Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader. Log JM...
Blog JM sekarang ni bukan setakat habuk dan sawang dah tumbuh pokok balak!
Aduhai! Blog sendiri terabai..nak skodeng blog kawan-kawan pun tak sempat cuma sempat terjah blog SS dan Mak, Sal, Ekin je buat masa ni...harap-harap dorang baca baca entri ni...kalau nak list kat sini berpuluh blog lagi JM perlu balas kunjungan huhuhhu...
Bagi yang tinggalkan komen pun tak sempat nak reply...Berkurun! Tapi menarik nya tu rakan blogger sentiasa support JM..tq! Muah!
Terutama SS lah..berjuta kali tanya JM..bila nak update bila nak sambung story yang tak habis-habis tu...masuk gambar dulu pastu taip sikit-sikit..pesal malas sangat ni...bila SS membebel heeeee.. 😬
Siapa tahu kat mana ni? keh keh keh...tempat ni dah familiar bagi kaki travel.
![]() |
Antara tarikan di Hanoi - Red Bridge di Hoan Kiem Lake |
![]() |
Halong Bay, Hano |
Okey....sebenarnya JM nak share tips dan panduan bercuti ke Hanoi, Danang dan Hoi An Vietnam. Bagi yang mencari tips travel di Ho Chi Minh boleh klik label Trip Travel To Vietnam. TETAPI tips yang dikongsi adalah dari pengalaman JM sendiri dan sekiranya kawan-kawan ada tips lain boleh kongsi di sini ye.
JM nasihatkan kepada mereka yang berminat untuk pergi bercuti ke Hanoi, alang-alang dah sampai sana masukkan juga Danang, Hoi An dan SAPA kedalam Itirenary.
Bulan April yang lepas, JM, SS dan HH telah pergi bercuti selama 5 hari 4 malam.
Seperti biasa sebelum memulakan trip perlu buat persiapan awal dengan teratur, kemas dan tersusun. Tugas JM senaraikan destinasi, tugas HH tempah kenderaan dan hotel serta bargain semasa shopping 😀 (HH terror bab ni) dan final touch is SS...dia akan compile semua termasuk senarai destinasi, estimate time for each place, tempat makanan halal, budget dan senarai makanan yang perlu di bawa dan masukkan semua tu ke dalam KITAB BUSUK. Nampak! bila semua beri komitmen....Alhamdulillah jadi mudah.
Siapa seperti JM? setiap kali ada trip, bila dah ada tiket flight mesti akan 'google' cari info dan maklumat berkaitan tempat kita nak pergi tu. Biasa nya akan rujuk blog, wiki travel dan mana-mana website yang share info berkaitan. Nak travel sendiri ni kena rajin buat homework. Kemudian JM ni jenis suka kongsi detail dalam blog sampai ada yang komen JM tulis ensiklopedia...ahahaha...
1. BEST TIME TO VISIT HANOI, DANANG DAN HOI AN
Jangan tak tahu, faktor cuaca juga boleh mempengaruhi mood dan feel semasa travel tau. Bagi JM la kan..kalau cuaca sejuk dan nyaman memang menjadi pilihan sebab badan tak sempat berpeluh, jalan jauh pun terasa dekat, tak cepat penat. Jalan pun boleh peluk-peluk sebab sejuk hahahaha..jeling SS dan HH.
Itu sebab sebelum pergi mana-mana destinasi check dulu season so kita boleh prepare apa yang patut, kalau lah musim sejuk sediakan sweater, kalau cuaca panas bawak la topi ke sunglass ke.
JM dah serik tau dengan pengalaman ke Hangzhou dan Shanghai dulu...percaya bulat-bulat katanya autum, cuaca sejuk so bawak semua barang-barang untuk pemanas badan, baju tebal, kasut berbulu...bila sampai sana..ya Allah macam duduk dalam oven..korang rasa? tak menyesal..nak tak nak kena beli tshirt ganti baju tebal huhuh...abis budget ke laut.
Bukan itu je..hujan ribut lagi..terpaksa beli payung...rupanya SALAH MUSIM semasa beli tiket..dah sampai sana hadap je lah..kalaulah sebelum fly tu check dulu season..adeh..kalau negara yang kita tahu sah-sah 2 musim ke seperti kat Malaysia ni senang.
Seperti juga Hanoi, jangan tak tahu ada musim sejuk tau...kami pergi bulan April hari tu still sejuk..nyaman je seronok jalan-jalan kat sana...tapi lain plak cuaca di Danang dan Hoi An..panas berdenting sampai sakit kepala. Sian SS...melepek je sakit kepala...Jadi bila dah tahu cuaca so tahulah apa yang perlu di bawa termasuk ubat.
Ada faham ke Aci? ehehehe (tiru ayat SS).
2. MATAWANG YANG DIGUNAKANHaa..yang ni pun perlu ambik tahu juga..jangan nanti salah bawak matawang pulak. Kalau kita pergi Ho Chi Minh, tak perlu nak tukar duit Dong dan USD bebanyak, bawak je duit RM sebab peniaga kat sana terima duit RM tu. Duit USD dan Dong tu buat bayar tambang teksi, hotel atau makan.
Berbeza dengan Hanoi dan Danang, perlu sediakan duit Vietnam Dong (VND) jangan bawak duit RM tak memasal kena cari Money changer plak. Hoi An lagii dasyat..duit USD digunakan secara meluas, semua kedai-kedai pakaian, makan dan minum..bayar in USD okey?!!! kiranya pengunaan VND ni kurang. Itu sebab kalau pegi Hoi An, Mat Saleh bersepah..cukup susah nak jumpa di Hanoi dan Danang.
So sebelum bertolak JM buat pertukaran duit..bulan 3 hari tu, kadar matang bagi USD dah cecah RM4 lebih..SAKIT!. 1USD = RM4.45...tak lama lagi boleh cecah RM5...Kalau plan nak pergi negara yang menggunakan duit USD ni memang kena fikir panjang.
Kadar tukaran bagi Vietnam Dong VND pulak..1 Juta VND = RM198, means 100,000Vnd = RM19.80 or 10,000Vnd = RM1.98 ~RM2.00
2. TRANSPORT/ PENGANGKUTANBab ni pun jangan terlepas pandang. Setiap negara mode transport berbeza..ada negara tukalau kita nak pergi mana-mana tempat perlu naik tren, tak pun tuk tuk ke, sewa kereta ke, tapi kalau pergi Hanoi, Hoi an dan Danang ni..kalau nak pergi semua tempat menarik yang berdekatan tu boleh jalan kaki je kalau nak jauh sikit kena naik teksi atau bas.
Bagi kami, sebelum travel lagi dah cari beberapa alternatif nak gerak dari Airport ke Hotel sama ada nak naik bas ke teksi, shuttle bas ke, hotel pickup ke. Semua tu perlu pertimbangan teliti supaya tak rugi tak penat dan selesa. Setahu JM dari Noi Bai Airport Hanoi boleh naik bus turun di Old Quater tapi kalau nak elak jalan jauh ke hotel pastikan cari hotel berdekatan tempat bas tu berhenti. Tambang bas anggaran 40,000 Dong kalau tak salah. Kalau tak, boleh naik teksi anggaran 150,000 Dong..pilihan di tangan sendiri.
Kenapa Old Quater menjadi pilihan? sebab di kawasan Old Quater tu lah pusat pelancongan, tempat menarik dikunjungi termasuk lah Hoan Kiem Lake dan Red Bridge tu...Dong Xuan Market pun kat sana.
Jadi bila dah teliti, dah buat survey, ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan pickup dari airport ni. Tugas booking transport ni serah kepada HH...bagaimana cara booking tu JM tak involve so memang tak tahu lah..yang pasti servis dorang tip top..datang pickup bukan on time tapi awal beberapa minute dari waktu yang kita janji. Boleh explore dan booking kat sini
VM Travel Adventures
Memang sangat puas hati dengan bayaran 15USD bertiga, kereta baru, besar, luas dan selesa.
![]() |
Ini lah kenderaan yang kami tempah untuk pickup dari Noi Bai Airport ke Hanoi Blue Sky Hotel |
Untuk transport dari Danang Airport ke Hoi An juga kami booking dari syarikat yang sama, harga juga 15USD bagi tempoh perjalanan 30 - 40 minit. Sangat selesa sebab turun je dari flight sampai ke kat Arrival Hall ada orang tunggu, campak beg troli masuk bonet...duduk diam-diam dalam kereta ber aircond tu...dah sampai depan hotel.
3. PENGINAPANPenginapan juga tak kurang penting nya. Semasa nak cari hotel ni pun boleh stress tau sebab biasa sebelum booking mesti check dulu HARGA dan LOKASI, pastu ada good review ke tidak, servis dorang macam mana?
Mula tu perlu listkan dulu beberapa hotel, compare harga dan lokasi kemudian baru decide. Bab cari hotel ni memang serah bulat-bulat kepada SS dan HH, mereka berdua memang pakar bab ni dan semua hotel yang kami stay tidak pernah mengecewakan. Percayalah!!!!
Kalau korang berhajat nak ke Hanoi tapi belum tempah hotel, JM suggest sangat korang stay di Ha noi Blue Sky Hotel..highly recommend! seyes tak tipu. Tapi satu je hotel ni tak ada lift lain daripada tu memang tip top dari segi lokasi, layanan receptionist nya, ada sediakan breakfast lagi, bilik pun besar dan selesa..so nak apa lagi? keh keh keh...Harga untuk 2 malam bilik bertiga adalah USD36.
Paling menarik tu, just walking distance je kalau nak ke Al-Noor Mosque, Zaynab Halal Restaurant, Dong Xuan Market dan Dong Xuan Night Market, Hoan Kiem Lake, Red Bridge dan tempat-tempat shopping yang bersepah kat Old Quater tu...tak perlu naik teksi...jimat!!!!!! Boleh minta MAP dari hotel.
Pengalaman JM, spend time kat Hanoi ni 2 hari pun dah mencukupi.
![]() |
Ha noi Blue Sky Hotel - Highly RECOMMEND!! |
![]() |
Ini adalah lakaran kedudukan Hotel, Masjid, Zaynab Restoran, Dong Xuan Market, Night Market dan Hoan Kiem Lake |
Penginapan di Danang, kami pilih Vien Dong Guesthouse Danang.
![]() |
Vien Dong Guesthouse, Danang |
Kalau tengok dari luar memang nampak tak semengah kan..nampak buruk je kan..tapi bila masuk ke dalam rasa seperti tinggal di rumah sendiri hihih...owner kat bawah, bilih tetamu kat atas, seperti biasa NO LIFT!...Harga satu malam kat sini USD17.24. Lokasi? memang sangat strategik jalan kaki dalam beberapa meter je dah sampai Han Market dan Dragon Bridge.
![]() |
Lakaran kedudukan Vien Dong GH, Han Market, Dragom Bridge dan Halal Restaurant Danang |
Hoi An? Kami stay kat mana? ahaksss....kami stay kat Hoi Pho Hotel, bukan Mee Pho 😜
Hoi An tak jauh dari Danang City anggaran 29km atau dalam 40 min perjalanan dengan menaiki kereta pickup dari Danang Airport. Kami booking melalui VM Adventures dengan bayaran USD15terus hantar sampai ke pintu hotel.
Lokasi
Hoi Pho Hotel ni pun dekat je dengan
Hoi An Ancient Town, Japanese Bridge dan
Hoi An Night Market antara tempat yang menjadi kunjungan pelancong. Harga bilik bertiga untuk satu malam
USD24.
![]() |
Hoi PHo Hotel, Hoin An City |
![]() |
Lakaran lokasi Hoi An Ancient Town |
4. TOUR PACKAGE ke HALONG BAY
Kalau dah sampai Hanoi tu mesti pergi Halong Bay...itu adalah Major attraction di Hanoi tau..sebut je Hanoi orang akan ingat Halong Bay. Sangat cantik view di Halong Bay ni memang rugi tak pergi cuma perjalanan tu agak jauh tapi tak lah memenatkan, boleh tidur je dalam bas. Kalau buat itie tu, sehari tu spend masa kat Halong Bay je tak boleh letak destinasi lain.
![]() |
Bas yang kami naiki untuk ke Halong Bay |
Kalau kita google banyak syarikat menawarkan pakej ke Halong Bay ni tapi kami ambil jalan mudah, minta hotel yang tolong booking. Pihak hotel akan booking One Day Tour to Halong Bay, buat bayaran di hotel, simpan resit dan tunjuk kepada tour guide dalam bas nanti. Selalu dorang pick up kat hotel jam 8.00 pagi. Hari tu kami ambil pakej dengan Vietnam Daily Tour dengan bayaran 35USD seorang all in termasuk SEAFOOD MEAL for lunch.
5. TEMPAT SHOPPING/MARKETPart ni JM paaaaaaaaaaling suka..ehehehe...SS mana SS....hahahaha 😁
Kat Hanoi ni tempat heaven shopping kat area Old Quarter lah, bermacam-macam local product dorang jual termasuk Coffee Vietnam...yang ni wajib beli kalau ke Vietnam tak kira lah beli kat HCM atau Hanoi...rasa kopi nya tu..perghhh! memang kawwww! laaa lebih kaw dari kopi Pak Belalang. Sekali sedut kopi ais tu tak boleh stop pastu jadi ketagih nak lagi..nak lagi ehehehe. Kopi O pun tak kurang hebat nya..kepada peminat kopi korang should try Vietnam Coffee, JM jamin korang takkan cari yang lain.
Ada satu famous market tau kat sini sama seperti di Ho Chi Minh..sebut HCM je mesti semua orang akan ingat Ben Than Market betul tak? Di Hanoi? market yang femes tu Cho Dong Xuan atau Dong Xuan Market, konsep market ni lebih kurang kat Ben Than cuma bezanya bertingkat. Antara salah satu lokasi atau spot tourist la.
![]() |
Dong Xuan Market |
![]() |
Kalau cari kain vietnam silk berkualiti..cari no kedai ni 375 A2 - second Floor...sangat berbaloi |
Kat Dong Xuan Market ni kalau nak beli kain silk vietnam berkualiti boleh cari kedai kat atas tu. FM pun boleh dapat harga murah tapi kena pandai bargain. Lain-lain barang jualan tu tak berapa nak inzal sebab peniaga semua muka KETAT.
Ada kedai jual kasut, bila tanya angkat tangan sambil cakap "No! No!"..bila tanya tauke kedai jual kain tu baru tahu sebenarnya kat market ni dorang jual secara pukal/borong jadi kalau nak beli sepasang dua kasut tu..memang tak layan...patutlah waktu kami kat sini tak ramai pembeli/pelancong.
Kalau nak best lagi, korang keluar membeli kat night market, lokasi betul-betul depan bangunan Dong Xuan Market tu sepanjang jalan sejauh beratus meter...lagi meriah! memang boleh borong sakan dan boleh sengol-sengolan dan berlaga bontot..ramai! Di buka bermula jam 08.00 malam setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.
![]() |
Dong Xuan Night Market, Danang |
Kalau pergi Danang jangan lupa singgah di Han Market. Kat sini lah tourist spot, ada jual kasut, sandal, handbag, souviner, kain pasang, tshirt dan macam-macam lagi. Harga juga agak murah..Tshirt boleh dapat dengan harga 50,000 Dong sepasang, kain pun agak berkualiti, sepasang kasut bertumit harga 100,000 Dong...murah!!! JM borong 4 pasang kasut kat sini.
![]() |
Han Market, Danang |
6. MASJID DAN KEDAI MAKANAN HALAL![]() |
Masjid Al-Noor Mosque |
![]() |
Zaynab Restaurant - HALAL FOOD in Hanoi |
Nah!!!! yang ni di lupa jangan...jalan tu jalan jugak perut pun perlu diisi. Kenyang perut senang hati..'happy tummy happy me" keh keh keh. Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati..la la la la...
Baca betul-betul je kawan-kawan...tempat MAKANAN HALAL ni hanya ada di Hanoi dan Danang je kalau Hoi An tu senang cite TAK ADA...haaa pepandai la korang nak makan apa nak bawak bekal ke, biskut ke, roti ke, nasi brahim ke, megi ke buat stok.
Ada masjid mesti ada restoran HALAL betul tak? so kat Hanoi ni ada sebuah Masjid, Al-Noor Mosque nama masjid tu dan kedai makanan halal, Zaynab Restoran tu di dalam kawasan masjid. Jumpa masjid, jumpalah kedai hahal tu...mudah!
Makanan kat kedai Zaynab ni..pergh!!!! masakan dia SEDAP!!!!! JM bagi 5 ha!!!!!! memang terasa sedapnya tak perlu tambah lagi serbuk perisa SEDAP keluaran maggi tu. Kami order nasi goreng seafood, nasi tu penuh dengan udang dan sotong fresh uolss tak tipu terasa manis isi udang tu..banyak plak tu untuk satu meal. Sambil taip ni pun boleh rasa kesedapan nasi goreng tu bila parking kat atas lidah ni. Paling tak boleh blah tu..nasi kosong tu pun sedap..beras apa ntah..ke beras vietnam ni sedap...suuuup naik ke atas...nasi kosong tapi berperisa laaa..bagi JM kalau makan nasi kosong tak berlauk pun habis tau..sedap!! berapa banyak kali SEDAP daaaaaaaaaa....
Akhir sekali..ini hasil pelaburan di Danang, Hoi An dan Hanoi..mmeeeemmmang berbaloi!!
![]() |
Hasil pelaburan di Danang |
![]() |
Hasil pelaburan di Hanoi |
![]() |
Hasil pelaburan di Hoi An |
Berapa total kos dan budget? tunggu JM update dalam another entri..bila? tunggu bulan depan keh keh keh.
Jumpa lagi.....