu sampai di Sathorn Pier ni, JM pun risau jugak nak naik bot yang mana satu, so nasib baik sebelum ke sini ada buat sedikit pembacaan ..jika nak ke Wat Pho sila naik bot yang ada flag warna BIRU, terikat di bumbung bot.

Ramai penumpang yang menunggu, so JM pun cari tempat untuk duduk sementara bot sampai. Kebanyakan orang tempatan, jadi boleh di katakan JM sorang je bertudung waktu tu.

Lima minit camtu bot pun sampai, tapi jangan haraplah boleh duduk dalam bot tu....penuh! Tak perlu risau sebab tak jauh pun nak ke Tha Tien Pier N8 tu. Masuk je dalam bot nanti ada konductor datang collect tambang THB15 seorang, jadi jangan bagi note besar nanti dia tak layan.

Penumpang dalam bot
Ni lah tiket THB 15 tu
Waktu dalam bot tu pastikan tengok sebelah kanan bot tau, sebab semua pier di sebelah kanan jangan terlepas pier lak nanti. Tak lama pun dalam bot selang beberapa pier je terus sampai ke pier N8 tu.

Bila bot nak berhenti di setiap pier tu, seorang pekerja akan tiup wisel means dah sampai next stop, kemudian dia lemparkan tali ke atas deck untuk di ikat, bila tiada lagi penumpang turun dari bot, dia akan tiup semula wisel tanda bot dah boleh gerak semula.

Jadi bila korang dengar je bunyi wisel tu get ready lah nak turun..jangan terhegeh-hegeh lagi kang kena tinggal.

Salah satu view di Chao Phraya River
Pekerja bot
Nak ke Wat Pho turun kat Pier ni
Turun dari bot masuk ikut pintu ni
Kemudian akan lalu kawasan gerai-gerai makan, jalan hingga jumpa jalan besar, Maharaj Road
Turun je dari pier N8 tu, keluar ikut jalan seperti dalam gambar di atas..jalan hingga ke main road or Maha Rat Road.

Thanon Maha Rat
Dari van warna biru tu lah JM keluar tadi kemudian belok ke kiri dan korang akan nampak entrance ke Wat Pho
Waktu Operasi 8.00am - 05.00 pm setiap hari
Bila nampak je sign ni terus senyum..dah sampai tempat yang di tuju. Nak tengok "Buddha Baring" sebenarnya biasa tengok Buddha Duduk atau berdiri je.

Wat Pho, atau Wat Phra Chetuphon diketahui umum kepada rakyat Thailand, terkenal dengan 'Reclining Buddha'. Pada keluasan 20 ekar, ia adalah Wat terbesar di Bangkok, dan secara teknikal Wat tertua kerana ia dibina sekitar 200 tahun sebelum Bangkok menjadi ibu negara Thailand. Walau bagaimanapun, Wat pada hari ini tiada persamaan dengan yang asalnya dibina , kerana ia telah hampir keseluruhannya dibina semula oleh Rama I apabila dipindahkan ke Bangkok. Wat ini mendapat penghormatan kerana mempunyai kedua-dua imej Buddha baring terbesar dan paling banyak imej Buddha di Thailand.

Follow je arrow ni
Inilah pintu masuk utama
Masuk je entrance tadi, kaunter tiket di sebelah kiri
Harga tiket masuk 100 Baht, ada kupon FREE drinking water boleh tukar nanti
Bila dah ada tiket, ikut laluan ni...tak ada pun orang check tiket waktu JM ke sini
Waktu beli tiket tu..JM sorang je kat kaunter memang tak ada orang lain...blurr gak sekejap..mungkin tempat ni bukan tourist port atau JM sampai terlalu awal. Tengok jam tangan dah pukul 9.00 pagi...tapi masih lengang.

Bila dah melepasi laluan check tiket tu tercari-cari juga kat mana "Reclining Buddha" tu tapi tak kelihatan. Pastu pergi tukar kupon untuk ambil drinking water free.

Baru jam 9.00 pagi tapi panas nya tu macam jam 12.00 tengahari. Berpeluh!!!!

JM duduk dan minum air dulu...dahaga ni! tempat ni luas...jadi sebelum explore kita isi tenaga. Waktu JM tengah santai-santai tu lah baru nampak bangunan yang menempatkan Reclining Buddha tu....betul-betul di sebelah kiosk tukar kupon tadi. TAPI belum boleh masuk...buka kepada umum jam 10.00 pagi.

Jadi JM pun merayau lah dulu di kawasan sekeliling. Nak tahu apa yang ada di Wat Pho ni selain Reclining Buddha tu...moh kita...Waktu ni orang masih tak ramai.

Ini lah antara view yang boleh di lihat

ZOOM sikit..terpegun dengan ukiran ni
Di sebalik blok-blok bangunan tu korang akan boleh tengok ni...

Dah nama pun Wat..patung Buddha bersepah
Zoom sikit..haip!!!! tengok kat mana tu..
Nah!!!! 
Ada lagi!!!
Dah cukuplah tu...bila dah penat pusing kiri pusing kanan semuanya patung Budda je....tak kuasa i...kang lama-lama kat kawasan macam ni risau pulak ada yang mengikut balik nanti.

JM pun pusing balik ke tempat 'Reclining Buddha' tadi. Mak aih!!! ramai lak orang...tadi kosong. Nak masuk ke dalam tempat Buddha baring ni perlu bukak kasut ye dan pakai kasut khas yang di sediakan...sebab masuk tempat 'suci' katanya.

Masuk je...JM rasa FRUST!!! Why?

Orang ramai...pastu Buddha Baring tu di sebalik tiang besar tu...
Tengok! macam mana nak tembak!!!!
Teropong di celah-celah tiang tu nampak TIAK je huhuh
Punya lah susah nak dapat shot seperti kat bawah ni...Q!!! ikut turn..dah macam retis tau 'Reclining Buddha' ni..kalah JM yang RERUPIS ni kah kah kah

Nah!!! ni je my best shot...
Ada juga tempat 'ibadah'
Ni je yang menarik di Wat Pho..kalau korang kurang minat tempat-tempat macam ni boleh skip. Kalau datang dengan family bersama anak-anak kecil tu..tolong lah skip tempat ni...tak sesuai.

Yuk!!! kita ke destinasi lain plak...

Keluar ikut pintu ni..dijaga oleh 2 tok misai..pintu masuk dan pintu keluar berbeza
Bila keluar ikut pintu ni..tiba-tiba ada orang beri salam.."Assalamualaikum!!!!"

Ehhh siapa lak beri salam ni...detik hati kecil JM..."Waalaikumussalam!!!"

Rupanya ada guard kat luar pintu menghala ke jalan raya. Dia tanya JM dari mana? JM cakaplah....Malaysia....dia dari Hatyai

JM mula terfikir..nak pulak dia kerja guard di Wat ni mungkin terpaksa kot.

Pastu JM tanya arah ke Grand Palace....sebenarnya dah tahu cuma nak confirm betul ke tidak.

#Bersambung!!!! 

Fuhhhh....3 hari baru siap satu entri..memang bengang bila dapat tahu entri kena curik!!!

Ku bawa NAMA mu ke sana!!!!

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM yang masih setia,


Lama tak update blog rasa kekok lak nak taip..korang tahu tak kekok tu apa? tak tak tahu? carik sendiri....ahakssss....mengada!!!

Last update entri 23 Mac hampir 2 minggu JM tak sentuh blog...kasihan my blog kurang kasih sayang dan sudah tentu kurang juga kunjungan dari kawan-kawan reader blog yang setia.

Bulan lepas SS menjuarai tahta di blog JM...terima kasih SS kerana sentiasa menemani JM di alam maya, begitu juga reader yang lain terima kasih kerana setia mengomen.

JM mohon maaf kerana akhir-akhir ni kurang blog walking dan balas kunjungan, harap korang tak merajuk ye.

Bulan lepas blog JM di boom oleh insan-insan yang memang sinonim dengan kaki bomm!

Scdha Sein (82)
Farrah MF (53)
Ikhwan (44)
Mummy Julia (43)
Yana TKK (38)
Siti Yang Menaip (38)
Cik Ash (31)
Huda (25)
aRz MoHa (19)
Suida (14)

Kepada senarai nama di atas, oleh kerana mereka rajin KOMAIN di blog JM, jadi ada habuan buat mereka termasuk juga Top Komentar bulan Jan dan Februari. Apakah habuan nya?

JM akan bawa mereka ke sini dan sudah semesti nya juga ada ole-oleh dari sana.

Jika nama naik setiap bulan, lebih banyak hadiah untuk orang tu....sudah pasti ada something yang special untuk SS!!!!

Bagi yang tidak tersenarai dalam list top 10, jangan sedih..JM akan balas kunjungan ye.

Hujung minggu nanti JM akan ke sini selama 8 hari, doakan JM selamat pergi dan balik.

Pic Ihsan Google : Pergunungan Salji
Pic Ihsan Google : Tulip Garden
Ke mana agak nya destinasi JM kali ni? yang pasti bukan Seoul, Korea

"Lots of love...JM"

Trip Solo : Grand Palace, Bangkok

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader,


Ada yang masih setia berkunjung ke blog JM ke..

Hampir sebulan lebih blog ni di abaikan, tuan blog sibuk kan diri dengan hal lain...tiada mood nak menulis sebenarnya. 

Bulan April hanya mampu keluarkan 1 entri je..bulan ni...harap- harap lah lebih ek.

Entri yang lepas boleh gomol kat sini Trip Solo : Reclining Buddha Di Wat Pho, Bangkok

Sementara ada mod nak share cerita ni, JM up satu entri pendek je...kalau panjang bukan orang minat nak baca pun apa yang ko tulis JM oi hihihhi.

"Ayat mengelat sebenarnya hihihih"

Bila nak start sambung trip ni puas cari kat mana pulak JM campak itirenary hardcopy ni..nak refer...puas cari tak jumpa..last refer itie alam komputer je...itulah ko JM..tak nak buat KITAB BUSUK cam SS tu..kan senang....

Keluar je dari What Pho memang dah plan nak ke Grand Palace ni sebab ia salah satu tempat menarik dan wajib kunjung jika ke Bangkok City.

Grand Palace, Bangkok City...pic ihsan google
Pic ihsan dari google? WHY???

Sebenarnya kan JM tak masuk pun tau Grand Palace ni...

Dah tu kenapa nak up entri pasal Grand Palace ni..sah - sah picture pun tak ada...

Kalau nak tahu kenapa?

Info yang JM dapat dari Tour Asia :

"If there is one must-see sight that no visit to Bangkok would be complete without, it's the dazzling, spectacular Grand Palace, undoubtedly the city's most famous landmark

Built in 1782 - and for 150 years the home of the Thai King, the Royal court and the administrative seat of government - the Grand Palace of Bangkok is a grand old dame indeed, that continues to have visitors in awe with its beautiful architecture and intricate detail, all of which is a proud salute to the creativity and craftsmanship of Thai people. Within its walls were also the Thai war ministry, state departments, and even the mint. Today, the complex remains the spiritual heart of the Thai Kingdom."

Menarik kan! so mestilah terjah!

Nak tahu cara ke sana (Grand Palace) :

Mudah sahaja..sila refer map yang JM share kat bawah ni.

Gigih kan..siap lukis MAP/PETA ke Grand Palace
Keluar sahaja dari What Pho ambik arah ke kanan jalan terus je sehingga jumpa simpang seperti dalam peta kat atas tu

Cuaca memang panas, JM guna kertas itienary untuk cover muka dari terkena cahaya matahari kih kih kih.

Waktu tu JM follow lah 2 beranak ni dari belakang..cuba korang tengok pic ni...ada cerita di sebaliknya tau.

Si ibu tunjuk sesuatu kat anak kecil tu
Apa pandang - pandang...cium kang heheheh
Siapa tahu??? sila tinggalkan di ruang komen he he hee

Korang nampak tak aa sorang perempuan bersanar kat tembok tu..pakai suar pink..tak nampak? sape tak nampak sah rabun hihih

Kenapa dengan buak perempuan tu..dia ada kacau JM ke atau JM yang kacau dia..no! no! dia tiada kaitan dalam ini cerita hehehehe.

Bila JM jalan melepasi budak perempuan ni, ada pintu masuk di sebelah kanan tu, ada sorang Pak Guard bersenapang kat luar pintu masuk tu, JM ingat itulah pintu masuk Grand Palace. 

Bila dah melepasi pintu masuk utama, ada lagi pintu masuk ke dua, pun ada Pak Guard yang jaga. 

Dia terus tanya JM.."Pai nai?"

JM buat muka tercengang...muka tak faham apa yang dia tanya...tapi dalam hati JM tahu maksudnya "Nak ke mana?"..itu sebab kena tengok juga movie or drama Thailand/Siam ni jangan nak layan KDrama jek hihihhi

DALAM HATI NAK TERGELAK PUN YE JUGAK..MUKA AKU NI ADA MIRIP ORANG THAILAND KAH...hihihih

Pastu dia pun cakap dalam Bahasa Inggeris, JM jawab lah nak ke Grand Palace tu..

Dia pun tunjuk arah jalan ke depan lagi..bukan kat sini...pastu dia cam nak marah dekat Guard di pintu utama tu sebab biar JM masuk tak tanya dulu..nasib ko lah labu...sape suruh ko terpacak je kat depan pintu tu.

Jalan sehingga nampak nama jalan ni
Pastu belok arah ke kanan jalan dalam 100 meter
JM nampak ramai berpayung di seberang jalan tu. Traffic light betul-betul berdepan pintu masuk Grand Palace 
Bila traffic light merah je...mak aihhhh semua serbu pintu masuk tu..habislah macam ni..datang waktu tak sesuai
Hadoi lah..sanggup ke korang nak redah bersama beratus orang ni.

JM cuba mencelah masuk sebab alang - alang dah sampai kan...sekali bila masuk ke dalam....

Ni yang baru sampai..ntah berapa buah bas
Ohhhh! tak boleh jadi ni ni...nak beli tiket bukan ada kaunter kat pintu masuk ni, perlu jalan lagi 100 meter ke depan..kalau beratur beli tiket pun jam berapa leh dapat tiket, panas lagi...

Nasib baik kat tepi pintu masuk tu ada letak harga tiket masuk tau...


JM ada terbaca kat mana ntah, tiket masuk ke Grand Palace ni 400 THB pada tahun 2011 dan tahun-tahun sebelum tu 350 THB.

TETAPI tahun 2015 tiket masuk ke Grand Palace adalah 500 THB..kalau lagi 2 tahun 3 tahun, agak-agak harga tiket masih sama atau naik lagi.

Tiket Masuk Grand Palace 500 THB
Tengok je harga tiket tu..terus congak...buat kira-kira, tengok nilai 500 tu rasa cam RM500 ko! sebenarnya 500 tu nilai dalam baht tapi orang kedek cam JM ni, travel budget ciput memang akan buat kira-kira...tak kira lah korang cakap JM ni..tu pun nak berkira...tak kira aaa...ahahahah...berapa banyak kira lah!

Congak punya congak tak dapat jawapan..maklumlah otak tak berapa genius terus minta tolong kalkulator...ahaksss...hp kan ada...pe susah-susah nak pecahkan kepala otak tu...banyak lagi benda nak guna otak tu kih kih kih

100 THB = RM11.25 (rate semasa JM tukar julai 2015) kalau 500 THB = RM56++!!!! MAHAL ko!!! RM56++ tu boleh belanja makan kat Fish Manhattan tak pun Secret Resepi....jeling SS an HH....klaau tak kerana mereka berdua ni memang tak pernah jejak JM kat 2 tempat ni..itu pun mereka belanja heeeeee.

Jadi korang boleh agak tak KENAPA JM TAK MASUK GRAND PALACE TU

1.Umat manusia terlalu ramai...macam semut nampak tebu....eh gula..kalau masuk nanti mesti susah nak cari port bergambar yang cantik..penuh dengan orang..

2. Entah jam berapa boleh dapat tiket tu.

3. PANAS!!!! walaupun masih awal pagi tapi panas tu bahang! ahkak kan puteri lilin kah kah kah

4. MAHAL!!!! yes ...harga tiket tu bagi JM...mahal tambah pulak orang ramai sangat...kalau lah waktu JM sampai tu tak ramai sangat orang memang boleh consider lagi harga tiket tu.

Kalau nak tahu apa yang menarik kat dalam Grand Palace tu perlu lah masuk tengok sendiri sebab JM tak boleh nak share.

JM tunggu dalam 5 minit tak gerak-gerak orang yang beratur tu terus decide balik ke jeti je lah.

Keluar dari pintu masuk tu, jalan ke arah jeti Than Chang. Singgah beli buah nenas 50 THB buat alas perut sebelum makan tengahari.

Laluan ke Tha Chang Pier...gerai kiri kanan..JM beli buah nenas kat sini
Tunggu bot kat sini untuk ke Central Pier
Naik bot tambang 15 THB
Turun kat sini untuk naik BTS Saphan Thaksin
Dari sini JM nak ke mana?

Nak cari Yana...siapa Yana tu...bukan Yana Samsddin...Tunggu!!!!!

Fuhh..macam tak percaya leh siapkan entri satu malam jek heeee

Trip Solo : HALAL Restoran - Yana Restaurant, Bangkok City

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM...muah!


Ini adalah sambungan dari entri ni. Sila jolok kat sini Trip Solo : Grand Palace, Bangkok

Sekarang ni mood rajin nak share kisah trip solo sedang mendidih, baik JM sambung...bukan senang tau mood rajin nak datang...

Keluar dari Grand Palace tu perut bergendang gendut tali kecapi..lapar gilos...pagi tadi sarapan pagi makan biskut dengan air milo jek..biasa kalau kat Msia, telan nasi lemak lah, bihun goreng lah..ni biscuit je..mana cukup.

Pernah dengar nama YANA TKK? Yana The Kehalusan Kelembutan!

Kalau tak pernah dengar, sila ke blog cikgu Ceketed sebab dia adalah top commentar setiap bulan tau, jeling sama Yana TKK kerana telah merampas tahta kedudukan no 1 sis JM di blog tu uweek! Jelir lidah kat Yana hihihhi.

YANA!!!! Kalau bran! Meh la jadi first top commentar blog sis JM ni hehehehe

Ko tu JM, kalau sebulan satu je entri baik tak payah, baik gi merayap kat blog orang lain ;p

Okey meh nak sambung stori ni. Sebenarnya bukan nak cerita pasal Yana TKK tu tapi nak cakap pasal Yana BKK.

Ehh dua beradik ke dorang ni? kembar tak seiras ke? Ke kembar siam? Ngeh ngeh ngeh Yana tolong jawab!

Ahaksssss mereka ni sah tak ada hubungan adik beradik pun mak bapak pun berlainan then apa yang special sangat tentang Yana BKK ni.

Nak tahu? Terus lah membaca coretan yang membosankan ni heeee kalau malas nak baca entri baca komen pun tak pe no hal kih kih kih

Ingat lagi tak pas balik dari Grand Palace tu perut laaaaaapppppar sangat, jadi JM rasa cam nak makan orang hihihhi

Apa aku meraban nih heheheeh

Belek itie cari cara nak pergi jumpa Yana BKK ni lah. Why BKK? BKK for Bangkok hokey!

Haaaa inilah Yana BKK..comel tak? Heeeee ada yang tertipu tak?

Yana BKK - Yana Restaurant Bangkok
Sebelum ke Bangkok lagi JM telah senaraikan restoran HALAL di Bangkok City, senang nanti tak berlapar di tempat orang.

Di Bangkok City ni banyak kedai makanan HALAL tau so tak perlu  nak bawak bekal kalau travel ke sini sediakan duit je.

Baca ni!

"Yana Restaurant Department of Tourism, Ministry of Tourism and Sports Co-operated with The Central Islamic Council of Thailand. This is to certify that Yana Restaurant MBK Center 5th Floor, Tokyu Side, 444 Phayathai Rd. Wangmai Pathumwan, Bangkok, Thailand 10330 has been assessed and found to be conforming to requirement of Halal Food Services Standard for Tourism. 4 Stars Level. 

Yana Restaurant offers Halal food both Thai and International dishes which have very good taste, quality ingredients. Cleanliness and satisfaction guaranteed.

Yana Restaurant is halal restaurant in Bangkok which opened its doors on 14th June 2010. It's situated on 5floor, right opposite of 'Food on Fifth' food court, in Mah Boon Khrong Mall which is also known as MBK to most people. Take the escalator in Tokyu to level 5. Turn left and Yana Restaurant is right next to the escalator going up to Level 6. It serves both Thai cuisines and international cuisines. Yana Restaurant Halal Thai & International Food @ MBK Bangkok Thailand. www.yanarestaurant.com"

Faham ke tidak heeee.

Nak pegi jumpa Yana BKK mudah je, caranya :

1. Dari Cental Pier terus ambik BTS Skytrain dari Saphan Taksin stop at National Stadium Exit 3
2. Pastu ambil arah ke Siam Paragon/Madam Tussaud Bangkok
3. Masuk entrance MBK di sebelah kanan dan naik escalator ke aras 5

Tips dari JM
- Beli tiket One Day Pass untuk elak beratur panjang semasa beli tiket dan penggunaan kad sangat berbaloi
- Tak perlu beratur untuk tukar duit kertas kepada syiling
- Pergerakan lebih cepat

1. Naik train stop di National Stadium Station
2. Keluar ikut Exit 3
3. Turun ikut tangga ni
4. Masuk MBK Mall ikut jejantas di sebelah kanan ni
Keluar dari stn ambik exit 3 sebelah kanan dah nampak Sign MBK Mall sebesar alam. Masuk entrance yang pertama selepas keluar dari exit tu.

Kalau nak tahu, setiap kali nak masuk mall di Bangkok ni ada guard yang akan check bag jadi sila bukak dan tayang benda busuk dalam beg korang tu ehehe, tapi kalau handbag dorang tak kacau.

Guard tu tak de lah nak check betul - betul, buat syarat je..bukak beg suluh dengan lampu suluh tu lebih kurang pastu jalan!!!!

Bila dah masuk mall tu jalan terus jek naik escalator terus ke Level 5 Zone A. Kalau budget kedek cam JM memang tak pandang kiri kanan baju-baju kat dalam mall tu sebab kat Malaysia pun JM kurang shopping... jeling SS.

Lokasi restoran ni betul-betul bersebelahan escalator untuk ke aras 6. Kalau nak tahu di aras 5 MBK Mall ni semua kedai makan tau tapi kalau nak makan Tom Yam sedap melekat makanan Thai yang marbeles kat sini lah Yana Restaurant.

Banyak lagi kedai HALAL lain di aras 5 ni dan ada juga kedai ala-ala masakan ARAB, Turkish Kebab tapi kalau ke Bangkok mestilah cari Tom Yam Thai kan.

Ni haaaa betul-betul sebelah escalator aras 6. Kalau nak ke surau boleh ke aras 6 ni
Pandangan dari hadapan
Lengang tak ada orang....jom masuk...tak pedulik sebab dah lapo
Ada Wife FREE kih kih kih
Menariknya Yana Restoran ni kebanyakan pekerja boleh cakap melayu dengan fasih, rasa seperti masuk kedai di Msia bukan di Bangkok.

Pastu ada Wife FREE, rugi lah ada Wife FREE tapi tak nak guna. Sebelum hidangan sampai boleh lah check in dalam IG ke FB ke ahaksss.

Waktu JM sampai tu memang waktu lunch kalau tak salah jam 12.30 tgh tapi meja banyak kosong, tak kisahlah kalau tak ramai orang bila order cepatlah makanan sampai kan tak de lah adegan nak hentak hentak meja ;p

Masuk je ambil menu book terus order.

Semua nampak mengiurkan
JM order Tom Yum With Coconut Milk Seafood THB299
Order Green Latte Tea - sedap yakmat THB50
Pastu order Stir White Grass - kankong goreng je pun THB99
Nah makan besar hari ni total THB448  (RM50.40)...PITAM kalau convert
Dengan lafaz bismillah JM hirup dulu kuah Tom Yum tu...masuk je dalam mulut terkena lidah tu...perghhhh!!!! Ini baru Tom Yum

JM ni memang hantu Tom Yum tau...so memang Tom Yum kat sini JM boleh bagi 5 haaaaa ehhh salah, bukan 5 bintang tetapi beribu bintang di langit...sedap sangat!!!! tak pernah lagi makan Tom Yum yang sedap macam ni.

Kat bawah mangkuk Tom Yum tu dorang nyalakan lilin jadi kuah sentiasa panas, rasa masam, pedas, lemak ohh!!! waktu taip ni pun rasa nak meleleh air liur kih kih kih

Selepas 30 min makan penuh selera dan sopan santun, tinggal tulang/sisa dan pinggan kosong jek hihih.

Pastu niat dalam hati kalau tak datang makan malam ni esok akan datang lagi makan kat sini. Reason utama masakan sedap dan yang paling penting ada WIFE FREE kih kih kih.

Pas makan misi mencari surau.

View dari luar MBK Mall
Sebenarnya dalam MBK Mall ni pun ada surau aras 6 just naik escalator di sebelah Yana Restoran tu tapi JM nak pegi surau lain kat mana?

Bersambung!!!!

Wordless Wednesday : Submarine Museum Melaka

$
0
0
Assalamualaikum dan salam syaaban buat semua reader blog JM,

Cute tak kami heheheeh
Cuti hujung minggu yang lepas, JM jalan-jalan ke sini.

Kalau Mummy Julia baca entri ni matik lah kena KUTUK! sebab tak roger kakak kawasan.

Nak ke sini mudah je boleh guna Waze ikut arah ke Pantai Klebang dan kalau susah sangat minta tolong Mummy Julia jadi tour guide ;p.

Lokasi Kapal Selam ni berdekatan Dataran 1 Malaysia dan Pantai Klebang.

Eh eh eh..SS ada kat blog titew lahh..biasa gambar titew yang banyak kat blog dia tu (*icon tutup muka) ihihihih
1. Aci Macho - SS


Sorry dear SS..gambar ada cacat sikit huhuh
Macam mana SS leh ada dalam blog ni? heeeee...cer teka! Kalau korang baca entri Melaka Negeri Bersejarah With Jari Manis mesti tahu jawapan nya.

JM malas nak up story so korang leh terjah blog SS eh.

Entri pendek ni adalah penghargaan kepada Top Comment dari 1 mei - 20 Mei 2016. #TravelLovePeople 

JM bawak dorang ke sini dan cuba tengok siapa yang kena!!! Stickey Notes PINK uolss!

2. Yana TKK


3. Mummy Julia - Kakak Kawasan Jajahan Melaka


4. Khairuddin Lim


5. aRz MoHa


6. Cik Manisah Lesing - HUDA


7. Farrah MF - Cikgu Ceketed


8. Haslynda Lyn


9. Farlyna Natasha


10. Azaleania - Mama Gojes


Penampilan Istimewa Tiny Tny


Terima kasih kepada semua yang sentiasa support my blog tanpa reader yang OHSEM siapalah JM di sini.

Love u guys! muah!
Viewing all 121 articles
Browse latest View live