Quantcast
Channel: Jari Manis : Travel List
Viewing all 121 articles
Browse latest View live

Trip Solo : Prayer Room at Siam Paragon Mall, Bangkok City

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,

Masih hari ke 2 di Bangkok City (24 Julai 2015)..

Meh nak sambung lagi entri Bangkok yang dah bengkok ni..tak nak tangguh-tangguh lagi kang tahun 2017 pun belum tentu khatan ehhh khatam.

Siapa ingat lagi last entri stop kat ne? haaaa? tak ingat ish ish ish..pergi ulang baca kat sini Trip Solo : Yana HALAL Restaurant keh keh keh..jadi cam Cik Manisah Lesung tu siap buat ulangkaji blog sis SS dia tu..jeles kita nok!!

Pas dah "gendang gendut tali kecapi kenyang perut cari bantal" kih kih kih

JM pun keluar lah dari Yana Restaurant tu sambil lambai-lambai tangan kat semua pekerja di restoren tu (yang ni jangan percaya..terang-terang JM tipu korang hihihi). Plan nak solat di Siam Paragon Mall..kat mana tu?

Senang je nak ke sini...

Map ke Surau
Ha mudah je, ikut je map yang JM share kat atas tu. Kat mana lagi korang leh jumpa map detail macam kecuali di blog Jari Manis ni kih kih kih....penuh informasi!

Keluar dari MBK Mall jalan atas jejantan eh jejantas tu, follow je sign seperti kat bawah ni 
Follow je sign ni
Kalau berminat nam masuk Madam Tussaud boleh masuk melalui Siam Tower bersebelahan Siam Center
Berminat nak tengok artis seksi boleh beli tiket kat kaunter ni, betul-betul di pintu masuk Siam Center
Pintu masuk Siam Center
Gigih sangat kan cari Surau, di MBK Mall pun ada kat Aras 6 tapi hari tu nak pergi Surau di Siam Paragon. Dalam pada tu boleh cuci-cuci mata di Siam Centre dan Siam Paragon Mall tu.

Siapa suka shopping angkat tangan, siapa suka window shopping juga sila angkat tangan kasi nampak ketiak bucuk tu eheheh.

Nah!! Bila sebut pasal shopping ingat drama airmata HH di Xian  ahaksss. Sebenarnya shopping ni adalah salah saru terapi minta tau boleh hilang stress. Tak beli pun tak pe janji boleh tengok belek-belek barang  pun dah memadai.

Tapi lagi best kalau ada barang yang berkenan terus rembat bak kata SS, dia pernah cakap kalau nak shopping better di oversea sebab kadang barang tu lebih murah dari Msia.

Jadi kalau ke Bangkok jangan lepaskan peluang untuk pergi ke 4 mall ni yang terletak bersebelahan satu sama lain. MBK Center, Siam Paragon, Siam Centre dan Siam Square.

Kalau yang jenis suka shopping barang-barang branded ni memang JM syorkan korang pergi mall ni, macam-macam ada!!! "This medium size shopping complex houses many popular local fashion designers and global brand names such as Guess, DKNY, Shiseido, Mac, Diesel. North Face and more".
Surau di Siam Paragon Mall

Pintu masuk ke Siam Paragon berhadapan dengan pintu masuk Siam Center
Nak ke Surau, cari South Lift yang terletak di Ground Floor (G) pastu turun ke aras LG. kalau naik lift lain sampai ke Isyak korang takkan jumpa surau tu.

Dari Ground Floor cari lift ke South Lobby
Naik lift ni turun ke LG
Peliknya Surau kat sini ada staff yang bertugas, jaga di pintu masuk surau tu. Jadi kalau nak masuk solat mesti tulis nama atas batu eh atas buku, waktu masuk dan waktu keluar. Mungkin dorang nak monitor ada orang yang masuk tak keluar-keluar silap-silap dah berdengkur kat dalam tu hihih.

Prayer Room at Siam Paragon
Jom masuk solat...tulis nama, waktu masuk dan keluar kat atas kertas tu 
Surau kecik je tapi selesa sebab tak ramai orang. Surau untuk lelaki dan perempuan berasingan cuma berkongsi tempat wuduk. Telekung dan sejadah juga di sediakan.

Bilik pertama surau lelaki dan bilik ke dua surau perempuan
Tempat berwuduk
Ruang solat
Sejadah disediakan
Telekung juga banyak
Cerita pasal surau je pun dah satu entri, entah bila leh habis trip Bangkok ni...sabar lah labu. Selesai solat JM nak ke sini.

Jim Thompson House Museum 
Nak tahu apa yang ada kat sana.... sambung dalam next entri eh...

BERSAMBUNG.......

Salam Lebaran dari Rakan Blogger

$
0
0
Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua reaer blog JM,


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Selagi hayat di kandung badan, perbanyak kan amalan-amalan baik terutama di bulam Ramadhan kerana pahala yang Allah berikan berlipat kali ganda kalau nak di bandingkan dengan bulan-bulan Islam yang lain.

Ahaksss...cam ayat buku tak? tapi belum boleh challenge entri Cikgu Ceketed kerana bahasa yang di gunakan sangat teratur.

Semalam JM pos beberapa keping kad raya untuk rakan blogger, balik umah petang tu tengok peti surat..mak aih!!! banyak nye kad raya...sambil senyum lebar kat peti surat tu...dan mula lah perasan diri tu RERUPIS ahakssss.

Berkeping - keping kad raya dari blogger
Masuk rumah je terus bukak satu persatu sampul kad raya tu, tak sabar nak tahu siapalah yang masih ingat sama JM tu.

******Kad Raya 1 - dari Blogger Scdha Sein (SS)*****

Mestilah hati berbunga riang bila dapat kad raya dari blogger femes SS tu..ahaksss..terima kasih SS...love u!!! Pas raya kita 'dating' ehhhh

Kad raya dari SS..apa yang tertulis kat dalam kad tu tak boleh nak share kat sini...terlalu special hehehe

                           ******Kad Raya 2 - dari Blogger Farrah MF*****

Kad raya yang paling sweet kerana kad tu hasil kerja tangan sendiri, siapa lagi yang kreatif kalau tak si Cikgu Ceketed tu. Kreatif, rajin, pandai masak, bijak memang complete pakej.

Sweet tak?
Thank you Farrah
Kepada Cikgu Ceketed, sis JM juga ingin mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita di alam maya. Kalau tak salah almost 3 years kan kita kenal tapi tak pernah jumpa. In sha Allah satu hari nanti nak jumpa juga insan yang sangat rajin dan kreatif ni.


******Kad Raya 3 - dari ibu Cekebon*****

Bila buka sampul ke tiga ni JM perasan kenapa tulisan atas sampul tu sama seperti tulisan Cikgu Ceketed jek, pastu kad raya hand made. Cikgu Ceketed salah hantar 2 keping kad ke. Bila bukak je kad ada sekeping kertas kat dalam tu, tulisan bulat-bulat, JM dah boleh agak dari siapa..JM baca sambil senyum..dan pada masa yang sama rasa sebak!!!...nak tengok tak kad tu....

Salam Syawal
Rasa sebak bila baca pantun ni
Pandai tak Ibu Rose berpantun..sweet sangat...bukan sahaja JM kenal Cikgu Ceketed, JM juga dapat berkenalan dengan ibu CC sekali. Sangat terharu dapat mengenali beliau juga ibu angkat SS tau. 

Kepada Ibu Cekebon, JM sangat terharu di atas kiriman kad raya ni, terima kasih di atas ingatan..Love u muahh!!! JM harap sangat kita berjumpa suatu hari nanti, JM, SS, HH, Cikgu Ceketed dan Ibu Cekebon. Di bulan yang mulia ini JM doakan Ibu Cekebon sekeluarga sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Allah aminnnn.


******Kad Raya 4 - dari Blogger Yana Yani****

Setiap tahun JM tak pernah missed, mesti dapat kad raya dari YY ni
Yana Yani seorang blogger dan juga ibu kepada 2 orang anak yang sangat cute.  Kami juga tidak pernah berjumpa tetapi perkenalan di alam maya membuatkan kami menjadi semakin rapat.

Kepada YY, baru tengahari tadi sis pos kad raya untuk YY tau,..balik rumah petang ehh..ada kad raya dari YY lak..ahakss...hati berbunga-bunga lah...ye YY..same to me..0 - 0 ehhh


******Kad Raya 5 - dari Blogger Mak Gojes****

SS perlu baca ni hihihhi
Waalaikumussalam Mak!!!! statement Mak buat JM gelak sorang-sorang kih kih kih. Mak nak tahu tak, siang tadi JM ada pos kad raya untuk Mak tau...balik rumah tak sangka lak dapat kad raya dari Mak ni..warna biru pun tak pe...JM suka je..cantik gak biru pun..jeling SS hihihhi.

Terima kasih Mak atas ingatan dan kiriman kad raya ni..sayang Mak tu!!!


******Kad Raya 6 - dari Blogger Syida****

Yang ni lak kad raya dari Syida, orang Jay Bee. JM pun dah lama kenal Syida ni tapi tak pernah juga jumpa. Cikgu Syida ni pun kaki travel tau. Setiap tahun kalau tak salah, JM mesti dapat kad raya dari dia. Kepada Cikgu Syida..nak kuih raya eh...nanti JM pos heeeee.

Ringkas je kad dari Syida ni heeee

******Kad Raya 7 - dari Blogger Deanna Morni****

Halloooo!!! KD!!! ke mana menyepi..mesti sibuk sangat ni sebab dah lama tak menyerikan ruang-ruang komen di blog JM ni...tiba-tiba semalam JM dapat kad raya dari KD ni..terima kasih KD masih ingat JM..Bila balik kampung Sarawak tu?  Selamat hari raya KD....bila kita nak jumpa ni?

Seterusnya kad dari Kameq Deanna

******Kad Raya 8 - dari Blogger DJ****

Yang ni memang surprise..kad raya dari DJ...setiap tahun JM terima kad raya dari rakan blogger sorang ni. Terima kasih DJ...JM doakan DJ sentiasa sihat dan lebih banyak tempat lagi untuk travel eh. Minta maaf tau lama tak singgah di blog, ada masa nanti JM main-main kat sana heeee. Open House? ahaksss...tak pandai masak jom kita makan kat kedai je lah eh...

Selamat hari raya DJ..terima kasih atas kiriman kad raya ni...

******Kad Raya 9 - dari Blogger sis Vee ****

Terima kasih sis Vee atas kiriman kad raya sebagai pengganti diri tu. Hati-hati ye memandu balik kampung nanti dan ingat pada orang tersayang. JM juga nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. JM doakan sis Vee sentiasa sihat dan cepat bertemu jodoh..aminnnnn

 
Kad raya bersama sekeping FM Floria Putrajaya

******Kad Raya 10 - dari Blogger Zarul Farhana ****

Waalaikumussalam ZF!!! sis JM sihat je ni alhamdulillah. Selamat hari raya juga buat ZF tu maaf zahir dan batin juga eh...ke mana lama menyepi..dah lama tak komain kat blog sis JM ni...dah lama kan tak update blog.

Ye ke isterimewa hihihi

******Kad Raya 11 - dari Blogger Mazuriah ****

Maz!! ooo Maz!!! kita dah terima kad raya dari awak ni..jauh datang tau kad raya ni hihihi. Berapa pasang baju raya tahun ni Maz?  ahaksss..yeye..JM makan sambil ingat Maz ehh....Terima kasih atas kiriman kad raya ni..tiap-tiap tahun JM dapat dari awak....Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Teman travel JM ke Surabaya dan Yogja 
Ada lagi tak yang nak pos kad raya untuk JM...ahaksss

Kepada semua rakan blogger dan pembaca, di kesempatan bulan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi, JM dengan rendah hati ingin memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita di alam maya. JM tahu sebagai insan biasa kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kekadang mengeluarkan kata-kata mengguris perasaan. Kosong-kosong ye dan semoga perkenalan di alam maya ni berpanjangan ..Aminnnn

Short Trip 2 Days 1 Night

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog,

"Semangat semakin hilang"

Mood malas melekat kat badan, adehh!! camne nak buat ni..kena mandi bunga ni hihihih...

Berapa lama JM tak update blog..ada yang perasan tak? semangat untuk update blog makin merudum..tolong!! minta semangat sikit..jeling SS dan Cikgu Ceketed yang rajin update tu.

Page view blog juga semakin kurang..i must do something. Bukan tak ada story nak share tapi nak mula menulis tu..adeh!!!

Nak 'jalan-jalan cari pasal' kat 'umah' kawan-kawan pun malas..huhuhuh

Hujung bulan Jun yang lepas JM ada urusan di Alor Setar, Kedah. Siapa masih ingat, JM ada update dalam IG..short trip 2 hari 1 mlm.

Bertolak dari KLIA2 seawal jam 7.00 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim lebih kurang jam 7.45 pagi.

Dari airport ke bandar boleh naik teksi berkupon, beli kat kaunter di arrival hall, harga standard ke Bandar Alor Setar RM25.00.

JM stay di Regency Hotel Alor Star, Lokasi sangat strategik just walking distance je kalau nak ke Pekan Rabu, Istana Kuning, Menara Alor Setar dan Aman Mall (sebuah shopping mall terbesar di Alor setar dan baru siap di bina beberapa tahun lepas) if i'm not mistaken.

Sebagai rujukan bersama
 JM bukan nak share pasal urusan kerja di sana..

Hari pertama sampai JM bawa kawan-kawan yang tersenarai dalam Top List Jun ke sini...

Terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu klik link blog JM...terharu!! Love u oulss!!!

"Ku Bawa Nama Korang ke Sana"

Top  1 - Scdha Sein
Top 2 - Farrah MF
Top 3 - Kharuddin Lim
Top 4 - Cik Ash/Ekin
Top 5 - Mummy Julia
Top 6 - Huda CML
Top 7 - Yana Yani
Top 8 - Yana TKK
Top 9 - Ikhwan
Top 10 - Luna Paris
Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah di blog JM, lately blog ni semakin bersawang.

Kepada semua Top Comment Jun, harap semua dah terima kad raya dari JM eh...

JM akan cuba blog walking secara berperingkat supaya agar orang tidak lupa akan kewujudan Jari Manis :-)

Bagi Top Comment Julai, JM akan bawak korang kembara ke tempat lain pulak..ke mana? tunggu!!!!

Servis Tuk Tuk TERBAIK dan MURAH di Hat Yai

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,

"Hat Yai Trip bersama SS dan HH"

Baru - baru ni JM ada trip ke Hatyai bersama orang kesayangan SS dan HH, kenal tak? Mesti ramai yang kenal dengan 2 nama ni.

Awal nya mereka berdua dah ada tiket tapi dalam bulan 5 camtu kalau tak salah, JM suarakan hasrat kat SS nak ikut dorang travel bersama, pastu dia cakap pergi beli tiket. apa lagi hati berbunga-bunga cinta lah hihihih.

Ini trip kali ke 2 ke Hatyai, trip pertama dulu tahun 2013 naik keretapi dari Kuala Lumpur Central ke Hatyai Station. Trip kali ni dari 31 Julai - 2 Ogos 2016 naik kapal terbang.

Muka-muka ceria dalam perjalanan dari Hat Yai International Airport ke Grand Plaza Hotel Hat Yai
Semua tahu Hat Yai sebuah bandar di Thailand yang terletak di sempadan Malaysia, sangat popular di kalangan pelancong terutama rakyat Malaysia kerana Hat Yai terkenal dengan makanan HALAL yang sedap terutama Tom Yam!

"Adeh!! masih teringat kesedapan Tom Yam di Restoran Salma..bertambah sedap dan selera bila makan bersama orang tersayang....ahaksss!!!!!"

Boleh di katakan Hat Yai syurga makanan, sediakan duit je...kalau ada rezeki, JM nak pergi lagi semata-mata nak JJCM (jalan-jalan cari makan) boleh tak SS heeee. TERBAIK Nok!! hihihihih

Eh!! ni nak kongsi bab makan or tuk tuk ni...hehehe....

Okey!!! kepada yang pertama kali nak ke Hat Yai, perlu di ingatkan pengangkutan yang paling efisyen dan sesuai adalah Tuk Tuk.

Kenapa di panggil Tuk Tuk....jangan tanya JM....cuba tanya Mr Boon!!! eh siapa Mr Boon ni ?haaaaa!! kalau nak tahu siapa gerangan Mr Boon bukan adik kembar Mr Bean sila baca sampai habis entri ni jangan ngelat baca awal dan akhir perenggan jek hihihi.
Kepada yang biasa travel, mesti akan facing this problem...

What problem? ye lah..kalau dah sampai di satu-satu destinasi tu mesti fikir apakah mode dan jenis pengangkutan yang sesuai.

Nak sewa kereta ke, nak naik subway ke, BTS ke, bus ke...betul tak?

Kalau ke Korea, China dan Jepun sah - sah kena study subway line. Kalau ke Perth mudahnya sewa kereta, kalau ke Sydney kena study train map dan route dan kalau ke Gold Coast kena faham no bus dan route no.

Maknanya setiap negara terdapat mode pengangkutan yang berbeza begitu juga Hat Yai, pengangkutan yang menjadi pilihan adalah Tuk Tuk.

Mudah sebenarnya nak dapat Tuk Tuk di Hat Yai ni...BERSEPAH...pilih je..terutama kalau menginap di Grand Plaza Hotel...bersusun Tuk Tuk menunggu pelanggan TAPI mesti ingat MAHAL nak MAMPOS sampai tahap hisap darah sampai kering lebih rakus dari Drakula..adeh!!!!

Pengalaman kami sendiri, semasa on the way nak pegi breakfast di Restoran Salma dari Grand Plaza Hotel, kami di approach oleh seorang driver tuk tuk ni tanya nak ke mana..kami cakaplah nak pergi breakfast.

Pastu dia cakap "nak pergi Songkla tak dia boleh bawak"

Then HH tanyalah "berapa dia charge dan ke mana lagi dia boleh bawak"

Driver tu cakap "pergi ke Samila Beach Songkla, Underwater Aquarium dan Chang Puak Camp dia charge 2000 THB return"

GILA!!!! mahal nak mampos!!!!

Kami senyum je lah sebab kami dah hire Uncle Boon hihih....

Pernah juga baca dalam beberapa blog kongsi harga tuk tuk di Hat Yai ni, ada yang kena charge 500 THB return to Floating Market Hat Yai yang jauh nya below than 5km, itu pun ada tempoh masa 2 jam je kat sana

Kemudian ada yang kena charge 1800 THB kalau ke Songkla return..adeiiiii...mahal kot!!!!

1. Anda menghadapi masalah mencari tuk-tuk di Hat Yai?
2. Sukar mendapat driver tuk tuk yang boleh di percayai?
3. Susah mencari tuk tuk yang menawarkan harga MURAH dan berpatutan?

Jika anda menghadapi masalah seperti di atas, jangan risau..JM ada jalan penyelesaian, JM boleh bantu anda..kih kih kih..dah macam iklan Yun Nam Hair Care.

Mari JM kenalkan Mr Boon!!!!

"Mr Boon or Uncle Boon"

Beberapa minggu sebelum bertolak ke Hat Yai, JM cuba cari info melalui google "tuk tuk service in Hat Yai"..

Ada blog yang share "The Best Tuk Tuk in Hat Yai". Kredit kepada blog hijabtrip.com

Selepas dapat contact no Mr Boon, JM serahkan kepada SS minta HH yang deal dengan Mr Boon sebab JM percaya HH lebih bijak dalam bab deal transport dan booking Hotel. SS pulak dia pakar dalam mencari hotel yang bersuaian, menyedia dan menyusun itirenary. JM? pandai makan je hihihih.

HH pun cuba hubungi Mr Boon deal berkenaan transport selama 3 hari kami di sana, banyak kali juga HH call for confirmation sebab harga yang di tawarkan sangat MURAH!!!

Uncle Boon memberi penerangan perjalanan pada hari ke 2 di Hat Yai
Kawan gaduh tapi MESRA..HH dan Mr Boon heeee
Kenapa kawan gaduh tapi MESRA?

Hehehhe..kalau nak tahu mesti baca entri SS - Kembara Hat Yai sampai habis sebab trip kali ni sangat enjoy. Apa yang boleh JM katakan kat sini..I'm really happy and enjoy travel with them...dalam banyak-banyak trip JM ke oversea, this trip paling HEAVEN!!!

So kepada SS dan HH, kalau JM nak follow uolss nyer trip lagi boleh tak?

JM nak kongsi sendikit info berkenaan Mr Boon ni. Dia seorang yang sangat rajin bekerja sebab dia ada cakap kat JM, dia tidur sehari 2- 4 jam je sebab dah ada customer call untuk hanter ke sini hantar ke sana. Memanf sangat sibuk!

Customer beliau kebanyakan foreigner sebahagian nya dari Nepal, China, Indonesia dan Malaysia. Mr Boon ni seorang bekas pensyarah di sebuah Universiti, Major dalam Matematik dan Minor dalam English, berumur 61 tahun dan masih kuat bekerja. Seorang yang banyak bercakap dan kongsi cerita. "Selalu bertekak dengan HH" bila HH suka tanya "How Much to go there to go here" hehehehe..lawak!!!

Beliau boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik dan fasih.

Boleh juga seorang yang peramah, baik, kadang suka berguarau,mesra, bertanggungjawab, tepati masa, sangat friendly dan helpfull. Bagi beliau bukan keuntungan yang di cari tetapi dia akan pastikan semua tourist yang datang ke Hat Yai akan berpuas hati dengan servis yang di berikan, mengenali budaya dan tempat - tempat menarik di Hat Yai dan Songkla.

JM leh kategorikan beliau sorang yang "touch people heart not people money" sebab beliau akan pastikan keselamatan customer, di jaga dengan baik, kadang tu dia layan kami like his family. Pastikan kami makan pagi dan tengahari, bawak kami ke kedai makan yang harga berpatutan sebab HH suka tanya kedai tu "mahal ke tak" hahaha...JM suka cara HH.

Lagi satu dia tengok SS carry kamera besar, so dia tahu SS suka ambik gambar jadi kalau boleh dia nak kami pergi tempat-tempat yang boleh berfoto balik ke Malaysia ada kenangan. Mana nak cari driver tuk tuk seperti Mr Boon ni....

Jadi kepada yang beminat untuk mendapatkan perkhidmatan Tuk Tuk di Hat Yai boleh call beliau di 
Contat Phone No : +0864833533.

                                                 "Servis Tuk Tuk MURAH di Hat Yai"

Harga yang di tawarkan oleh Mr Boon :

Hari pertama :

- Transport dari Hat Yai International Airport to Grand Plaza Hotel : 230 THB per tuk tuk (tak kisah berapa ramai harga tetap 230 THB). Kalu amik tuk tuk kat airport, charge dikenakan adalah 100 THB sorang...Mahal! Sebab kira perhead.

- Tuk tuk ke Floating Market Hat Yai : 350 THB per tuk tuk return (tak kisah berapa lama kat sana)

Hat Yai Floating Market - Klong Hae Market Hat Yai
Hari ke dua :

Plan asal kami hanya nak ke Samila Beach dan Municipal Park je tetapi sebelum balik dari Floating Market tu, Mr Boon "ask our plan for tommorow" tetapi kami tiada tempat yang khusus nak pegi. Malas nak pergi Ice Dome, Chang Puak Camp dan 3D Eye Museum.

Jadinya Mr Boon yang plan untuk kami, beliau cadangkan beberapa tempat dengan harga 800 THB per tuk tuk dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam.

1. Kedai Souviner 20% Discount
2. Breakfast di Muslim Restoran
3. Masjid Besar Songkla/ Cental Mosque Songkla
4. The Biggest Sleeping Buddha in Songkla
5. Handmade craft in Songkla
6. Beli lunch di Muslim Restoran
7. The Great Serpent "Nag" or Dragon in Songkla
8. Tang Kuan Hill Songkla
9. Samila Beach Songkla
10. Municipal Park, Hat Yai
11. OTOP  Exibiton - jualan pelbagai jenis barang dari province yang berbeza
Ada tak sesiapa yang pernah ke tempat-tempat ini jika ke Hat Yai dan Songkla dengan bayaran hanya 800 THB sehari. Kalau ada boleh kongsi dengan pembaca yang lain.

Hari ke tiga : 

Kami request nak pergi ke Cental Festival, Mr Boon charge 20 THB seorang

Cental Festival Mall Hat Yai
On the way ke Airport kami makan di kedai ni..SEDAP!!!
Hat Yai International Airport
Perancangan awal kami nak naik tuk-tuk depan hotel je, kiranya bargain waktu tu jugak, jadi anggaran kasar budget untuk 3 orang sebuah tuk-tuk kalau tak hire Mr Boon :

Airport Shuttle return : 600 THB
Klong Hae Market Tuk Tuk (2 hours) Return : 500 THB
Hadyai Municipal Park Tuk Tuk return : 300 THB
Samila Beach Tuk Tuk return : 1,500 THB

Kiranya total kos transport seorang anggaran jika cari tuk-tuk sendiri : 967 THB

Summary Transport Budget after hire Mr Boon for 3 days :

Airport return : 460 THB
Klong Hae Market Tuk Tuk (3 hours) Return : 350 THB
Songkla and Hat Yai Trip Tuk Tuk return : 800 THB
Tuk tuk ke Central Festival : 60 THB

Total Cost : 1670 THB

Jadi total kos transport seorang jika hire Mr Boon : 556 THB

Terdapat perbezaan yang ketara jumlah kos yang perlu di keluarkan sekiranya tak hire Mr Boon, so kepada sesiapa yang ingin travel ke Hat Yai, JM sangat recommend korang cari lah Mr Boon, contact beliau sebulan awal buat reservation terlebih dahulu dan keep reminder seminggu atau 2,3 hari sebelum berlepas kerana beliau sangat sibuk.

Sekali lagi JM tegaskan, harga yang di tawarkan sangat MURAH, boleh hubugi beliau di talian +0864833533 (call sahaja)

Perlu di ingatkan jika korang ada lokasi pilihan, just maklumkan kepada Mr Boon dan berapa lama nak stay kat satu-satu tempat tu just say it TAPI kalau tak ada idea atau tempat pilihan serah je kepada Mr Boon dia akan susun itirenary dan plan..MUDAH!!! Dia akan cadangkan tempat menarik.

Servis Tuk Tuk TERBAIK dan MURAH di Hat Yai

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


"Hat Yai Trip bersama SS dan HH"

Best naik tuk tuk berangin jek - muka excited dalam perjalanan ke Grand Plaza Hotel dari Hat Yai International Airport
Baru - baru ni JM ada trip ke Hatyai bersama orang kesayangan SS dan HH, kenal tak? Mesti ramai yang kenal dengan 2 nama ni.

Awal nya mereka berdua dah ada tiket tapi dalam bulan 5 camtu kalau tak salah, JM suarakan hasrat kat SS nak ikut dorang travel bersama, pastu dia cakap pergi beli tiket. apa lagi hati berbunga-bunga cinta lah hihihih.

Ini trip kali ke 2 ke Hatyai, trip pertama dulu tahun 2013 naik keretapi dari Kuala Lumpur Central ke Hatyai Station. Trip kali ni dari 31 Julai - 2 Ogos 2016 naik kapal terbang.

Semua tahu Hat Yai sebuah bandar di Thailand yang terletak di sempadan Malaysia, sangat popular di kalangan pelancong terutama rakyat Malaysia kerana Hat Yai terkenal dengan makanan HALAL yang sedap terutama Tom Yam!

"Adeh!! masih teringat kesedapan Tom Yam di Restoran Salma..bertambah sedap dan selera bila makan bersama orang tersayang....ahaksss!!!!!"

Boleh di katakan Hat Yai syurga makanan, sediakan duit je...kalau ada rezeki, JM nak pergi lagi semata-mata nak JJCM (jalan-jalan cari makan) boleh tak SS heeee. TERBAIK Nok!! hihihihih

Eh!! ni nak kongsi bab makan or tuk tuk ni...hehehe....

Okey!!! kepada yang pertama kali nak ke Hat Yai, perlu di ingatkan pengangkutan yang paling efisyen dan sesuai adalah Tuk Tuk.

Kenapa di panggil Tuk Tuk....jangan tanya JM....cuba tanya Mr Boon!!! eh siapa Mr Boon ni ?haaaaa!! kalau nak tahu siapa gerangan Mr Boon bukan adik kembar Mr Bean sila baca sampai habis entri ni jangan ngelat baca awal dan akhir perenggan jek hihihi.

Kepada yang biasa travel, mesti akan facing this problem...

What problem? ye lah..kalau dah sampai di satu-satu destinasi tu mesti fikir apakah mode dan jenis pengangkutan yang sesuai.

Nak sewa kereta ke, nak naik subway ke, BTS ke, bus ke...betul tak?

Kalau ke Korea, China dan Jepun sah - sah kena study subway line. Kalau ke Perth mudahnya sewa kereta, kalau ke Sydney kena study train map dan route dan kalau ke Gold Coast kena faham no bus dan route no.

Maknanya setiap negara terdapat mode pengangkutan yang berbeza begitu juga Hat Yai, pengangkutan yang menjadi pilihan adalah Tuk Tuk.

Mudah sebenarnya nak dapat Tuk Tuk di Hat Yai ni...BERSEPAH...pilih je..terutama kalau menginap di Grand Plaza Hotel...bersusun Tuk Tuk menunggu pelanggan TAPI mesti ingat MAHAL nak MAMPOS sampai tahap hisap darah sampai kering lebih rakus dari Drakula..adeh!!!!

Pengalaman kami sendiri, semasa on the way nak pegi breakfast di Restoran Salma dari Grand Plaza Hotel, kami di approach oleh seorang driver tuk tuk ni tanya nak ke mana..kami cakaplah nak pergi breakfast.

Pastu dia cakap "nak pergi Songkla tak dia boleh bawak"

Then HH tanyalah"berapa dia charge dan ke mana lagi dia boleh bawak"

Driver tu cakap "pergi ke Samila Beach Songkla, Underwater Aquarium dan Chang Puak Camp dia charge 2000 THB return"

GILA!!!! mahal nak mampos!!!!

Kami senyum je lah sebab kami dah hire Uncle Boon hihih....

Pernah juga baca dalam beberapa blog kongsi harga tuk tuk di Hat Yai ni, ada yang kena charge 500 THB return to Floating Market Hat Yai yang jauh nya below than 5km, itu pun ada tempoh masa 2 jam je kat sana.

Kemudian ada yang kena charge 1800 THB kalau ke Songkla return..adeiiiii...MAHAL kot!!!!

1. Anda menghadapi masalah mencari tuk-tuk di Hat Yai?

2. Sukar mendapat driver tuk tuk yang boleh di percayai?

3. Susah mencari tuk tuk yang menawarkan harga MURAH dan berpatutan?

Jika anda menghadapi masalah seperti di atas, jangan risau..JM ada jalan penyelesaian, JM boleh bantu anda..kih kih kih..dah macam iklan Yun Nam Hair Care.

Mari JM kenalkan Mr Boon!!!!

"Mr Boon or Uncle Boon"

Beberapa minggu sebelum bertolak ke Hat Yai, JM cuba cari info melalui google "tuk tuk service in Hat Yai"..

Ada blog yang share "The Best Tuk Tuk in Hat Yai". Kredit kepada blog hijabtrip.com

Selepas dapat contact no Mr Boon, JM serahkan kepada SS minta HH yang deal dengan Mr Boon sebab JM percaya HH lebih bijak dalam bab deal transport dan booking Hotel. SS pulak dia pakar dalam mencari hotel yang bersuaian, menyedia dan menyusun itirenary. JM? pandai makan je hihihih.

HH pun cuba hubungi Mr Boon deal berkenaan transport selama 3 hari kami di sana, banyak kali juga HH call for confirmation sebab harga yang di tawarkan sangat MURAH!!!

Uncle Boon beri penerangan perjalanan pada hari ke 2 di Hat Yai
Kawan gaduh tapi MESRA..HH dan Mr Boon heeee
Kenapa kawan gaduh tapi MESRA?

Hehehhe..kalau nak tahu mesti baca entri SS - Kembara Hat Yai sampai habis sebab trip kali ni sangat enjoy. Apa yang boleh JM katakan kat sini..I'm really happy and enjoy travel with them...dalam banyak-banyak trip JM ke oversea, this trip paling HEAVEN!!!

So kepada SS dan HH, kalau JM nak follow uolss nyer trip lagi boleh tak?

JM nak kongsi sendikit info berkenaan Mr Boon ni. Dia seorang yang sangat rajin bekerja sebab dia ada cakap kat JM, dia tidur sehari 2- 4 jam je sebab dah ada customer call untuk hanter ke sini hantar ke sana. Memanf sangat sibuk!

Customer beliau kebanyakan foreigner sebahagian nya dari Nepal, China, Indonesia dan Malaysia. Mr Boon ni seorang bekas pensyarah di sebuah Universiti, Major dalam Matematik dan Minor dalam English, berumur 61 tahun dan masih kuat bekerja. Seorang yang banyak bercakap dan kongsi cerita. "Selalu bertekak dengan HH" bila HH suka tanya "How Much to go there to go here" hehehehe..lawak!!!

Beliau boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik dan fasih.

Boleh juga seorang yang peramah, baik, kadang suka berguarau,mesra, bertanggungjawab, tepati masa, sangat friendly dan helpfull. Bagi beliau bukan keuntungan yang di cari tetapi dia akan pastikan semua tourist yang datang ke Hat Yai akan berpuas hati dengan servis yang di berikan, mengenali budaya dan tempat - tempat menarik di Hat Yai dan Songkla.

JM leh kategorikan beliau sorang yang "touch people heart not people money" sebab beliau akan pastikan keselamatan customer, di jaga dengan baik, kadang tu dia layan kami like his family. Pastikan kami makan pagi dan tengahari, bawak kami ke kedai makan yang harga berpatutan sebab HH suka tanya kedai tu "mahal ke tak" hahaha...JM suka cara HH.

Lagi satu dia tengok SS carry kamera besar, so dia tahu SS suka ambik gambar jadi kalau boleh dia nak kami pergi tempat-tempat yang boleh berfoto balik ke Malaysia ada kenangan. Mana nak cari driver tuk tuk seperti Mr Boon ni....

Jadi kepada yang beminat untuk mendapatkan perkhidmatan Tuk Tuk di Hat Yai boleh call beliau di 
Contat Phone No : +0864833533.

                                                            "Servis Tuk Tuk MURAH di Hat Yai"

Harga yang di tawarkan oleh Mr Boon :

Hari pertama :

- Transport dari Hat Yai International Airport to Grand Plaza Hotel : 230 THB per tuk tuk (tak kisah berapa ramai harga tetap 230 THB). Kalu amik tuk tuk kat airport, charge dikenakan adalah 100 THB sorang...Mahal! Sebab kira per head.

- Tuk tuk ke Floating Market Hat Yai : 350 THB per tuk tuk return (tak kisah berapa lama kat sana)

Hat Yai Floating Market - Klong Hae Market Hat Yai
Hari ke dua :

Plan asal kami hanya nak ke Samila Beach dan Municipal Park je tetapi sebelum balik dari Floating Market tu, Mr Boon "ask our plan for tommorow" tetapi kami tiada tempat yang khusus nak pegi. Malas nak pergi Ice Dome, Chang Puak Camp dan 3D Eye Museum.

Jadinya Mr Boon yang plan untuk kami, beliau cadangkan beberapa tempat dengan harga 800 THB per tuk tuk dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam.

1. Kedai Souviner 20% Discount
2. Breakfast di Muslim Restoran
3. Masjid Besar Songkla / Central Mosque Songkla  
4. The Biggest Sleeping Buddha, Songkla
5. Handmade craft, Songkla
6. Beli lunch di Muslim Restoran
7. The Great Serpent "Nag" or Dragon, Songkla
8. Tang Kuan Hill, Songkla
9. Samila Beach, Songkla
10. Municipal Park, Hat Yai
11. OTOP Exibiton - jual pelbagai jenis barang dari daerah yang berbeza
Ada tak sesiapa yang pernah ke tempat-tempat ini jika ke Hat Yai dan Songkla dengan bayaran hanya 800 THB sehari. Kalau ada boleh kongsi dengan pembaca yang lain.

Hari ke tiga : 

Kami request nak pergi ke Cental Festival, Mr Boon charge 20 THB seorang

Central Festival Mall Hat Yai

On the way ke Airport kami makan i keai ni..SEDAP!!!!
Hat Yai International Airport
Perancangan awal kami nak naik tuk-tuk depan hotel je, kiranya bargain waktu tu jugak, jadi anggaran kasar budget untuk 3 orang sebuah tuk-tuk kalau tak hire Mr Boon :

Airport Shuttle return : 600 THB

Klong Hae Market Tuk Tuk (2 hours) Return : 500 THB

Hadyai Municipal Park Tuk Tuk return : 300 THB

Samila Beach Tuk Tuk return : 1,500 THB

Kiranya total kos transport seorang anggaran jika cari tuk-tuk sendiri : 967 THB

Summary Transport Budget after hire Mr Boon for 3 days :

Airport return : 460 THB

Klong Hae Market Tuk Tuk (3 hours) Return : 350 THB

Songkla and Hat Yai Trip Tuk Tuk return : 800 THB

Tuk tuk ke Central Festival : 60 THB
556 THB
Total Cost :1670 THB

Jadi total kos transport seorang jika hire Mr Boon : 556 THB sahaja...murah!!!

Terdapat perbezaan yang ketara jumlah kos yang perlu di keluarkan sekiranya tak hire Mr Boon, so kepada sesiapa yang ingin travel ke Hat Yai, JM sangat recommend korang cari lah Mr Boon, contact beliau sebulan awal buat reservation terlebih dahulu dan keep reminder seminggu atau 2,3 hari sebelum berlepas kerana beliau sangat sibuk.

Sekali lagi JM tegaskan, harga yang di tawarkan sangat MURAH, boleh hubugi beliau di talian +0864833533 (call sahaja)

Perlu di ingatkan jika korang ada lokasi pilihan, just maklumkan kepada Mr Boon dan berapa lama nak stay kat satu-satu tempat tu just say it TAPI kalau tak ada idea atau tempat pilihan serah je kepada Mr Boon dia akan susun itirenary dan plan..MUDAH!!! Dia akan cadangkan tempat menarik.

BERSAMBUNG!!!!!

** mohon maaf kerana JM 'terdelete' entri ni semua komen hilang dan nasib baik SS ada buat backup tapi sayang semua  komen juga 'hilang' terpaksa copy paste macam ni

Trip Solo : Jim Thompon House Museum, Pratunam Mall, Pratunam Market, Terminal 21, On-Nut Night Market & Siam Paradise Night Bazar at Bangkok City

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat reader yang JM ingati selalu,

Nampak tak nampak tak..tajuk entri pun dah panjang 5 gerabak keretapi, gara-gara nak habiskan story trip solo ke Bangkok City setahun yang lalu pada 23 Julai - 28 Julai 2015.

Perlu habiskan entri ni sebagai kenangan di hari tua nanti heeee..itu pun kalau umur panjang..aminnnn

Entri lepas sila korek kat sini Surau di Siam Paragon

JM tahu ramai yang beminat nak tahu kisah kena tinggal di tepi highway tu kan..so sabar ehh..nanti akan di kongsi cerita tu. Ni pun, dah lama tak update entri, page view dari 2 ribu sehari jatuh teruk ke 1000 sehari huhuhuh...ohh tidak!!!!!

Meh kita sambung!

Selesai solat di Paragon Mall, JM plan nak ke Jim Thompson House Museum, sebenarnya tak minat masuk museum ni, tengok peninggalan sejarah semua itu sebab waktu belajar sekolah menengah dulu pun JM paling tak minat subjek Sejarah.

Jim Thompson House Museum
Jim Thompson house ni tak jauh dari National Stadium Stn, jadi JM plan nak ke sana..nak tengok apa yang ada. Dapat jejak kaki kat luar pun jadilah.

Jim Thompson House
Opening Hours: 09:00-17:00 (last guided tour at 17:00)
Location: Soi Kasemsan 2, opposite the National Stadium on Rama I Road.
BTS: National Stadium
Admission : Adult 150 baht; Students (under 22 years old) 100 baht

How to get there: 
Take Exit 1 from the BTS National Stadium Station, turn right into Soi Kasemsan 2 and continue walking all the way to the very end. The museum will be on your left-hand side.
Bagi sesiapa yang pernah ke Loei Thailand, terdapat satu ladang atas nama Jim Thompson Farm yang sangat besar tau.

Siapa Jim Thompson tu? Kenapa dia famous sangat di Thailand...

"Jim Thompson or James Harrison Wilson Thompson was born in Greenville, Delaware in 1906. He attended public schools in Wilmington, went on to boarding school at St. Paul's and attended Princeton University, the family university, from 1924 to 1928.

Thompson had been in Thailand for nearly 22 years!!!!!"

Beliau adalah peneraju kepada Thai Silk dan seorang usahawan yang sangat berjaya terutama di Bangkok.

Keluar dari Exit 1 tu, follow je direction nak ke House Museum tu, jalan kaki lebih kurang 10min. Kebetulan waktu tu ada rombongan dari mana entah, jadi JM tak berseorangan. Bagi yang tak mampu jalan kaki, boleh naik shuttle.

Dari National Stadium Station tu ambil Exit 1
Follow je sign ni
Ikut jalan ni Soi Kasem San bukan Kasem Selamat heheheeh
JM follow je ahkak-ahkak ni
Bila dah sampai tu, ada kaunter tiket di sebelah kanan. JM pun tengoklah harga tiket, 150THB for Adult. Mahal nya!!! terdetik kat dalam hati tak perlu masuklah, tengok je apa yang ada kat luar tu.

Kaunter tiket
Dewasa Harga tiket 150 THB 
Ahli rombongan
Teratai layu di tasik madu
Yang putih tu apa eh?
Hai adik manis..senyum sikit
Di bahagian luar tu ada Jim Thompson Art Center, kedai menjual barang-barang kraftangan dari sutera tapi tak beli pun..MAHAL..masuk dalam tu semata-mata nak sejuk kan badan sebab ada penghawa dingin.

Jadi dah siap tabik hormat di Jim Thompson House ni, JM jalan balik ke tren stesen untuk ke Pratunam Mall dan Pratunam Market.

Mudah je nak ke sini, follow map yang JM kongsi ni. Mana korang nak cari lagi blogger travel yang rajin kongsi map detail macam ni kecuali di blog Jari Manis kih kih kih..

Panduan arah ke Masjid Darul aman, Halal Restoran Farida Fatornee, Pratunam Mall, Pratunam Market dan Terminal 21.
Map panduan ke Masjid Darul Aman, Halal Restoran Farida Fatornee, Pratunam Mall, Pratunam Market dan Terminal 21
Kalau nak ke Restoran Halal Farida Fatornee tu jalan dalam 5 minit je dari Ratchathewi BTS Station, tapi untuk ke Pratunam Mall dan Pratunam Market gaka jauh lebih kurang 20 minit.

JM stop di Ratchathewi station, ikut panduan yang di kongsi oleh sahabat blogger tapi salah arah exit, hampir 15 min juga sesat. Pastu ikut naluri jalan arah ke Pratunam Mall tu, jauh berjalan tapi tetap tak nampak bayang mall tu.

Kemudian pusing balik arah ke bts station, tanya makcik jual air di tepi jalan. Dia cakap ikut arah yang JM jalan tadi..adeh!!! patah balik ke arah yang sama..waktu ni memang penat, panas nya lagi...

Pratunam Fashion Mall
Masuk sekejap je mall ni tak ada yang menarik lebih kurang mall yang ada kat Malaysia. Jadi cross jalan ke Pratunam Market. Kat sini sesuai untuk rakyat marhaen seperti JM ni, golongan kurang mampu heeee.

Semua keperluan harian ada jual kat sini dan harga berpatutan boleh tawar menawar 
Tak membeli pun kat sini jalan-jalan cuci mata je, pastu terus ke Chit Lom Station dan lalu depan Central World ni. Salah satu mall yang agak besar juga di Bangkok tetapi tak masuk sebab kejar masa nak ke Terminal 21.

Central World Bangkok
Naik dari Chit Lom Station dan stop di Asok Station untuk ke Terminal 21
Turun di Asok Station
Terminal 21 is Mall or Shopping Centre
Apa yang menarik di Terminal 21 ni, maaf ye gambar kurang jelas sebab malu orang ramai pandang waktu keluarkan kamera.

Terminal 21 brings the dream of traveling the world to downtown Bangkok, with its cutting-edge concept that places several world-famous cities under one roof. Find yourself wandering around a maze of shops in Tokyo City, sauntering down London’s Carnaby Street, bagging a bargain in an Istanbul zouk, or shopping for something to fill your growling stomach at the Fisherman’s Wharf in San Francisco.

Menariknya setiap level atau aras ada nama Negara. Contoh kalau level M - Paris jadi semua barang yang di jual adalah berkaitan dengan nama negara. Pilih je nak pergi negara mana tak perlu naik flight naik escalator dah sampai hihih..Tapi sayang Seoul Korea tiada dalam senarai huhuh..

Level Rome
Level Paris
Level Caribbean
Nak ke London naik level 2
Kalau dah puas di London terus ke Istanbul
Katakan dah bosan di Instabul pergi pulak ke San Francisco
Hollywood level 6
Nak tengok 2 orang ni bergaduh boleh ke level Tokyo
korang akan jumpa bas ni di level London
bila dah puas pusing, jalan-jalan dari sebuah negara ke sebuah negara tak ada apa yang menarik di hati, turun balik ke stesen Chit Lom untuk On Nut stesen.

Nak pegi ke On -Nut Night Market mudah je, naik BTS turun di On - Nut Station. Pasar tu betul-betul sebelah stesen. Pasar ni open tepi jalan besar tapi berbumbung, cuma agak panas lah. Kalau nak cari t-shirt, kain skirt, seluar jeans atau boleh di katakan pakaian harian ada di jual kat sini.

Turun kat station ni
JM beli baju yang patung tu pakai...tapi warna merah belang putih
Lokasi pasar ni betul-betul di tepi Station On-nut
Siap bayar, JM plan nak pergi ke Siam Paradise Night Bazar. Waktu prepare itirenary, dah google tempat ni ada cakap bazar ni dah tutup tapi tiada kesahihan. Jadi JM plan nak pergi tengok sendiri.

Tengok jam di tangan pukul 6.00 petang, jadi ikut je direction yang dapat dari google. Dalam mencari jalan nak ke sana tu berapa kali sesat sebab salah arah.

Kemudian tanya pengawal yang jaga rumah kediaman, dia tunjuk arah berlawanan. Pastu, ada pulak seekor anjing besar seperti kat bawah ni ikut di belakang, makin cepat kita jalan makin cepat dia ikut. Ya Allah, memang cuak lah waktu..berdoa je dalam hati supaya selamat.

Kebetulan ada pasu bunga besar tepi jalan, anjing tadi berhenti minum air dalam pasu tu. Syukur ya Allah, cepat-cepat lah JM melangkah!!!!

Inilah anjing tu..besar kan..sib baik dia berhenti minum air dalam pasu tepi jalan tu
Hampir 20 minit jalan kaki, hari pun semkain gelap..hati rasa tak sedap..nak pergi ke tak nak..nak pergi ke tak nak sebab belum nampak bayang bazar tu. Kebetulan JM berselisih dengan sorang budak perepmpuan ni tanya "Where is Siam Paradise Night Bazar"...dia faham apa yang tanya tanya tapi dia tak tahu nak reply..dia cakap dalam bahasa Thai....adeh!! tak faham..JM buat muka tak faham..pastu dia bagi tanda isyarat "CLOSE"

Hadoilah!!! penat tul..dah jauh jalan, sesat lagi, anjing ikut belakang lagi..sudahnya JM cakap dalam hati balik ke Hotel je lah...lagi pun jap lagi dah nak gelap.

Terus naik tren balik ke Hotel lebih kurang jam 7.30 malam sampai hotel.

Senarai tempat tinggalkan jejak pada hari ke -2 di Bangkok City

1. Chao Phraya River Cruise
2. Wat Pho the Temple of Reclining Buddha
3. Grand Palace
4. MBK Centre & Yana Restaurant
5. Siam Center, Siam Paragon, Siam Square
6. Jim Thompon House Museum,
7. Pratunam Mall,
8. Pratunam Market,
9. Terminal 21,
10. On-Nut Night Market
11. Siam Paradise Night Bazar

Sambung hari ke 3

Trip Hatyai - The Great Serpent Nag in Songkla

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


"The Great Serpent Nag in Songkla"

The Great Serpent Nag in Songkla
The Great Serpent Nag adalah salah satu tempat menarik yang mesti di kunjungi jika ke Songkla. Monument The Great Serpent Nag ni di bina pada tahun 2006 terbahagi kepada 3 bahagian (Head, Navel an Tail).

The serpent’s head was erected at Laem Sorn Om (just along Samila Beach), Suan Song Taley. The navel at Lan Chom Doaw, Sabua Laem Samila. The tail in one area of Samila beach along Chalatad Road. The sculpture’s opening ceremony was officially set in 2007.

The first section is the serpent’s head which symbolizes the intelligence and wisdom of the people of the city. The second section is the serpent’s navel which symbolizes the city’s riches. The last is the tail which symbolizes the charisma and strength of community of the people. (sumber  Eagle - eyed Bucket).

Terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Hatyai, boleh melalui jalan darat atau laut. Semasa ke sini dulu, kami naik feri untuk menyeberangi laut ke Samila Beach.

TAPI bukan itu yang JM nak share dalam entri ni..

"The Great Reader in Jari Manis Blog"

We as a blogger we support each other....itulah prinsip yang JM pegang sejak menulis blog mulai tahun 2012, empat tahun sudah berlalu. blog picisan tetap ada pembaca yang sentiasa memberi sokongan....Alhamdulillah...

Agak sukar untuk kekalkan pembaca yang setia, ada yang datang dan pergi itu perkara biasa.

Mohon maaf ye kawan-kawan sepatutnya awal bulan Ogos dah ada entri Top Komentar Julai, ini hujung bulan Ogos belum timbul-timbul lagi entri top komentar bulan lepas.

Terima kasih tanpa had buat mereka yang telah tersenarai di dalam b, boleh di katakan setiap bulan orang yang sama terutama SS, top 1 every month..Love u SS!!!! hehehe

Syukur sangat sebab 2 entri sebulan tetapi komen berpuluh....sayang kamu! kamu! dan kamu dan sayang semuanya. Bagi mereka yang tersenarai, JM akan hadiahkan 'something' di penghujung tahun nanti....boleh? Kalau setiap bulan orang yang sama je..so banyak lah dia dapat.

JANGAN anggap JM pancing korang untuk terus setia bersama blog JM...TIDAK! niat memberi itu ikhlas sebagai tanda penghargaan meluangkan masa bersama JM di alam maya.

Kepada yang tidak tersenarai JANGAN SEDIH ye, JM tetap hargai komen-komen yang di tinggalkan, JM akan buat kunjungan balas tanda terima kasih.."Jangan cakap AHKAK tak payung hihi"

Sebagai penghargan JM bawa mereka ke sini...

Top 1 - Bilangan komen (43)
Top 2 - Bilangan komen (41)
Top 3 - Bilangan komen (28)
Top 4 - Bilangan komen (14)
Top 5 - Bilangan komen (12)
Top 6 - Bilangan komen (12)
Top 7 - Bilangan komen (11)
Top 8 - Bilangan komen (11)
Top 9 - Bilangan komen (8)
Top 10 - Bilangan komen (7)
Terima kasih semua yang masih setia bersama JM Blog - blog picisan yang hanya share story pasal travel jek. Terima kasih kerana tidak jemu-jemu komain kat sini...muah!!!!

psst :  kepada Nayfatimah...JM masih hutang hadiah...tunggu!!!!

Nak tahu siapakah gerangan Top Comment Ogos 2016? Adakah masih orang yang sama? Jeng! jeng! jeng!

Trip Solo : Taling Chan Floating Market

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Entri BUSUK!!! kenapa BUSUK? kalau nak tahu kenalah baca keh keh keh!

JM masih disini..entah kenapa semakin malas nak update blog. Blog walking juga semakin kurang. Adeh!!!! ada yang masih ingat JM lagi tak...ke dah tak kenal siapa JM tu ;p

Terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu beri sokongan, tinggalkan komen dan ini memberi suntikan semangat buat JM untuk terus menulis di blog ini. Sudah tentu ada habuan buat mereka yang sentiasa setiasa bersama JM. In Sha Allah.

Jom!!! JM bawak korang jalan-jalan lagi sekitar Bangkok City...entah bila akan tamat kisah Solo Trip Bangkok ni...bertabah laah ye.

Sambungan dari entri ni Jim Thompson House Museum.

Kali ni JM nak share lokasi hari ke 3 trip di Bangkok.

Hari ni JM rancang nak ke Taling Chan Floating Market bukan Jackie Chan, pasar terapung yang paling dekat dari Bangok City berbanding pasar terapung yang lain. 

Sebenarnya banyak lagi pasar terapung yang lain lebih besar dan meriah, boleh tengok kat sini Bangkok Floating Market.

Plan nak Taling Chan Floating Market selepas baca blog SS, dia makan udang besar kat sana, tetapi lain pulak jadinya.

Plan nak makan udang bakar di Taling Chan Floating Market, tapi dapat makan tom yam ni di Chatucak Market
Lain yang di rancang lain jadinya...adeh!!! FRUST tul..

Nak tahu kenapa jadi macam tu?

Esok nak pergi malam nya baru kelam kabut cari info cara nak ke pasar terapung Taling Chan tu. Rujuk blog SS, pastu message tanya lagi untuk dapatkan kepastian cara nak ke pasar tu.

Selepas sarapan minum milo dan biskut, jam 7.00 pagi dah keluar hotel, sebab tak nak kejar bas seawal mungkin.

Bus Stand di Ratchatewi Stesen - JANGAN tunggu di sini kalau nak ke Taling Chan Floating Market
Lebih kurang jam 8.00 pagi dah terpacak di hentian bas stesen Ratchatewi. Tunggu punya tunggu hampir sejam menunggu, bas No 79 tak sampai-sampai. Orang lain dah naik bas, datang orang lain pun dah naik bas, tapi bas yang JM tunggu tu tak nampak batang hidung pun. Adeh!!! dari duduk pastu diri dah macam cacing kepanasan.

Nak jadi cerita, perut pulak sakit nak ber@*!!!! adehhh! time tu lah nak buat hal nye...nasib baik bukan sakit perut cirit tapi sakit perut biasa boleh tahan lagi.

JM plan nak cari tandas di Masjid Darul Aman tak jauh dari stesen Ratchatewi tu. On the way ke masjid akan lalu di hadapan beberapa buah kedai muslim food dan yang paling famous Restoren Farida Fatornee.

Meh JM buat lakaran Map supaya korang semua dapat gambaran.

JM salah tempat menunggu, patutlah bas tak sampai-sampai
Arah ke Masjid Darul Aman
Pintu belakang
Ada tempat wuduk je tak ada tandas!
** PALING TAK MENAHAN TU SEMPAT LAGI AMIK GAMBAR...ADEHHHH

Waktu cari tandas di masjid tu, rasa najis dah jolok lubang bontot...cuba bayangkan perasaan JM waktu tu...ya Allah tuhan sahaja yang tahu...rasa nak cangkung je kat mana-mana tempat yang agak tersembunyi...adeiii!!!!

Bila sampai masjid, tak jumpa plak tandasnya, ada tempat wuduk je...ya Allah...tak tahan dah nak melabur ni, berpeluh menahan!!!

Apa nama restoran ni..siapa tahu
Restoran Madena
Restoran Farida Fatornee
Awal pagi semua restoran tutup, dorang bukak pun seawal jam 12.00 tengahari. Kalau lah restoran ni bukak memang JM serbu masuk 'melabur' kat mana-mana kedai pastu bila selesai mesti duduk lah sekejap order minum ke makan ke..ni hampeh..semua tutup!

Frust!!!

Jalan balik ke Stesen Ratchatewi dengan harapan ada tandas kat stesen, bila tanya security yang bertugas dia cakap TAK ADA!!..GILA! habis korang tak membuang ke.

Perut memang tak tahan dah ni, tunggu masa nak TEMBAK je ni..huhuhu...terus naik tren ke Paragon Mall...sebab terfikir mall tu yang paling dekat. Sekali lagi frust tertonggeng..mall bukak jam 10.00 pagi, tengok jam baru 9.00 pagi.. Ya Allah dugaan apakah ini..tandas awam pun tak ada...

Perut dah memulas teruk!!!

Tak boleh jadi..dah tak ada cara lain kecuali balik HOTEL!!!! terus naik tren balik ke Surasak Stesen. Dari stesen tu nak ke hotel kena jalan kaki lebih kurang 10 min lagi. Waktu tu memang berlari...tak boleh nak jalan..'benda' tu dah tak boleh tunggu nak keluar!!!!!!!!

Dalam hati berdoa supaya sempat sampai hotel. Alhamdulillah masuk je bilik air terus tembak berdas-das, macam letusan gunung berapi....cuba bayang eh hampir 1 jam lebih menahan..ya Allahh....seksa!!!

Memerut kat dalam tu hampir satu jam..sampai ke titisan terakhir.....ya Allah...nikmatnya...rasa seperti melepaskan batuk di tangga..ehhh! menjatuhkan batu besar yang dipikul kat bahu ni.

Fuhhhh...lega!!! kalau lah nak terkucil..memang dah terkucil dalam seluar..sakit hati betul sebab susah nak cari public toilet.

Bila dah puas memerut, baring sekejap atas kali sambil fikir untuk tukar plan sebab tak jadi nak pergi pasar terapung.

Kecewa sangat tak dapat pergi Taling Chan Floating Market tu, salah tempat menunggu bas, pastu sakit perut macam nak mati. Itulah akibatnya tak preapare itirenary betul-betul, esok nak pergi malam nya baru nak cari info...kan dah salah...huhuhhu..pengajaran!

Kalau SS baca ni mesti kena kecam hehehehe...ye aaa buat itie tak finalize betul-betul..ahaksss!

*********Intermediate***********

Siapa masih ingat lagi JM ada buat trip overland Thailand dari 17 - 25 Dis 2015, hari terakhir di Bangkok pada 25 Dis tu JM nekad nak pergi Taling Chan Floating Market ni sebab tak dapat pergi pada bulan Julai yang lalu.

How to get there:

Kali ni JM tunggu bas di tempat yang betul, dari stesen BTS Ratchatewi exit 3, ambil arah ke Masjid Darul Aman, jangan cross jalan, jalan je terus ke hadapan sehingga jumpa bangunan DIAMOND di sebelah kiri, tunggu bas No 79 kat depan bangunan tu. Memang tak ada proper tempat menunggu, jangan risau bas No 79 akan berhenti di situ. (rujuk map kat atas tu)

Bila naik bas, cakap kat konduktor bas nak ke Taling Chan, bayar tambang tapi JM tak ingat berapa harga tambang tapi tak mahal pun.

Opening Hours: 09:00 - 17:00 (weekends only - Saturday & Sunday)

Duduk lah diam-diam dalam bas tu, kalau tak tahu nak turun kat mana, cakap kat konduktor minta dia alarm bila dah sampai. Tak perlu risau sebab kebanyakan yang naik bas tu akan turun di Taling Chan.

Taling Chang Market ni terletak di simpag tiga tau, so bila sampai ke penghujung jalan ada simpang tiga, konduktor bas kan jerit Taling Chan! Taling Chan! haaaa turun situ.

Bila dah turun bas tu, jalan ke depan sikit hingga sampai simpang tiga masuk ke kiri...

Welcome to Taling Chan Market
Market ni kecik..boleh la
Satu-satu kedai makanan HALAL di Taling Chan, jual Noodle Soup
Order ikan bakar dan Noodle Soup, dua-dua sedap. Ikan bakar tu fresh..isi manis...adeh!! kalau ke Bangkok lagi nak cari ikan bakar ni.
PUAS hati akhir nya dapat jejak kaki ke Taling Chan Floating Market. Tak dapat pegi semasa trip bulan 7 2015, JM ganti dalam trip Dis 2015.

Nak tahu ke mana JM selepas memerut? tunggu next entri eh....


Wordless Wednesday : Menari Tango ke ni?

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,

Entri kurang kata-kata

Cuba tengok gambar di bawah...Apalah dua orang gadis tu buat eh..menari tango ke? hihih

Sambung ayat ni : JM dan HH.................

Ayat yang paling menepati  will get something from JM after come back from this coming trip :-)

JM dan HH..................................

Taman Negara Tanjung Piai Titik Hujung Benua Asia

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Nampak tak? nampak tak?...bukan gadis bertopi tu...tapi globe tu..itulah tanda korang dah berada di hujung dunia..keh keh keh...hujung Benua!!!!

Siapa pernah sampai sini angkat tangan...siapa yang belum jejak kaki ke sini, cepat angkat kunci! heeeeee.....

JM pun kalau tak kerana SS dan HH, jangan mimpi lah leh sampai sini...mungkin dalam mimpi je kot!

Terima kasih buat SS dan HH bawak JM ke sini, drive almost 1 jam 30 minit.

Penghujung Selatan Tanah Besar Asia, Tanjung Piai Pontian, Johor
Kalau nak tahu kisah trip JM ke Tanjung Piai, boleh baca entri ni Hingga Ke Hujung Benua With Jari Manis

Setiap kali ada trip JM akan bawak bersama reader blog yang tersenarai dalam Top Komentar sebagai penghargaan. Bagi Top Komentar OGOS, JM bawak korang ke sini..terima kasih kerana sentiasa memeriahkan blog picisan ni.

Tanpa reader yang setia siapalah JM di sini sob sob sob!

Ku akan setia bersamamu hingga hujung nyawa ehhh hujung benua heeeee

Mari kita tengok siapa yang kenaaaaaaaaaa!!!


Top 1 - Scdha Sein (37)
Top 2 - Farrah MF (37)
Top 3 - Pha Is (24)
Top 4 - ArZ MoHa (16)
Top 5 - Cik Ash (15)
Top 6 - Cik Bunga (15)
Top 7- Siti Nurzafirah (10)
Top 8 - Yana TKK (9)
Top 9 - Azaleana (8)
Top 10 - Nia Izzaty (8)
Kepada semua top comment, JM masih 'hutang' ole-ole untuk korang, JM tengah kumpul dan akan pos secara pukal pada penghujung tahun nanti.

Kalau tak salah, top comment dari bulan Jun belum terima lagi kan? Tak pe nanti JM semak semula...

**Tak susah nak masuk list top komen blog JM ni sebab entri ciput jek sebulan...heeeee....

Bagi top komen September, JM akan bawak ke tempat yang lebih jauh...tunggu!!!

Adios!!!

Top Komen September di Kebun Raya Bogor, Bogor

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


JM is BACK!!!

Baru balik bercuti dari Jakarta, Indonesia (07 Oktober - 10 Oktober 2016).

Badan masih lemah sebab kurang rehat terus masuk kerja.

Kami sempat terjah Pasar Tanah Abang, Kebun Raya Bogor, Taman Topi, Monumen Nasional (Monas), Kota Tua, Toko Minyak Wangi dan Mangga Dua.

Ini adalah trip kali kedua JM ke Jakarta dan banyak kelainan dari trip yang pertama dulu. Tip kali ni sangat best sebab dapat travel bersama SS dan HH, pastu dapat borong banyak barang untuk reward kepada diri sendiri di Tanah Abang dan Toko Minyak Wangi.

Ada detik seram apabila kami berdua dah tidur tinggal HH sorang tengah baring baru nk baca doa sebelum tidur, lampu tidur di tutup oleh 'orang lain' 2 kali...kemudian 'org lain' tu main suis aircond pulak!! nak tahu kisah seram ni..nantikan cerita detail dari blog SS...heeeee (JM ngelat!)

Cerita penuh trip ke Jakarta?  hehehehe...JM tak boleh nak janji bila akan update.

Berbasikal di Kebun Raya Bogor
We are here - kasut siapa yang paling comel hehehe
Ini adalah entri pendek, entri penghargaan kepada Top Komentar September 2016

Hanya 9 orang sahaja terpilih sebab Top Komen Sept heeeee..boleh camtu?

Sebagai penghargaan, JM bawa bersama semua 9 orang komentar yang rajin tinggalkan jejak di ruang komen ke Istana Bogor di Kebun Raya Bogor.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa memeriahkan blog JM yang sendu, tidak lupa juga kepada yang tidak termasuk di dalam list top komen, JM hargai kunjungan kalian, kunjungan akan di balas.

Top 1 - SS (116 Komen), SS sentiasa di hati JM heeee
Top 2 - Pha Is (109 Komen) , Pha Is semakin mengaum sekarang..takut hihihi
Top 3 - Cik Bunga (36 Komen) , Cik Bunga terus naik ke Ranking no 3...terima kasih CB
Top 4 - Arz MoHa (25 komen) , ArZ masih kekalkan kedudukan di dalam list...terima kasih
Top 5 - Cik Ash (11 Komen) , Cik Ash juga sentiasa setiasa setia bersama sis JM..terima kasih
Top 6 - Nia (10 Komen) , Nia dah mula masuk dalam list top komen..senang kan nak masuk list..entri ciput hehehe
Top 7 - Farrah MF (8 Komen) , Cikgu Ceketed sangat sibuk bulan ni dengan kerja-kerja beliau, kerja perpindahan lagi tetapi dalam masa yang sama masih boleh maintain masuk list Top Komen sis JM..terima kasih..muah!!
Top 8 - Mummy Julia (8 Komen) , terima kasih juga buat Mummy kerana sudah beberapa bulan berapa dalam list top komen..minta maaf ye lama tak terjah story Mummy
Top 9 - Huda CML (7 Komen) , Cik Huda CML...terima kasih juga kerana masih setia bersama sis JM....jangan suka merajuk tau ;p
Dalam trip akan datang, JM akan bawa reader yang paling setia, sentiasa masuk list top komen setiap bulan dari Jan - Sept 2016 sahaja ke tempat yang lebih jauh dan sejuk...In Sha Allah...tunggu!!!

Terima kasih sekali lagi buat semua yang rajin berkunjung ke blog ni..Love uols!! Peace no War heeee..

Mohon maaf kerana ada beberapa komen yang belum di balas, akan di balas bila ada kelapangan nanti.

Jumpa lagi!!!!!

Permohonan Visa ke China : LULUS!!!!!

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,

Kenapa JM letak tajuk entri seperti itu?

Visa China LULUS!!!
Sebab ada kes permohonan Visa ke China diTOLAK...diulangi...permohonan Visa ke China diTOLAK selepas beberapa kali submit permohonan.

YES! kalau ingin masuk ke Negara China perlu ada VISA! 

Part paling risau adalah samada permohonan Visa LULUS atau TOLAK..

Alhamdulillah permohonan yang JM submit minggu lepas LULUS!!!! Mohon sendiri di pejabat Chinese Visa Application Service Center.

Peringatan buat diri sendiri juga, bukan mudah nak dapatkan kelulusan Visa ke China.

Kenapa permohonan diTOLAK? perkara ini terjadi ke atas rakan blogger JM yang di kenali sebagai "Mak" bukan nama sebenar seorang penulis blog Lonesome Traveller.

JM terbaca entri beliau Visa China diTOLAK selepas beberapa kali submit dan kemaskini dokumen yang diperlukan tetapi still REJECT oleh pihak Kedutaan China katanya (merujuk kepada Chinese Visa Service Center Kuala Lumpur).

Beliau membuat permohonan Visa melalui Agen kerana menetap di Kedah, jadinya takkan nak datang KL semata-mata nak apply Visa kan, so buat lah melalui Agen. 

Bagi JM lah kan, alasan yang di berikan oleh Agen tu tidak munasabah sebab waktu JM submit sendiri form tu tiada langsung syarat perlu submit semua passport terdahulu, pastu di kaitkan dengan masalah Virus Zika, gambar tidak menepati saiz sebab semua tu karut.

Jika ingin tahu cerita lebih lanjut baca kat sini Visa China diTOLAK. Memang tragis, siapa tak frust kalau semua preaparation dah siap, tiket flight dah beli tetapi dek kerana Visa tak LULUS semua BURN!!!!!!!

Kalau Mak baca entri ni, JM amat-amat simpati dengan apa yang berlaku, JM harap Mak dapat bersabar, siapa yang tak bengang kalau berada di situasi Mak tu...Allah sahaja yang tahu...

Ikuti pengalaman JM memohon Visa ke China.  

Sediakan dahulu dokumen-dokumen berikut sebelum submit Application Form :

1. Passport original (tamat tempoh mesti melebihi 15 bulan)
2. Salinan passport muka hadapan (ada gambar)
3. Bukti pembelian tiket atau Flight Ticket Booking
4. Hotel Booking
5. Sediakan 2 keping gambar latar belakang putih (kalau pergi kedai gambar, cakap nak ambik gambar buat Visa China).

Bila dah sediakan semua dokumen di atas :

1. Pergi ke Pejabat Chinese Visa Application Service Center.

Nah! JM share direction..kalau sesat lagi tak tahu lah

Level 5 & 6, Hampshire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur

Operating Hours :
Monday - Friday (closed on public holiday)
Submission Form (09.00 am - 0.300 pm)
Collection Visa (09.00 am - 04.00 pm)

2. Pergi ke Level 5 jika permohonan oleh Individu dan sila ke Level 6 jika permohonan melalui Agen.
3. Isi borang permohonan, boleh dapatkan di kaunter semak atau di meja tempat mengisi borang.
3. Terdapat meja untuk mengisi borang dan contoh mengisi borang dengan betul.
4. Bagi borang yang telah lengkap diisi, kepilkan bersama dokumen yang yang disenaraikan tadi.
5. Beratur untuk semak borang dan dokumen, sekiranya lengkap, petugas kaunter berikan nombor menunggu untuk submit borang.
6. Tunggu sehingga no di panggil, selesai submit borang di kaunter penyerahan, kerani kaunter akan berikan notis tarikh kutipan Visa.
8. Visa akan siap dalam masa 4 hari bekerja, bermakna hari ke empat boleh pergi ambil Visa.
9. Buat collection Visa di Level 6.

Nota penting :

1. Datang awal untuk elak dari menunggu lama.  
2. Sediakan dokumen yang di perlukan dengan lengkap. Jika tiada salinan passport, salinan tiket penerbangan dan salinan booking hotel, perkhidmatan tersebut disediakan tetapi akan dikenakan bayaran.

- Fotokopi passport : 20 sen sekeping
- Cetakan tiket penerbangan atau tempahan hotel : RM 2.00 sekeping

Kaunter semak borang permohonan dan dokumen 
Waktu JM pergi buat Visa hari tu, memang ramai sedang beratur di kaunter untuk semak borang. Masing-masing dah siap isi borang, JM plak tertanya-tanya kat mana nak ambik borang tu, tanya security yang bertugas, dia terus berikan borang untuk diisi.

Contoh borang yang telah diisi dengan betul
Tengok je contoh cara mengisi borang dengan betul di tempat yang disediakan, bila dah siap isi sila lah beratur. Semasa beratur tu, JM perasan ada beberapa orang di depan JM pegang 2,3 keping passport tau, baru JM ingat, SS dah pesan, nanti nak buat passport, bawak semua passport yang lama juga...LUPA!!!

Adeh!!! memang cuak dah time tu, kalau lah dia nak passport lama, nampak nya JM tak boleh nak submit form hari ni, kena datang balik..tapi tawakal je lah..beratur dulu...sambil tu memang berzikir je tau dalam hati tu...minta Allah permudahkan urusan.

Bila sampai turn, JM pun hulurkan lah form dan dokumen yang diperlukan...bila petugas kaunter tu semak, dia tak minta pun passport lama, hanya ambil passport terkini sahaja. Syukur!!!!

Petugas kaunter akan berikan no giliran untuk ke kaunter proses sekiranya borang dan dokumen lengkap
Jika terlupa bawa flight booking ticket atau hotel booking boleh cetak di sini dikenakan bayaran RM2.00 sekeping
Perkhidmatan mesi fotokopi juga disediakan dengan bayaran 20 sen sekeping. Gambar blur sebab risau kena marah dengan security
Kemudian baru dapat nombor untuk ke kaunter proses, agak lama menunggu hampir satu jam. Semasa di kaunter proses staff tu semak lagi dokumen yang dikepilkan pastu dia cakap "I accept your form" Fuhhhhh! lega!!!!

Kaunter proses untuk submit form dan dokumen
Selepas submit dan tiada masalah atau query, kaunter proses akan berikan Pickup Form yang terteta tarikh kutipan Visa
Pada hari ke empat datang semula ke Visa Service Center untuk buat collection Visa. Terus sahaja ke level 6, ambil no giliran, tunggu sehingga nombor dipanggil ke kaunter bayaran. Jangan lupa ye bawa bersama RM88.30  Visa for Single Entri.

Selesai bayar terus ke kaunter sebelah untuk collect passport yang ada printed Visa. Semak terlebih dahulu sebelum tinggalkan kaunter. SELESAI!

VISA Approved! Alhamdulillah!

Total cost penyediaan Visa

Hari submit :

1. Putrajaya Central ke KL Central (return) : RM28.00
2. KL Central ke Ampang Park (return) : RM5.40

Hari Collect :

1. Putrajaya Central ke KL Central (return) : RM28.00
2. KL Central ke Ampang Park (return) : RM5.40

Visa Fee for Single Entry : RM88.30

Total keseluruhan RM155.10

Itu belum sampai ke China lagi...bertabahlah demi keriangan berganda..ahaksss

Semoga entri ini dapat membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat permohonan Visa ke China.

Adios!

Teaser : Trip ke Hangzhou, Shanghai, Suzhou dan Wuxi, China

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,

Holla!!! Lama tak update blog

Entri teaser ni JM nak share tempat-tempat yang sempat kami terjah selama 7 hari di sana. Ada beberapa tempat perlu di 'cancel' sebab hujan sepanjang hari. Nak bergambar pun pegang payung ke sana ke mari. Adeh!

Trip yang penuh Drama dan Air Mata...tak percaya tengok ni...

Menangis di depan kedai beg..kenapa JM nanges..kalau nak tahu wajib follow entri trip China ni
JM tidak pergi berseorangan tetapi berteman...teman travel yang susah, senang dan gembira bersama..sayang korang dua ketat-ketat! Muah!!

Kenal tak ni heeeee
Lama betul nak habiskan entri travel, belum khatam entri Bangkok dah ada trip ke Jakarta dan China. JM masih lagi hutang entri Krabi, Phuket, Overland Thailand, India, Seoul, Hatyai, Lombok, Phonm Penh...Adeh! Bila nak start ni.

Komen dari kawan-kawan pun belum sempat reply apatah lagi blog walking buat kunjungan balas huhuhuh. Harap kawan-kawan faham dan JM akan buat semua tu step by step eh. JM tak pernah lupa kawan-kawan yang datang berkunjung ke sini.

Ahakssss! Cukup lah sikit luahan perasaan tu bukan orang baca pun keh keh keh.


Mesti ramai tahu JM apply Visa untuk ke China, boleh baca kat sini Permohonan Visa ke China Lulus. Risau jugak tau sebab nak apply Visa ke China sekarang agak susah nak lulus tapi bila dah lulus rasa nak cium ibu kaki ahahaah. Sujud syukur uolssss.

Negara China ni besar, setiap region ada tempat menarik tersendiri memang sangat sesuai untuk kaki travel terutama yang suka sightseeing. Bukan itu je, syurga shopping jugak tau, harga barang kat China MURAH sangat-sangat. Seyes JM tak tipu. Itu sebab ramai pemborong pergi Guangzhou borong kain, tshirt, kasut, barang letrik dan pelbagai barang lagi sebab MURAH. Kalau yang jenis pandai bargain tu memang heaven lah.

Ini bukan trip kali pertama JM ke China tau sebab first trip JM ke luar negara adalah Beijing dan Tianjin pada tahun 2012 itupun pergi dengan agen bayar RM1000 all in bawak duit shopping je. Balik je dari trip ni minat travel tu tak boleh nak di bendung lagi. Bila Air Asia buat sale je mesti cari destinasi yang di tawarkan harga tiket murah.

So until now setiap tahun mesti ada trip walaupun hanya dalam negara. Bila dapat travel ni ya Allah nikmatnya, bahagianya bila dapat lihat ciptaan Allah yang cantik dan luas terbentang, dapat lihat budaya hidup orang kat sana, kemajuan dan kemiskinan negara yang di kunjungi, boleh beli ole-ole buat saudara mara dan kawan-kawan...memang tak rugilah!

Adeh! Ginilah kalau dah start taip membebel je panjang heheheehe

Untuk negara China ni, JM baru jejak kaki ke Beijing, Tianjin, Guilin, Guangzhou, Shenzen, Hangzhou, Shanghai, Suzhou dan Wuxi.

Kalau ada rezeki nak pergi sampai ke Hunnan, Kunming, Harbin, Chongqing, Xian (kenyit mata kat SS minta dia jadi tour guide keh keh keh) dan banyak lagi.

Tapi bagi certain person negara China ni antara negara yang tak termasuk dalam list untuk travel, ada pulak tu sebut je travel ke China, tak sabar - sabar minta JM update sebab dia minat story about China ni. Ahakss! Taste dan minat setiap orang kan tak sama. Cuma satu je lah kena hadap kalau ke China ni....toilet KOTOR, bau hancing, ada tahik kat mangkuk tandas sebab flush rosak. Banyak kali JM tengok semasa trip baru baru ni. Pastu asyik terpandang orang korek hidung pastu main jentik jek! Ada tu dah korek tak leh jentik dia main kesat jek kat dinding kah kah kah.

Cite pasal korek hidung tu nanti JM share detail dalam full entri ni baru TEASER kah kah kah.

Satu lagi peringatan juga buat diri sendiri to make sure kalau nak buat trip ke negara 4 musim ni pastikan check dulu musim dan suhu jangan jadi seperti kami pergi musim Summer ko! Panas dan hujan seharian pastu JM lak beriya bawak kasut boot berbulu ko, thermal dan spring coat bagai, ingatkan Autumn! Hampeh! Bodoh tul! Kalau nak tahu tahap kebodohan tu boleh baca kat blog SS heheheehe.

Adeh!!!!

Jom tengok senarai tempat yang sempat kami terjah dalam cuaca yang sendu ni.

List Attraction at Hangzhou

1. West Lake
2. Hefang Street
3. Grand Canal
4. Phoenix Mosque
5. Three Pools Mirroring Moon - setiap kali tengok gambar ni mesti nak gelak adeh!!! Kredit to SS
List Attraction at Shanghai

1. Yuyuan Garden
2. The Bund
3. Pudong Mosque
4. Fuyou Mosque under construction
5. Shopping at AP Plaza
6. Shopping at Xinyang Fashion & Gifts Market 
7. Tempat menjadi tumpuan lokasi pengambaran - Doulu Street
8. Nanjing Street
9. Tabao Market
10. Oriental Pearl Tower  
List Attraction at Suzhou

1. Tongli Water Town Suzhou
2. Shilu Pedestrian Street
3. Taipingfang Mosque
List Attraction at Wuxi

1. Three Kingdoms City
2. Water Margin City
Bukan itu je......ada juga tempat shopping yang sangat heaven tetapi untuk tempat shopping ni JM akan share dalam entri berasingan. Sebab apa heaven? Murah bafuck ahaahah pinjam perkataan ni dari SS. Bayangkan eh shawl lebar dan besar jenama LV, Dior, Burbuerry 10 yuan sepasang lebih kurang RM6 pastu winter coat harga 400 yuan bila pandai bargain leh dapat 100 yuan atau RM60. Biasa orang share shopping di Yuyuan Garden kan? Tapi ada tempat lain lagi best orang tak tahu. So kalau nak tahu kena tunggu entri dari JM eh.

bersambung!!!!

SETIA mu.... ku masih DI SINI

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat reader blog JM,


Layan dulu gambar- gambar ni...cantik bukan? lokasi di kawasan luar Yuyuan Garden, Hangzhou.

Yuyuan Garden, Hangzhou
SETIA mu.... ku masih DI SINI..

JM merasakan inilah tajuk entri yang paling sesuai 'to express my feel right now'..syukur sangat ada kawan - kawan blogger yang setia bersama blog Jari Manis Travel List ni..RAMAI!!! sangat ramai, tak terbalas komen dan blog walking balas kunjungan.

Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen, masuk list atau tidak..JM tidak pernah lupakan korang.

Tapi....trip baru-baru ni JM hanya mampu bawa beberapa orang sahaja jalan-jalan ke Yuyuan Garden, Hangzhou..

*****Top Komen paling SETIA*****

Ada tiga orang blogger yang paling SETIA..tidak pernah missed..sentiasa masuk List Top Comment setiap bulan....di ulang! setiap bulan dari Jan - September 2016....JM pun tak mampu tau nak kekal dalam list...mereka memang HEBAT! Nak tahu? 


SS..my sweetheart! sentiasa menemani JM, sentiasa kekal dalam carta di tempat pertama dari Jan - September 2016
Istimewa juga buat Cikgu Ceketed tidak pernah missed masuk carta top komen setiap bulan
Cik Ash or Ekin - percaya atau tidak..Ekin juga antara blogger yang rajin meninggalkan setia entri JM setiap bulan dan sentiasa masuk top komen
Terima kasih buat SS, Cikgu Ceketed dan Ekin di atas kesetian kalian bersama JM selama ini. Sayang korang ketat-ketat hehehe. 


*****Rakan blogger yang SETIA*****

Ini pula senarai rakan blogger yang masih setia bersama JM, tinggalkan komen dalam setiap entri walaupun mereka tidak berjaya masuk ke dalam top list setiap bulan

Kak Nieda - baru graduate dari USM..tahniah akak!
Mak! jangan kecewa Mak kerana Visa mu di TOLAK masih ada peluang
Zarul Farhana
Tidak lupa juga buat mereka yang masuk top list tetapi tenggelam timbul hehehe. 

Huda - jiran yang belum pernah berjumpa hehehe
Yana TKK - dah lama menyepi
Abe MKL - Kaki Travel


*****Berpuluh komen dalam satu entri*****


Pha Is yang lebih sinonim dengan kekasih hati bertudung biru
Cik Bunga a.k.a Cik Tim
Mereka berdua lebih sesuai di gelar Jejari Pantas sebab sejak sebulan dua ni mereka telah tinggalkan berpuluh komen dalam 1 entri...hebat tak? JM memang surrender..tak mampu ko nak buat mamca tu! Terima kasih buat Pha Is dan Cik Bunga kerana sentiasa memeriahkan blog JM

Ingat ye..JM pernah berjanji akan beri ole-ole sebagai penghargaan buat mereka yang telah masuk dalam list top komen dari Julai - Oktober 2016. In sha Allah coming soon!

Terima kasih semua..muah! muah! muah!

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua rakan reader blog JM,

Dap dig dug..dap dig dug...berdebar di dalam dada..ehh..kenapa tetiba Haiza plak menyanyi kat sini hihih...Ahakss..ye lahh...pertama kali nak buat GA...entah ada orang beminat join ke tidak..seram kot! hihih

Semasa trip ke Shanghai bulan lepas, SS ada bincang dengan JM.."nak tak kita buat GA, kita bagi Fridget Magnet Shanghai ni. Kita bagi dulu kepada 10 Pemenang, kalau penyertaan menggalakkan, kita tambah bilangan hadiah tu"

JM setuju dengan cadangan SS tu sebab FM Shanghai ni serious cakap sangat cantik, berkualiti, besar dan berkilat.

Ha..berminat ke tidak..rugi tau kalau tak join sebab ini julung-julung kalinya GA yang di anjurkan oleh 2 orang blogger Wa Ah Kak dan JM Rerupis ni....kah kah kah...sila jangan kecam kami!

Shanghai Fridge Magnet Giveaway akan berlangsung selama sebulan dari 07 November 2016 hingga 07 Disember 2016.

Banner Shanghai Giveaway

Bagaimana nak join GA ni? mudah aje!


SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :


1. WAJIB FOLLOW blog Jari Manis : Travel List  dan Scdha Sein Photo And Travel .

2. BUAT dan PUBLISH satu entri bertajuk 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'.

3. TAMPAL BANNER penyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.

4. TAGsekurang-kurangnya seorang rakan blogger atau lebih.

5. JANGAN LUPA tinggalkan tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.

6. Nota Penting : Pastikan follow syarat 1 -5. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, penglibatan TERBATAL.



INGAT!!!! Tempoh penyertaan dari "07 November 2016 hingga 07 Disember 2016 sahaja".

Pemilihan pemenang akan dibuat melalui random number service Random.org. 


Jadi hanya sesiapa yang bertuah sahaja akan dapat 10 hadiah yang di tawarkan, kalau nak tahu BERTUAH ke TIDAK, cuba lah dulu tak rugi pun heeee.

JM ucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang sudi join GA ini. Sokongan kalian amat di hargai. "We as a blogger we support eachother".

***************************************

Senarai peserta 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel'

01. http://nayfatimahrasyid.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
02. http://mommycici.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
03. http://www.kisahsidairy.com/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
04. http://hati-dan-bicaranya.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
05. http://azaleania.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
06. http://theathra.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
07. http://www.leaazleeya.com/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
08. http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
09. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
10. http://realsviors.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
11. http://anzrarizalbuddy.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
12. http://syidamenulis.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
13. http://thezofiroh.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
14. http://adna2029.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
15. http://izzeyda.blogspot.com/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
16. http://galeriduniaku.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
17. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
18. http://mazuriah.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari_44.html
19. http://akulengluigojes.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
20. http://irdagarmin.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
21. http://cempakabiru-nieda.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
22. http://akuseorangkaunselor.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
23.
24.
25.

Entri pendek : Pengalaman penskaleran gigi

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat reader blog JM 😍,

Ya Allah..lama betul tak update blog..hari-hari bukak blog tapi blog orang lain bukan blog sendiri 😄😄😄

Bila baca blog SS, ada features baru dalam blogspot ni iaitu EMOJI..alaaa icon yang biasa kita guna dalam whatsapp tu...jadinya JM excited lah nak apply dalam blog. 

Waktu draft entri, icon emoji tu terletak di antara "Insert a video" dan "Insert jump break"..ha klik situ dan pilih emoji...kacang jek!

Ishhhh rasa seronok pulak nak insert emoji ni..nah!!! 💓💕💖👀😚😝😋😍 hihihih..JM gian!

Kepada yang belum JOIN GA dari JM dan SS boleh klik banner di bawah...last date on 7 Disember 2016. Tak rugi tau join GA ni leh tambah kenalan dan follower..percayalah..Page View (PV) pun akan meningkat 😆

 http://jarimanistravel.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
Klik banner untuk JOIN
Sebenarnya bukan nak share pasal Emoji tapi JM nak kongsi pengalaman penskaleran gigi. 

Beberapa bulan lepas JM pergi klinik gigi waktu petang jam 2.30 petang kalau tak salah. Selepas daftar, dapat no tunggu sehingga no di panggil. Bila masuk bilik rawatan jumpa doktor tu cakap, kalau awak datang petang tak boleh buat rawatan hanya boleh check je..JM pun okey je lah..pas check doktor tu cakap seeloknya datang pagi untuk buat scaling atau tampal.

Maaf ye entri ni tiada gambar sebab JM pergi klinik sensorang...dan entri yang tiada kaitan dengan TRAVEL...

Jadinya pagi tadi JM pergi klinik gigi tujuan tu nak buat scaling gigi atau penskaleran. Tahu tak pe kebenda penskaleran tu 😜. Bahasa mudah penskaleran tu cuci gigi supaya bila senyum nampak berseri mcm ni 😬😁😆.

Sampai je klinik terus ke kaunter untuk daftar, selepas dapat no giliran tunggu lagi sehingga no dipanggil. Lebih kurang 10min macam tu tunggu, no dan nama terpapar kat skrin untuk masuk bilik no 38.


Tolak pintu masuk je, seorang dentist lelaki duduk atas kerusi menghadap komputer sambil berkata :

Dentist : Assalamualaikum puan, minta letak beg atas meja ni

JM : Waalaikumussalam. Jap eh (sambil masukkan handphone dalam beg) . JM pun letak lah beg atas meja seperti diminta.

Dentist : Puan nak buat apa?

JM : Saya nak scaling gigi

Dentist : Kenapa puan nak scaling gigi?

JM : dlm hati berbisik "eh dr gigi ni...aku nak scaling gigi boleh ko tanya kenapa? I bukan datang interbiuw nak ada soal jawab macam ni...datang nak cuci gigi pun perlu ada sebab ke? Macam nak tanya balik dr gigi tu...Dr cuci baju sebab apa eh? Kenapa nak cuci baju? Macam bodoh tak soalan tu...tapi tak jawab macam tu just senyum je lahhhhh hati memang sakit!

JM jawab begini : saya berus gigi tapi rasa tak bersih

Sebenarnya kalau ikutkan hati nak jawab begini :

1. Ikut suka saya lah nak scaling ke nak cabut ke nak tampal ke kenapa Doktor perlu tahu 😜 Takut nak jawab macam tu nanti tak memasal dia buat lebih kurang padan muka 😅

2. Tak pun nak jawab macam ni : mulut saya berbau doktor...bila bercakap dengan orang jauh sebatu orang dah tutup hidung 😂😜 ngok!

3. Plak dan najis kat gigi saya ni dah tebal 3 inci sama tinggi dengan tumit kasut saya ni jadinya better saya datang buat  scaling sebelum orang pitam bila saya bukak mulut kah kah kah nak sangat kan tanya mcm tu 😂😂😂

4. Atau nak buat scaling gigi mesti bersebab ker Doktor? Saya bukan sesaja datang..seumur hidup saya belum pernah datang cuci gigi tau 🙈

Kalau korang di tempat JM lah kan...korang nak jawab macam mana. Bila Doktor gigi tanya macam tu...

Okey balik conservation kami..

Dentist : Puan minta baring atas kerusi tu ye

JM : baring seperti diarahkan...pastu dia tanya lagi...

Doktor : Bila kali terakhir puan datang buat scaling ni?

JM : Seumur hidup saya...ini kali ketiga saya  datang klinik gigi tapi kali pertama buat scaling. Kali pertama waktu sekolah rendah pergi klinik gigi sebab nak cabut gigi dan kali kedua pergi nak tampal gigi. Kalau Doktor nak tahu dulu waktu sekolah rendah saya menang pertandingan gigi cantik tau tempat kedua, tempat pertama adik saya (yang ni JM cakap dalam hati je😂)

Bila JM jawab kali pertama buat scaling dalam seumur hidup dia terus diam

Dentist : puan buka mulut luas sikit...puan kena tahan sikit ye sebab nanti akan rasa ngilu...

Buka je mulut, lampu kat depan mata, JM terus pejam mata pastu Doktor mula proses mencuci dan korek plak dan karat yang melekat pasa gusi dan gigi. Ya Allah ngilunya gigi tapi tahan je dengan sabar beberapa kali telan air liur....tak sakit tapi ngilu bila dia korek pastu bunyi alat untik cuci tu..adeh!

Dentist : Bukak mulut luas sikit lagi puan

JM : bukak lagi mulut tapi sakit kat rahang....mcm nak cakap je kat doktor...saya bukan mulut buaya doktor ahaahah....😜😜😜

Tak sampai 30 min doktor suruh berkumur...bila kumur je banyak nye darah! Adeh! Pastu doktor cakap dah siap...JM pun rasa gigi dengan lidah....wahh!!! Dah bersih sambil cakap terima kasih kat Doktor tu terus blah! Tapi sebelum tu dia sempat pesan.

Dentist : Nanti bila puan free datang lagi untuk buat tampalan ye..ada beberapa batang gigi perlu di tampal tapi lubang nya kecik je

JM : Baik doktor....terima kasih 😬 Senyum sambil menampakkn gigi yang dah bersih

Ahaaaa..kawan2, korang pernah cuci gigi tak? Kalau tak pernah, JM nasihat baik pergi buat...tambah kerja doktor gigi tu 😂

Sebaik-baiknya cuci gigi setahun sekali kalau rajin 6 bulan sekali sebab kita ni suka makan makanan yang bergula, manis, bercoklat, minum teh tarik la, nescafe la jadinya manisan tu mudah melekat di gigi dan lama kelamaan ia menjadi plak gigi.

Jadi nasihat dari JM, cari masa untuk pergi dapatkan rawatan gigi, pergi dulu klinik gigi dan minta doktor check sama ada perlu scaling, tampal atau cabut.

Tip penjagaan gigi dari JM :

1. Kurangkan pengambilan minuman bergas dan bergula termasuk susu contoh nya kopi panas, teh tarik, nescafe tarik

2. Banyak minum air kosong atau air mineral setiap kali selepas makan. Kita biasa minum air berais selepas makan betul? Teh ais la..nescafe ais..milo ais laaa...untuk dapatkan gigi yang sihat...kurangkan minum minuman sejuk atau kalau boleh avoid terus

3. Amalkan setiap kali selepas makan pagi, tengahari atau malam...kumur mulut dengan air kosong

4. Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari

5. Gosok gigi sebelum masuk tidur.....selepas gosok gigi kumur dengan air garam atau listerine untuk nafas yang lebih segar

Kalau kawan-kawan ada tip yang lain boleh kongsi di ruangan komen ye....

So sekarang JM boleh senyum dengan lebih lebar...gigi dah bersih dan mulut pun berbau harum 😬😬😬😁😅

Tu je nak cite....entri shopping best di Shanghai masih dalam draft...tunggu! 😝

Shopping Murah di Shanghai - Yuyuan Street

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 😙,


Kepada yang belum JOIN GA dari JM dan SS boleh klik banner di bawah...last date on 7 Disember 2016. Tak rugi tau join GA ni leh tambah kenalan dan follower..percayalah..Page View (PV) pun akan meningkat 😆

 http://jarimanistravel.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
Jangan menyesal nanti kalau tak join😀😁😂 
Ya Allah..lama betul tak update blog..hari-hari bukak blog tapi blog orang lain bukan blog sendiri 😄😄😄

Jeles tengok 'orang tu' update blog seminggu 2,3 entri ko!...kalau nak di bandingkan dengan JM..sebulan 2,3 entri....Adei!!! lelama bungkus la blog ni 😠


Siapa suka shopping? angkat kasi nampak ketiak busuk tu 😃

YES! kalau nak tahu..JM ni kalau travel luar negara suka cari barang atau ole-ole untuk kawan-kawan tau, kurang beli untuk reward pada diri sendiri.

Sejak keluar travel dengan SS ni...JM kena 'brain wash' dia beri sedikit kesedaran...😂Ole-ole untuk kawan-kawan tidak pernah dilupa cuma beli lebih untuk diri sendiri.

Jadi semasa plan trip ke Hangzhou - Shanghai hari tu, kami senaraikan beberapa tempat shopping yang boleh dapat harga murah, tak perlu nak masuk mall pun...kat Malaysia pun banyak. Kita pergi Market dan kedai-kedai tepi jalan jek.

Kalau korang ke sana make sure masukkan tempat-tempat ni dalam itirenary tau :

1. Yuyuan Street
2. Tabao City
3. Xinyang Market
4. Nanjing Road
5. Hefang Street

Untuk entri kali ni JM share dulu tempat membeli belah di Yuyuan Street dan Fuyou Road yang terletak di luar kawasan Yuyuan Garden.

Tapi sebelum tu JM nak share dulu cara nak ke sini, mudah je :

1. Stop at Yuyuan Garden Station Line 10 (warna purple)
2. Ambil Exit 3
3. Cross jalan menghala ke arah Renaissance Shanghai Yu Garden Hotel.
4. Kemudian dari depan hotel tu jalan arah ke kiri hotel (kalau kita berdiri menghadap hotel)
5. Jalan dalam beberapa langkah sehingga sampai Fuyou Road
6. Dari Fuyou Road jalan terus ke hadapan sehingga jumpa Fuyou Mosque, Yuyuan Street dan Yuyuan Garden.  

Susah nak faham? okey..tengok map ni..gigih tak JM 😆

Kalau sesat lagi tak tahu lah!😁
Nah, JM kongsi panduan bergambar pulak..

Stop at Yuyuan Station Exit 3
Renaissance Shanghai Yu Garden Hotel terletak berhadapan Yuyuan Station Exit 3
Dari Renaissaine Shanghai Yu Garden Hotel tadi jalan arah ke kiri sehingga nampak Fuyou Road
Kawasan Fuyou Road dan Yuyuan Street memang ramai orang, jadi hati-hati dan jaga handbag terutama perempuan
Cuba teka siapa yang berbaju purple tu😆
Nampak tak tudung dan scarf tu 10 Yuan je anggaran dalam RM6
Jalan sehingga nampak bangunan 2 ekor naga nak cium ni, kiranya korang dah sampai ke Yuyuan Street area
Kat kawasan ni memang ramai orang, jadi pastikan handbag ke, bagpack ke tak kisah apa beg pun korang bawak..kepit kuat-kuat. Kalau bagpack tu letak di bahagian hadapan, senang citer tutup dada seksi atau dada sado korang tu 😛 Kalau bawak sling beg pun sama..tak kisah kat mana-mana pun kena hati-hati ye.

Kami ke sini hari pertama sampai di Shanghai sebelah petang, so plan nak solat di Fuyou Mosque tapi di tutup "under contruction". Waktu kami sampai tu memang ramai orang tapi susah nak jumpa orang dari Malaysia.

Bila sampai kat Fuyou Road ni memang heaven lah..kiri kanan jalan tu, ada jual macam-macam, dan orang yang paling happy semestinya HH..orang kedua happy JM lah...orang ketiga happy si SS...😁 Bila baca dalam blog SS, dia kan ada cite pasal HH ni...merajuk kalau tak dapat shopping...bila dah travel sama-sama baru tahu dan faham.

Serious cakap...sebelum ni JM kan travel dengan partner yang berbeza...bila travel dengan dorang berdua ni..FUHHHH...BEST GILA! sebab? si HH ni suka shopping..jadi bila sampai tempat shopping dia paling pakar bab survey kedai jual harga murah...dia cekap SCAN harga..kami ni follow je dari belakang nanti bila dia masuk je kedai tu..sah! harga barang dalam kedai tu MURAH! si HH ni pun BIJAK tawar harga tau...katakan JM suka satu barang, harga memang mencekik, so serah kepada HH untuk deal dengan penjual tu..dan YES..boleh dapat harga murah dan berbaloi. JM ni tak reti nak bargain..kalau bargain pun tak dapat yang kita nak....rupanya nak dapat harga yang kita nak tu perlu ada SKILL tau.

Lain plak dengan si SS ni..dia pakar dalam bab ambil gambar...dulu kalau JM travel dengan orang lain..kerap jugaklah minta partner travel tu snap pic sendiri ataupun sebaliknya...bila gambar yang di ambil tu tak memuaskan hati, kita plak disalahkan...TAPI travel dengan SS ni lain..ko tak perlu risau pasal picture..dia akan snap pic tanpa disuruh..cantik plak tu..lagi satu kelebihannya..SS ada GoPRO 😀 semua gambar cantik..apa lagi ko nak...

Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing itu sebab JM selesa travel bersama mereka berdua ni. (Puji kasi UP sikit....manalah tahu leh join travel ke tempat lain lagi 😁). Harap-harap dorang baca ayat ni..JM puji ikhlas ni 😁.

Jom ikut kami tengok apa yang ada di sekitar Yuyuan Street dan Fuyou Road ni.

Deretan kedai disepanjang Fuyou Road..cuba teka siapa yang berbaju purple tu 😋
Cuba tengok tudung, shawl dan skarf tu..10 yuan uolss lebih kurang RM6..tak rambang mata ke
Nanti korang akan nampak signboard seperti di bawah..just follow je sign. Yuyuan Street ni besar tau, pandai-pandai lah cari kedai dan barang yang korang minat. 

Just follow arah ke Yu Yuan Classical Street tu
Bangunan kedai di Yuyuan Street sangat klasik 
Ramai betul orang
Tengok tu semua barang 10 yuan atau RM6..tak teruja ke uolssss
Jom kita masuk!!!

Kedai souviner..FM sekeping 10 yuan dan 5 yuan bergantung kepada saiz dan jenis

Nak tahu tak hasil rembatan JM kat sini..

FM Shanghai sekeping 5 yuan, Cermin muka Shanghai 10 yuan satu, Sarung tisu 8 yuan setiap satu dan t-shirt 30 yuan sehelai
T-shirt Polo di Polo Village 39 yuan sehelai dan dompet jenama Polo 129 yuan
Termenung depan kedai mengira baki duit yang tinggal 😀
Kita sambung lagi shopping!

Nak tahu kenapa JM menangis?
NAK TAHU KENAPA JM MENANGIS? menangis di depan kedai beg seperti dalam gambar....pastu si SS ambik gambar muka tengah sedih 😜 

Ceritanya begini..JM dah lama cari bagpack sebab bagpack yang sedia ada tu tali dah putus....beli kat Malaysia tak sampai setahun pun guna..rosak! mula tu survey kat Tanah Abang, Jakarta..memang cantik dah berkenan tapi harga pulak agak mahal..Jadi SS cakap la kat JM..'kita tunggu beli kat China je lah ye..kat sana lagi banyak pilihan..murah lagi dari sini'..JM pun setuju lah...

Semasa jalan-jalan cari barang di Yuyuan Street ni, terjumpa lah kedai jual travel luggage dan bagpack. Kami pun tengok-tengok beg-beg tu dan mata tertumpu kat bagpack jenama Swissgear. Pegang sambil belek beg tu rasa berkenan di hati..SS dan HH pun cakap cantik. SS tanya JM..'nak tak?..JM pun jawab'kalau murah nak la'...

Bila cakap je nak..si HH ni terus guna skill menawar dia tu...'how much'sambil tunjuk bagpack yang JM tengah pegang tu. Perempuan yang jaga kedai tu tak faham pulak how much tu apa maksudnya..hadoilaaa..pastu HH buat isyarat minta kalkulator. Amoi tu tekan kalkulator tertera nilai 400 yuan....ishh mahal tu..kalau 400 yuan convert ke RM lebih kurang RM240..waktu kami tukar duit hari tu 100 yuan = RM61.45

HH minta harga 100 yuan kalau convert lebih kurang RM60 tapi Amoi tu pada awalnya tak bagi tau harga tu tapi dek kerana skill bargain HH tu...kami berjaya dapat harga 100 yuan..senyum lebar lah JM 😀. JM pun keluarkan lah dompet nak bayar, pastu HH cakap tak perlu bayar..SS yang bayarkan sebagai hadiah birthday in avanced...bila dengar je SS nak bayar, hati terus sebak, air mata dah keluar, sedih dalam gembira...terus peluk SS sambil cakap terima kasihhh....😢

Bagpack Swissgear, FM dan beg hello kitty pemberian dari SS, beg 3 set warna pink tu pemberian HH...muah 👄😍
Setiap orang ada cara dan tip tawar menawar yang berbeza...tetapi teknik yang kami gunakan seperti ni.

Sebagai contoh katalah barang kita nak tu harganya 500 yuan..terus mintak tawar 180 yuan atau seminimum yang mungkin! set range price yang kita mampu beli katakan dari 180 ke 250 yuan... Dari situ logiknya penjual of coz akan naikkan harga... Tak mungkin akan jadi lagi kurang dari 180 yuan jika starting bargain kita yang pertama dah 180 yuan... Penjual akan up up up hingga mungkin ke 250... Kalu lebih dari 250 baru blah ke kedai lain...

Contoh lain..kami bertiga minat nak beli winter coat tau..yang jenis bubble tu...bila tanya dia letak harga 400 yuan...tapi kami nak beli dengan harga 100 yuan je sepasang...agak-agak boleh dapat ke harga tu...memang mencuka lah muka Amoi yang jual tu.. dia tak boleh bagi harga tu, tak ada untung katanya...kami pun blah la..tapi dia panggil balik dan tanya 'what is your last price'..kami tegas kan jugak nak harga 100 yuan...dengan berat hati dan selepas beberapa kali di pujuk kami dapat winter coat bubble tu dengan harga 100 yuan = RM60....jangan mimpi nak dapat harga tu kalau beli kat Malaysia.

Kalau kawan-kawan ada cara lain untuk bargain boleh share di ruang komen ye.

Kami ingat barang-barang souviner kat sini dah murah tau tapi ada tempat lain lagi murah...agak frust di situ. Jadi kalau korang nak beli FM, T-Shirt, winter coat, spring coat or any types of souviner dengan harga bafuck murah dari Yuyuan Street..tunggu dalam next entry 😁

SENARAI PEMENANG BERTUAH : Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 😘


Yuhuuuuuuuuuuuuuu! berdebar tak bila baca tajuk entri ni..

SEBULAN ko! sebulan menunggu saat pengumuman SIAPAKAH PEMENANG yang BERTUAH!

Tapi sebelum tu JM nak ucapkan ribuan terima kasih kepada 103 orang blogger yang menyertai dan memeriahkan GA kami...jumlah penyertaan yang di luar jangkaan.

Sokongan kalian amat kami hargai. Pemilihan adalah melalui RANDOM.org dan tiada sesi pilih kasih, NO PESERTA yang di JANA...dialah pemenang...mereka memang BERTUAH!

Kalau tak ingat peserta yang ke berapa..boleh semak di sini Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein

BERITA BAIK 
Pada awalnya kami menyediakan hanya 10 hadiah FM kepada yang bertuah, tetapi selepas di ambil kira jumlah penyertaan yang menggalakkan, kami tambah lagi beberapa hadiah saguhati....

Hadiah dah ready...dapat je alamat daripada pemenang dah boleh pos
 Nak tahu siapa yang MENANG???

Sila klik sini Pemenang Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein

Kepada yang tidak berjaya jangan bersedih hati...jika anda adalah salah seorang Top Komentar blog JM dari Julai hinggga November...ada hadiah menanti kalian.....Gift sebagai tanda penghargaan support my blog..So..memang tak rugi kalau datang komen kat blog JM ni 😆

Gift for Top Comentator from Julai to November
"We as a blogger we support each others"

Hadiah Pemenang GA dan Top Komen

$
0
0
Assalamualaikum dan salam rindu buat semua sahabat maya....


Lara Ohhhhh Lara....hihihihhiih

Jay Emm Ohhh Jay Emm...ke mana kau! Blog dah bersawang...masih ada yang ingat JM lagi tak ni...

Aduhai rindu betul dengan semua rakan blogger dan rakan maya yang sentiasa memeriahkan blog JM... Hampir sebulan lebih JM tak bersiaran kat sini...last entri 09 Disember 2016...

Fuhhhhh! entri Disember 1 je? penyakit malas semakin menjadi-jadi...

Last update 09 Disember 2016
Satu entri je sebulan?
Ada yang bertanya...JM pergi bercuti ke?

Tak lah...ada je kat Malaysia ni tetapi sibuk dengan benda lain...sibuk dengan personal life ecececeh!

Blog walking pun ntah ke mana...baru sempat terjah beberapa blog je...Ya Allah berilah kekuatan untuk kongsi info travel kat sini...

Awal Januari JM pos hadiah untuk semua pemenang GA, jadi kepada semua pemenang sekiranya telah menerima barang yang di hantar, mohon maklumkan di ruangan komen ye...sorry agak busy dengan traveling dalam Msia.

Senarai pemenang boleh semak SINI
Siapa yang dah dapat sila lapor diri 😄

Yang belum dapat tu sila tunggu posmen depan umah kalau tak dapat jugak bako je pejabat pos tu  atau marah posmen sebab tak buat keje...janji JM dah pos seperti alamat yang korang email.

Cakap pasal surat or parcel tak sampai ke tangan ni...JM pun dah beberapa kali kena tau..contoh hadiah dari kak Nieda....sampai sekarang tak dapat walau dah lama di hantar..

*Kepada To Komen 2016, JM MOHON MAAF KERANA BELUM POS HADIAH sibuk ukur jalan kat Malaysia heheheh.

Dah pos nanti JM update kat sini ehh....

Jumpa lagi...bobbaaiii....ehehehe

Siem Reap Budget Trip Feb 2017

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,

JM ada blog ke? 😂😂😂😂

Kenapa? Ye laaa...senyap je dah lama tak kongsi entri travel 😬

Hari ni JM rajin sikit baru je landing kat KLIA2 jam 11.45 pagi dari dari Siem Reap, Cambodia selama 3 hari 2 mlm. Bertemankan SS di sebelah, HH pergi solat, JM dapat idea untuk update blog sementara menunggu masa perlepasan SS dan HH balik ke JB.

Nampaknya...kalau nak JM rajin update blog, SS kena temankan 😙 hihihih

SR International Airport

This budget not including tuktuk cost sebab ni kali ke 2 JM ke sana, jadi JM hire Salim untuk bawak kami tetapi dia tak nak kenakan bayaran...dia bawak kami for FREE tapi pada hari terakhir kami kasi dia sedikit tips.

Salim, HH dan tuktuk
Kepada kawan-kawan yang ingin jalan-jalan di Siem Reap, JM suggest korang hire si Salim ni sebab servis beliau memang terbaik...humble person, ontime, suka belanja makan. Kos bagi satu tuktuk sehari adalah USD15 tak kira berapa orang dan satu tuktuk boleh muat untuk 4 orang.

Dua hari kat sana kami asyik makan free jek.

JM tahu mesti ramai yang akan cari Salim selepas baca entri ni ehehehe...

Contact no Salim : +855 78 996 840 ..... Bestnya Salim ni..dia fasih berbahasa melayu sebab pernah kerja di Malaysia. Add contact nombor ni terus terus je Wasap..cepat je dia reply nanti.

So JM nak kongsi budget sebagai guideline (for 3 person)

Day 1 - 12/2
- Season Square Hotel = USD 46 (2 night)
- Food USD 8.50
- Entrance Ticket Angkor Wat = USD 111 (USD 37 per person mulai 2 feb 2017)

Day 2 - 13/2
Food & kudapan = USD 12

Day 3 - 14/2
Kudapan USD 4.50

Total cost for 3 person - USD 212 (USD 71 per person)

Kos ni tidak termasuk duit shopping. Currency exchange USD 1 = RM4.465

Jadi budget dalam RM = RM317.00 tidak termasuk ticket flight, shopping dan tuktuk. Siapa cakap nak travel perlu duit ribu riban yang penting how u budget properly.

Bagi JM, 3 hari 2 mlm sudah mencukupi untuk ke SR....antara tempat yang boleh di lawati Santeur D'Angkor, Artisan D' Angkor, Silk Farm, Killing Field, Lotus Farm, Angkor Wat, Tasik Tonle Sap, Old Market, Night Market dan Pub Stret.

Sunrise di Angkor Wat
Victoria Gate
Sunset di Tasik Tonle Sap
Lotus Farm
Kalau suka shopping pastikan kena pandai menawar nanti korang boleh dapat tshirt 3 pasang USD 5 dan Fridge Magnet 5 keping USD 1.

Tu je nak share...💋
Viewing all 121 articles
Browse latest View live