Quantcast
Viewing all 121 articles
Browse latest View live

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Beijing Lu Pedestrian Street

Assalamualaikum dam salam sayang buat semua reader blog JM 💝,


Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk penghujung bulan Januari. Entri baru belum up lagi..adeh!..sibuk betul JM awal tahun ni..sibuk nak deco-deco rumah baru lah, sibuk balik 'kampung' kat Jay Bee lah..hihihih..

Akhirnya ada jugak entri bulan Januari ni..yahoooo! bukan senang tau nak siapkan 1 entri heeee.

Masih lagi cerita hari pertama di Guangzhou (21 Nov 2018)

Masih ingat lagi tak, last entri JM share tempat shopping di Shangxianjiu Street antara tempat yang korang boleh labur duit tapi tak semua barang kat sana murah kena pandai pilih kedai. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca kat SINI

Bila JM kongsi trip Guangzhou ni, ramai yang berminat nak tahu tempat-tempat yang best untuk shopping, semua tu nanti JM akan share-share satu persatu mungkin 2,3 bulan baru tamat kisah trip ni. Apa tidaknya kalau dah 1 bulan 2,3 entri jek maksimum..hahahaha..mampos!!

Jom sambung!!!

Dah puas pusing-pusing kat Shangxiajiu Street ni kami patah balik ke Changshou Lu Train Station tapi bukan ikut jalan tadi tapi kami ikut jalan lain sehingga la jumpa Exit A Changshou Lu Station. Sebenarnya tak kisah pun korang nak pergi ke Shangxiajiu Street ikut Exit A or Exit D tapi bagi JM lah korang ikut Exit D lagi mudah.

Dari Station Changshou Lu kami akan stop di Gongyuanqian Station Exit D untuk ke Beijing Lu tapi korang boleh jugak nak stop kat Beijing Lu station depend on korang dari mana..sebab macam kami lebih dekat kalau stop kat Gongyuanqian Station. Faham ke idok?

Dulu kali pertama JM pergi Beijing Lu tahun 2013 tapi turun dari Station Beijing Lu, bila kali ni turun dari Gongyuanqian Station, JM jadi blur..tak tahu arah mana nak tuju just tengok signboard jek arah nak ke Beijing Lu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Antara building yang menarik perhatian di Beijing Lu
Jalan je ikut signboard, pastu nampak mall besar-besar tapi kami tak masuk pun sebab mall macam tu kat malaysia pun ada, kami nak cari kedai yang boleh jual harga mampu beli. Dalam pada tu si SS nak terkencing puas masuk mall cari toilet tapi tak jumpa. Jalan lagi ke depan ada public toilet..kat sana kalau kita tanya 'restroom ke', toilet ke..dorang tak faham kena sebut WC or Water Closet.

Sementara menunggu SS melepaskan hajat, JM ada nampak Tourist Centre kat seberang jalan, pastu JM cakap kat HH minta dia pergi tanya staff kat situ arah ke Beijing Lu sebab seingat JM kami dah betul kat Beijing Lu ni just nak confirmation jek.

Pastu HH pergi tanya, staff tu siap bagi map dan dia lukis dengan pen kedudukan kami sekarang dan list antara tempat yang menarik kat sana.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni Beijing Road Guide Map yang HH dapat dari Touris Center
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kalau refer MAP ni banyak lokasi menarik boleh terjah, bukan tmepat shopping je, boleh Discovering The History Of Guangzhou, Reliving Folk Custom, Gourmet Paradise, Leisure and Entertaiment
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nampak tak lorekan dengna pen tu..i tu Information Center, tandas sebarang jalan tu tempat SS lepaskan hajat hhih..so dah tak jauh dari Beijing Lu Station
Bagi JM la, Beijing Lu ni tak semeriah Shangxiajiu Street tau, kedai-kedai yang jual baju, tshirt, kasut dan alat-alat solek, luggage bag semua harga tak inzal. Kami tengok dari luar je. Waktu tu jam 5 lebih tapi hari dah mula gelap macam dah 7 mlm kat Malaysia.

Tak ada yang menarik di Beijing Lu ni boleh la sekadar cuci-cuci mata dan kill time.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Beijing Lu road sign
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Deretan kedai kat Beijing Lu
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Siapa boleh translate perkataan ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
The Site of The Ruin of Gongbei Tower
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bunga-bunga tu naik kan seri
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Antara icon kat Beijing Lu..kalau korang nampak kolam bercermin ni maksudnya korang berada di Beijing Lu area
Hari pun semakin gelap, tiada apa yang menarik yang kami boleh dapat kat sini..so terus jalan balik ke hotel.

Sambung trip hari ke 2 esoknya..Nak tahu kami ke mana? tunggu next entri..

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Yuexiu Park

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Hari kedua - 22 Nov 2018 (first destination)

Mesti ramai yang ternanti-nanti nak baca entri guangzhou kan hahahah...'perasan!'..kalau dah ko tu update sebulan sekali, lelama blog ko pun orang dah tak ingat..siapa Jari Manis tu? Jari Manis kat jari i ni....i tahu lah hahahah...padan muka ko JM...sape suruh ko malas nak update!

Ayuh!!! tak mau malas-malas..sementara ada mood nak taip ni, jom JM share sambungan trip ke Guangzhou.

Sebut je Guangzhou, mesti terlintas kat fikiran korang nak pergi memborong la..sebab kebanyakan mereka yang menjual kat pasar malam ke, kat pasaraya ke..dorang import product from Guangzhou tau..Why???? sebab murah gila wei!! korang bayangkan eh..beg kulit yang kualiti tu..kat Malaysia orang jual beratus ringgit tapi kat Guangzhou boleh dapat 100yuan atau anggaran RM60 ko! Korang rasa????

Bab shopping murah kat Guangzhou ni, nanti JM share dalam entri lain. JM akan listkan tempat-tempat shopping murah dan berbaloi di Guangzhou. Ada satu tempat tu, belum ada lagi blogger share, mungkin dorang pun tak tahu tempat tu boleh borong beg-beg murah gila!!! Ehhh! kalau ada rezeki nak repeat lagi la tempat tu...dompet duit leh dapat dengan harga 10yuan atau RM6!!! lawa!!

Kalau setiap hari nak pergi shopping je pun bosan jugak so perlu selitkan juga seight-seeing dalam itirenary korang. Susun itie macam geng Kitab Busuk ni buat. Awal pagi sampai ke tengahari penuhkan dengan sight-seeing dulu, tengahari pergi lunch dan solat pastu petang baru ko habiskan duit untuk shopping.

So awal pagi hari ke dua, kami plan nak pergi ke Yuexiu Park. Bukan nak pegi lepak, santai-santai, joging kat park tu tapi nak pergi jumpa dengan 5 ekor kambing gurun (five rams statue). Tujuan asal nak pergi bergambar dengan Five Rams Statue pastu tengok kalau ada kedai souviner, beli souviner sikit buat kenangan pastu pergi tempat lain pulak.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Five Statue Rams - ramai auntie baru sampai dengan bas jadi agak susah nak dapat shoot cantik
Yuexiu Park ni sebuah taman seluas 860,000 meter persegi dan mempunyai beberapa gate untuk acces ke kawasan taman ni. Tempat ni jadi tumpuan sebab ada Five Rams Statue, Menara Zhenhai, Tapak Tembok Kota Dinasti Ming dan Tapak CAnnon Square. Lets say lah....ia hanya sekadar taman yang ada bunga, tasik dan track joging mungkin kurang pelancong datang sini.

Ini bukan pertama kali JM ke Yuexiu Park, ini dah kali ke 2...kali pertama sampai tahun 2013 lima tahun yang lalu. So waktu preapare itirenary, JM confident la cakap kat geng Kita Busuk "nanti kalau nak ke Five Rams tu kita  ikut Exit A sebab dari situ lebih dekat"

Sebab dulu tahun 2013, JM masuk ikut Gate B1 (main entrance) agak jauh berjalan untuk sampai ke Five Rams Statue tu. JM boleh tahu masuk Exit A tu lebih dekat sebab waktu keluar dari park tu JM ikut Exit A. TAPI bila sampai kat park tu pada hari kejadian JM jadi blurr...tak ingat jalan nak ke Five Rams tu dari  Exit A..so memang drama la pastu hihih...Sorry dak ucok dan dak kecik.

So bagi mudahkan korang supaya tak sesat macam kami, JM share direction nak ke sana.

1. Stop at Yuexiu Park Station
2. Take Exit A

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Turun kat Yuexiu Park Station nanti korang ambik Exit A
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bila ambik Exit A akan lalu terowong ni. Jangan takut kalau tengok lengang macam ni..ni sebab orang baru naik tren so tak ramai orang time ni. Pastu jalan terus naik escalator kat depan sana
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Dari Exit A, korang toleh ke kanan akan nampak gate batu macam ni dan tasik kat sebelah yang ada sampan tu. So korang jalan je terus ke depan macam pakcik dalam gambar tu..pastu akan nampak signboard sebelah kanan seperti gambar bawah
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Korang ikut je signboard ni akan jumpa Five Rams Statue tu
Apa yang berlaku kat kami pagi tu, bila dah keluar dari Exit A, kami lalu la depan tasik ni..seperti gambat kat bawah.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tasik dan sampan kuning
Waktu ni la start 'drama' tak best. Bila sampai je depan tasik JM jadi blur..tak ingat arah nak ke Five Rams tu. SS tanya "mana five rams nye??" JM makin blurrr...pastu dok fikir dulu keluar Exit A pastu ke kanan kan jumpa moon boat restoran, tapi restoran tu tak ada...adeh!! seyes tak ingat langsung arah nak ke five rams dari tasik tu. 

SS dah gerak ke depan dengan HH. Dia dah mula baran...muka dah tak ada senyum..ye lah dia harapkan JM yang pernah sampai patutnya JM boleh guide cara nak ke sana kan..ini sampai-sampai je jadi biawak komodo hahaha...sape la tak bengang kan...padan muka ko JM hahahaha.

JM nampak HH nak cuba approach sorang amoi yang tengah tolak stroller anaknya..nak tanya dalam bahasa cina tak reti dan kebetulan kat subway card tu ada gambar five statue rams tu...dia tunjuk la card tu sambil buat isyarat nak pegi situ..pastu amoi tu cakap jom follow dia...dia pun nak ke sana..alhamdulillah...boleh cakap english rupanya..SS dan HH follow la amoi ni, JM plak membontot dari belakang tanpa bercakap sepatah pun...rasa malu kat SS dan HH..adeh!!!

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ini lah amoi yang tolong kami tunjuk arah tu
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bila jalan ke depan sikit baru la nampak signboard ni..cisss!!! nak kenna marah dulu ar hahahaha
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bila sampai kat area five rams ni ada kedai souviner baru bukak..hati dah berbunga-bunga nak beli...tapi JM sarankan korang jangan beli kat sini MAHAL!! baik beli kat One Link Plaza
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nak tengok five rams statue tu korang kena naik tangga ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bacalah kalau rajin hihihihi
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ini lah 5 ekor RAMS yang kacak bergaya tu
Bila dah sampai sini semua muka dan ceria...masing-masing pose-pose manja depan statue ni. Kami sampai kat Yuexiu Park ni around jam 8.00 pagi. Depan statue ni ada kedai souviner tau tapi waktu sampai tu belum bukak lagi. Jam 9.00 pagi baru kedai ni bukak. JM cakap la kat SS dan HH, dulu beli FM kat sini dapat murah sebab banyak jugak borong dulu (tahun 2013). So bila bukak je kedai kami serbu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ingatkan murah..sekali tanya mahal!! menyesal pulak beli banyak..10 keping FM harganya 65yuan! tapi tamak nya pasal beli beberapa keping pastu menyesal bila pegi One Link Plaza lagi murah..itulah org cakap "orang tamak selalu rugi huhuuhu"..tepuk dahi huhu
Image may be NSFW.
Clik here to view.
JM paling banyak borong..adeh! menyesal beli kat sini..
Dah abis bagi duit kat amoi kedai souviner, rasa nak kencing la plak. Jom cari tandas, ikut je sign yang ada kat taman ni. Jom turun tangga!!!

On the way nak ke tandas tu, nampak la amoi dan apek ni tengah bersantai sambil main sepak bulu ayam (sebuyam/chapteh). Patutla dorang ni hidup sihat, suka jaga kesihatan santai-santai kat taman.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Riadah waktu pagi
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tandas kat Yuexiu Park ni pun amalkan EKSA ke hahaha..siap ada gambar, nama tukang cuci/penjaga tandas kat dinding luar tandas tu..kat cina ni botol air kosong jadi peneman setia setiap hari
Masing-masing dah kencing, jom kita balik ke station. Rupanya tandas kami masuk tu betul-betul depan tasik dan dari tu dah nampak jalan balik ke train station Exit A. Rupanya awal pagi tadi kami dan ikut jalan jauh sikit ada lagi jalan shortcut..adoi! JM..JM...

Selesai misi bergambar dengan Five Status Rams, moh kita pergi next destination..ke mana tu???

Tunggu lagi sebulan baru ada entri baru!!! kah kah kah!

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Masjid Saad Bin Abi Waqas

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Hari kedua - 22 Nov 2018 (Destinasi ke -2)

Selesai di Yuexiu Park, kami balik semua ke train station Exit A untuk pergi ke Masjid Saad Abi Waqas. Kalau nak pergi masjid ni korang tak perlu naik train tau sebab lokasi masjid ni kat Yuexiu Park Station jugak, so ambik Exit B2.

Maksudnya..kalau korang naik train Stop di Yuexiu Park Station, korang boleh pergi 2 lokasi menarik di Guangzhou :

1. Five Statue Rams - korang stop at Yuexiu Park Station Exit A
2. Masjid Saad Abi Waqas - korang stop at Yuexiu Park Station and then Exit B2

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nampak tak..dari Yuexiu Park Station tu..kalau nak ke Yuexiu Park keluar ikut Exit A dan kalau nak ke Masjid Abi Waqas keluar ikut Exit B2 pastu ikut Lanpu Road. NAnti JM share direction detail nak ke Masjid tu
Alang-alang kami dari Exit A, kami keluar pulak ikut Exit B2 tapi kena touch metro card untuk keluar dari palang exit tu. Ingatkan free sebab kami tak naik train just tukar exit je..korang nak tahu berapa charge bila touch??..1.90 yuan so baki card waktu tu 36.70 yuan. Anggaran minimum tambang dari satu station ke satu station adalah 1.90 yuan kalau jarak perjalanan tu jauh sikit dia akan charge 2.00++ yuan. Murah kan tambang trainn kat Guangzhou itu sebab train sentiasa penuh!

Watu cari info lokasi dan cara nak pergi ke masjid ni ramai blogger yang share tapi direction yang dorang bagi kurang jelas. Ada yang cakap keluar je dari Exit B2 tu jalan terus akan jumpa North Gate. So JM pun cakap lah dekat geng ikut jalan seperti yang JM baca tu, jalan dalam beberapa meter tak nampak apa-apa.. macam jauh jek..Pastu SS cakap ikut je map yang dia print dalam Kitab Busuk, masuk ikut South Gate lagi mudah dan dekat. Rupanya nak masuk Masjid ada 2 pintu, satu melalui South Gate dan North Gate.

Jom ikut cara JM pergi ke Masjid dari Exit B2 lagi mudah.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Direction to Yuexiu Park dan Masjid Abi Waqas, Guangzhou
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Keluar sahaja dari Exit B2 jalan terus akan nampak simpang pertama sebelah kiri Lanpu Road  korang jalan je ikut arah Lanpu Road ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni Lanpu Road bukan Lampu Road..korang jalan je terus dalam 280 meter akan jumpa pintu masuk seperti gambar di bawah
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pintu masuk ikut South Gate - lagi dekat dan mudah
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Masuk je ikut pintu kecik tu
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Masuk ikut South Gate
Jalan masuk ke kawasan masjid ni redup je sebab di penuhi dengan pokok-pokok ibarat seperti Masjid dalam taman, sejuk je berada di sekitar masjid ni. Waktu kami sampai sini lebih kurang jam 10.00 pagi jadinya tak ramai orang. Waktu kami kat depan masjid tu hanya kami bertiga je sebab belum masuk waktu solat.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
View luar masjid
Secara ringkas masjid ini dibina oleh salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, Saad bin Abi Waqqas yang telah menyebarkan Islam ke China di pertengahan abad ke-7. Sejarah mengenai pembinaan masjid ni boleh baca di SINI
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Inilah Masjid Saad bin Abi Waqas
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ruang solat lelaki
Image may be NSFW.
Clik here to view.
HH tengah masukkan duit ke dalam tabung masjid
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat ambil wuduk - berhadapan pintu masuk dari North Gate
Setiap destinasi yang kami pergi kat negara mana pun mesti masukkan Masjid sebagai salah satu tempat untuk kami singgah. Tunaikan solat dan bersedekah. Tak kiralah di mana bumi ko pijak ingat tanggungjawab kepada Allah perlu ditunaikan.

-Bersambung-

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Makam Saad Bin Abi Waqas

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 😍


EEhhhhh ada lagi ke orang yang sudi singgah kat blog JM ni…almost 5 month tak update blog..hidup lagi ke si JM ni hahahahha

"YUNK" bila you nak update blog ni? itu soalan yang kerap kali ditanya oleh SS...JM senyum je sambil cakap 'adehh..malas betul nak taip..tak tahu nak cite apa..ada ke orang nak baca blog i hihihi

Padahal banyak trip yang belum dikongsi....seronok tengok blog orang lain sentiasa ber'update' ..follower beribu..komen beratus..blog JM???? sendu jek hihihi

SS cakap apa kat JM tau.."U ni tak update blog berbulan pun....page view cecah juta-juta"  ye ke?hahahah..lawak!!!!

So hari ni JM rajinkan diri untuk update..nak share sikit pasal makam Saad bin Abi Waqas ni. Makam ni memang unik yang tak ada lagi kat Malaysia makan seperti ini yang JM pernah tengok.

Kalau nak tahu apa yang uniknya Makam ni..sila skroll lagi ke bawah. Last entri JM share pasal Masjid Saad Abi Waqas

Masjid dan Makam Saad Abi Waqas ni berada dalam kawasan yang sama dan sangat luas, dikelilingi pohon-pohon besar dan kehijauan (skema rama-rama ayatnya) hahahaha, kiranya kalau masuk kawasan masjid ni...sejuk jek. Biasa kalau kita pergi Masjid kat Malaysia..Masjid di bina di kawasan lapang..betul?

Tapi Masjid Saad Abi Waqas ni dibina di kawasan penuh dengan pepohon hijau (sastera bafak)..pepohon yang rimbun katanya kah kah kah. JM dulu sekolah menengah masuk kelas sain tulen..memang tak reti nak mengarang ayat-ayah madah berhelah ni ahaha...

Boleh tengok gambo kat bawah.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Boleh masuk kawasan masjid melalui South Gate dan North Gate. Masuk melalui South Gate lebih dekat ke tempat solat
NAMPAK????? JM kalau dah start taip...intro pun dah panjang lebar..ni tengah ada mood rajin la ni ihihihi

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kalau ikut arah North Gate ni...itulah lokasi Makam Saad Abi Waqas
Jarak dari Main Prayer Hall nak ke Makam tu agak jauh la dalam anggaran 800meter..jauh ke dekat?Bila dah masuk prayer hall..ambik pic sikit-sikit..niat nak solat dhuha la..pergi cari tempat wuduk bersebelahan masjid tu..tak de..tempat wuduk untuk lelaki jek..Kiranya kalau waktu tu korang nak terkucil pun tak de jamban untuk wanita!!

So kami bertiga pun ikut arah ke North Gate nak ziarah Makan Saad Abi Waqas.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni antara tembok yang terdapat di kawasan masjid..nampak menarik kan?
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni kawasan untuk rehat-rehat. Nasib baik kat sini ada TANDAS. untuk lelaki dan wanita. Jangan cari TANDAS kat Main Prayer Hall..tak ada TANDAS untuk wanita hanya untuk lelaki sahaja
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pintu masuk lagi..ni pintu masuk nak ke kawasan Makam Saad Abi Waqas
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Makam Saad Abi Waqas ada disebalik tembok ni

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Laluan ke Makam
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Waktu kawasan Makam dibuka untuk lawatan
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Makam sahabat-sahabat Saad Abi Waqas
Nampak tak??? Makam or tanah perkuburan Saad Abi Waqas dan sahabat-sahabat beliau agak unik..makan mereka di tutup dengan kain yang berwarna dan bercorak. Ada petugas masjid yang akan membersihkan dan menyapu daun-daun kering dan kawasan makan terjaga rapi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ditutup dengan kain berwarna dan bercorak..itulah uniknya Makam di Quangzhou
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Yang ini baru Makan Saad Abi Waqas..masuk je pintu kecik tu

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ini Makam Saad Abi Waqas
Kami masuk ziarah Makan Saad Abi Waqas dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Sahabat Nabi Muhamad S.A.W. Waktu kami ziarah cuma ada seorang lelaki juga dari Malaysia datang ziarah makam ni so tak lah sesak kat dalam tu.

Selesai ziarah kami gerak ke arah North Gate sebab ada blogger share dalam blog..ada kedai makan tak jauh dari North Gate tu...tapi hampeh...jangan kata kedai..batang hidung tuan kedai pun tak dok..adehhh!!

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ini adalah North Gate..view dari dalam kawasan masjid...berhadapan dengan North Gate ni ada tempat "Open for Wuduk" dan TOILET
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Betul-betul bersebelahan North Gate tu ada kedai jual roti dan minuman...
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Roti yang dijual ada Sijil HALAL...jangan risau
Dipendekkan cerita..sebab kalau taip panjang-panjang bukan ada orag baca....tengok gambar jek hahaha....

Kami beli air dan roti kat kedai tu..pastu masuk balik melalui North Gate..ambil Wuduk dulu untuk Solat Sunat Dhuha..sebelum keluar ikut South Gate dan pergi ke next destination. Bayangkan ambik wuduk..air sejuk macam air ais...grrrrrrr...sejok!!!

Dalam jam 11.30am kami gerak dari Masjid Saad Abi Waqas ke One Link Plaza...time to SHOPPINGGGG!!! hihihih

Best tak shopping kat One Link Plaza ni?...salah sorang reader komen kat blog JM..dia cakap..'shopping gila-gila kat One Link Plaza tu"..heaven la tu kan? Nak tahu heaven ke tak shopping kat situ..tunggu lagi 2-3 bulan baru JM update hahahaha...

Eh Ehh...dalam tak tahu nak taip apa tu..panjang jugak entri JM ni ahaha....Bersambung....

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - One Link International Toys and Gift Wholesale Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖

Hari kedua - 22 Nov 2018 (Destinasi ke -3)

Lokasi 1 : Yuexiu Park
Lokasi 2 : Masjid Abi Waqas
Lokasi 3 : Onelink International Toys and Gift Wholesale Market

Siapa ingat lagi..last entri JM cakap"11.30 pagi kami gerak dari Masjid Abi Waqas ke One Link Plaza"

Image may be NSFW.
Clik here to view.
One Link Plaza OR Onelink International Toys & Gifts Wholesale Market
Dengar jek Onelink International Toys and Gift Wholesale Market....korang tak teruja ke??? Mesti ada jual macam-macam mainan, souviner, fridge manet....ehh..memang antara tempat yang wajib pergi lah..JM yang taip ni pun masih terbayang kemeriahan kat dalam mall one link ni..

"Onelink International Plaza is a wholesale mall for homewares, kitchenware, costumes, hats, scarves, mobile phone accessories, toys, and gifts. There are several floors and you can easily lose a couple of hours in here." hahaha..korang rasa???? tak mau pergi? memang rugi laaa

Macam mana cara nak ke sini ek??? Nak tahu???

Nak pergi sini mudah je :

1. Naik train Line 2 (warna biru) atau Line 6 (warna purple) bergantung kepada lokasi korang pada masa tu.
2. Pastu Stop kat Haizhu Square Station
3. Cari EXIT B1

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nah..Exit B1
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Exit ikut sini..Haizhu Square Station Exit B1
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bila dah Exit B1 tadi..korang jalan je terus ikut arah nyonya yang pakai baju hitam tu..mean jalan je terus...kiranyna main road nanti sebelah kanan korang..sorry gambar gegar plak
Bila dah jalan terus ke depan tu nanti dalam beberapa meter jugak lah..korang akan nampak building One Link Plaza dekat four junction.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
One Link International Plaza..ada banyak pintu masuk...korang masuk ikut pintu mana korang suka..tetapi hati-hati semasa melintas jalan tu....building ni tinggi ada 7 floor
Bangunan ni memang tinggi ada 7 tingkat dan setiap tingkat jual bermacam-macam jenis barang. Tawaf la korang setiap tingkat selagi kaki tak sakit. Macam kami hari tu 2 kali pergi sini sebab kali pertama tu JM rasa macam tak cukup borang fridge magnet....so pergi lagi...try la ajak SS pergi utk kali ke 3 sebab tak beli t-shirt, bila balik hotel tengok t-shirt yang SS beli.."ehh..lawa la pulak"..Hihihihi...bila ajak SS..dia cakap..sape soh tak beli hari tu..nak beli t-shirt datang lain kali hahaha....padan muka! 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nah! pilih tingkat mana nak pergi dulu..macam-macam ado
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Topi, acessories perempuan, brouch, fridge magnet ehh macam-macam lahh
Image may be NSFW.
Clik here to view.
korang nak cari power bank, aksesori handphone, alat-alat jahitan semua ada. Kiranya alatan menjahit ke, kain lace ke, aksesori untuk pelamin ke...carikla kat sini
Tujuan utama JM pergi sini nak dari fridge magnet sebab suka kumpul pastu nak buat ole-ole untuk kawan-kawan kat Malaysia. Kat sini ada beberapa kedai yang jual FM tapi masing-masing letak harga yang berbeza. 

Tips dari JM, kalau korang ada jumpa barang yang berkenan jangan terus beli..survey harga dulu sebab ada kedai jual barang yang sama jenis tapi harga kedai ni agak mahal bila pergi kedai lagi satu murah pulak. 

Hari sebelum tu JM dah beli FM kat Yuexiu Park tau....beli 3 papan kongsi dengang HH, harga 100yuan dimana setiap papan ada 5 keping so kiranya 15 keping FM tu bersamaan 100yuan. Setiap satu keping dalam 6.70yuan. Ingatkan dah murah lah..pastu tak tahu kat mana ada jual lagi kan..so beli laa...

Sekali bila masuk One Link Plaza ni....nah hambek ko...bersepah kedai jual FM..pilih jek kedai mana yang jual murah..WADUH!!! memang frust sangat sebab ada satu kedai ni jual MURAHHHHH...murah sangat uolss...orang kedai tu pandai plak cakap melayu...boleh tawar menawar lagi..koranng rasa??? kalau dah orang Malaysia tiap-tiap tahun setiap bulan masuk kedai tu lelama..pekerja situ pun dah fasih bahasa melayu.

Nama kedai tu JC kat Gound Floor..korang pusing lah carik..memang JM recommend korang pergi beli kat kedai. Nak tahu kedai tu yang mana satu boleh baca kat SINI

SEBAB apa JM cakap MURAH??? harga FM 2 papan yang ada 5 keping setiap satu papan tu 15yuan!! maksudnya 10 keping FM bersamaan 15yuan!! korang rasa? banding dengan beli kat Yuexiu Park..3 papan yang mana setiap papan ada 5 keping, kalau tiga papan total 15keping tapi harga total 100yuan!! korang rasa?? Ya Allah..time tu rasa nak menangis nak melalak kat situ....menyesal tak sudah...

SALAH siapa???? siapa suruh gelojoh!! ahahahha..baru padan dengan muka. HAHAHHAHA memang meroyan tau masuk kedai ni..ada jual t-shirt, sarung kunci..kiranya semua jenis souviner ada jual kat sini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nah!!! pilih nak yang mana
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Murah..murah..murah...mari mari mari...JM tak banyak ambik gambar kat dedai ni sebab teruja pilih FM murah..jangan kata FM Guangzhou jek..FM Macau, Hong Kong, Beijing, Shanghai, Shenzen....London, Paris....ehh macam-macam FM ada..tak perlu nak pergi ke sana kalau nak beli. Boleh terjah blog SS untuk tengok gambar lagi santek hihih
Dah puas menepung tawar kat kedai souviner tu..kita mengorak langkah kat kedai lain pulak. Banyak kedai yang kami terjah tapi JM tak share la semua kedai yang kami masuk kat dalam blog ni..

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nah..bagi yang minat anak patung
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Beg tangan..orang pompuan macam JM suka la ladies type macam ni..kalau dak kacak macam SS tu tak sesuai hihihi
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kedai jual ni pun ada
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Oh tidak..ni la tempat mainan SS....jangan kata SS..JM pun terjebak sekali..lama jugak kami kat kedai ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nampak tak tu...kereta mainan macam-mamcam jenis..JM pun terpikat..pegang letak..pegang letak..hihih..korang wajib pergi kedai ni..tak ingat tingkat berapa tapi korang pusing la tengok..heaven tau..kalau kat Msia mahal ni...

Kat One Link plaza ni, JM nak tegaskan seklai lagi..kalau korang nak caru luggage beg ke, sarung luggage ke, kereta remote control ke, handbag ke, barang hiasan rumah ke, DRONE ke..ehh penat la nak list..PENDEK kata"nak tahu kedai apa lagi yang ada kat sini boleh baca blog si kacak ni  KLIK SINI hihihih"  

PANJANG kata"Arghhhh tak mo gebang lebih..nak tahu apa lagi menarik kat sini kena PERGI..diulang..PERGI tengok dengan mata sendiri"

Silap haribulan..seharian kat sini jek...terutama yang bawak anak-anak..jangan marah dia nanti kalau dia tak mau keluar dari MALL tu...marah JM tak pe sebab sape suruh dia recommend tempat ni ahahha..

Jumpa lagi dalam next entri..waduh..banyak lagi entri nak update....entah tahun bila nak abis ni....hihihihi

EKEKEKE...memang bertahun la nak siap entri sati trip perjalanan kalau dah sebulan 1 entri...

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Canton Tower

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua reader setia blog JM,


FUUHHHHjika ada kemahuan di situ ada jalan..jika ada kerajinan..maka adalah ENTRI BARU hihihih..HAMBEK...bulan september JM berjaya siapkan tiga entri ko..ahahaha..3 entri pun nak bangga....orang lain setiap hari 1 entri..KO RASA? hahahaha

TENGOK!!!!! trip bulan Nov 2018...lagi 2 bulan nak masuk Nov 2019...almost setahun ko...entri Guangzhou abis-abis lagi..caiyok.....caiyokkk...kena tulis juga dalam blog ni sebagai kenangan....manalah tahu....tiba-tiba lagi 2 tahun nak pergi lagi boleh rujuk sini heeee.

Caiyookkkk JM .. CAIYOOKKK U CAN DO IT gitew hihihihihi

Jommmm start!!! Kalau nak baca entri sebelum ni sila klik pada side bar sebelah kanan ye..

Sebelum tu seperti biasa bangun pagi solat semua, makan breakfast dulu dalam bilik hotel. Nak jimat bawak bekal dari Msia terutama megi goreng sedap wajib ada, pastu sambal bilis kering, bawak oat ke tak kisah la apa pun janji boleh alas perut awal pagi. Kalau nak makan nasi, korang tapau siap-siap kat kedai makanan halal..esok pagi panaskan je sebab kat hotel kami booking tu..ada microwave dalam bilik. 

Hari ni 24 Nov 2018 hari ke TIGA kami di Guangzhou..Kami pergi sini seawal jam 7.30 pagi naik train di Beijing Lu Station untuk ke destinasi pertama CANTON TOWER. 

Trip pertama dulu tahun 2013 JM pergi canton tower ni waktu malam..lagi cantik sebab building tu colourfull bertukar-tukar colour. Boleh naik cruise dan tengok view waktu malam lagi cantik.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Canton Tower ni besar dan tinggi sampai tak muat kamera hihih
Harus di ingat ye..bagi yang pertama kali ke Guangzhou, korang masukkan tempat-tempat menarik di Guangzhou..rugi kalau pergi semata-mata nak shopping jek sebab most kedai buka jam 10.00am dan ada yang 10.30am pagi baru buka so sebelum korang tawaf kat semua kedai-kedai tu baik awal pagi  tu pergi sightseeing dulu.

Pagi tu kami nak ke Canton Tower, caranya :

1. Naik train Line 3 ( line warna oren)
2. Stop at Canton Tower Station
3. Cari Exit A


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Sementara tunggu train sampai kita bergambar dulu..nampak tak..awal pagi memang ramai penumpang naik train pergi kerja
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nampak tak..yang kat dalam pun dah penuh..buatnya dorang tak keluar kat station tu....tunggu la next train..memang sangat ramai bersesak-sesak dalam tu. Tapi baik nya tu..kekerapan train cukup tinggi selang beberapa min je dah sampai next train
Hat-hati ye waktu kat train stesen awal pagi..orang sangat ramai semua nak pergi kerja, so pastikan jaga beg korang..sebab itu waktu puncak..kalau dalam jam 9.00am agak lengang sikit..dah tak ruang dalam tren tu dorang paksa juga nak masuk, kadang kita kat dalam belum sempat keluar dorang dah pusu-pusu masuk.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Dah sampai station Canto Tower
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cantik pulak lampu kat station ni
Keluar sahaja dari EXIT A tu, korang toleh je belakang..Nahh..welcome to Canton Tower

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cantik macam model tak i hihihih
 Kalau datang waktu malam lagi cantik....ada lampu kat building tu bertukar-tukar colournya

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nak masuk Canton Tower langkah mayat saya dulu ahahha...tak arghh gurau jek..nampak tak tu 2018..kalau pergi tahun ni mungkin ke tukar jadi 2019
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Jangan TIRU AKSI ni BAHAYA hihiihh
Sebenarnya korang boleh naik Canton Tower ni dan tengok view dari atas tapi kena  beli tiket lah.....kami ke sini waktu pagi so malas la nak naik sebab view malam lagi cantik. Jadinya kami tak carik la info pasal harga tiket tu..kalau korang nak naik pergila carik info sendiri hihih

Dah puas bergambar kat sini jom kita tengok ada apa lagi kat kawasan sekitar tu. Rupanya berhadapan dengan Canton Tower ni laut tau, so kami seberang jalan arah ke Canton Tower Fortune Terminal. Ada juga tram station kat sini tapi kami tak tahu la destinasi tram ni ke mana.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Signboard..hihih tu pun nak bagi tahu
Ni view building di seberang sana...cantik design dan sekali pandang macam kat Hong Kong

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Zoom sikit..ehh building sebelah tu macam Menara Tun Razak jek..ke tak sama hihihi
Waktu nak patah balik ke train station Canton Tower tu nampakla tram baru nak sampai..apa lagi terus snap pic...SS jerit marah-marah sebab berdiri tengah-tengah laluan tram hahahaha...

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cantik TRAM ni..bunga-bunga...
Kat hujung sana tu tram station

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tram Station
Selesai kat sini kami gerak balik ke station metro/subway nak pergi ke destinasi ke 2 iaitu Huasheng Mosque. Nak solat dan cari HALAL food in Guangzhou.

C U on next entry ya.

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Panduan ke Masjid Huaisheng/Huaisheng Mosque

Asslamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Bila dah selesai di Canton tower kami gerak plak ke destinasi seterusnya ke HUaisheng mosque/Masjid Huaisheng

Hari ni 23 Nov 2018 (Hari ke -3 di Guangzhou)

1. Awal pagi kami melawat Canton Tower. Boleh baca kat SINI
2. Kemudian kami akan ke Huaisheng Mosque
3. Dari Huaisheng Mosque kami pergi shopping di Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Huaisheng Mosque Guangzhou
Bagaimana cara nak ke sini????
Direction to Huaisheng Mosque/Panduan ke Masjid Huaisheng
1.Get in metro Line 3 (line warna oren)
2. Stop at Ximenkou Station
3. Exit B


Tengok macam senang je kan nak pergi Huaisheng Mosque ni...HAKIKAT nya tak mudah. Walaupun kami semua dah print screen map, dah ada kita busuk semua tapi still blur bila sampai Ximenkou Station Exit B.

Waktu nak buat kitab busuk pun ada jugak cari info cara nak ke sini tapi tak ada blogger yang share detail dan tak jelas. JM punya style bila dah ada pengalaman pergi satu-satu tempat tu bila balik je Msia, JM suka share direction yang jelas supaya mudahkan orang lain.

Keluar sahaja dari Exit B, depan tu main road so tak pasti nak ke kiri ke kanan. Bukak kitab busuk, fokus pada nama jalan, so kami try arah ke kiri dulu..jalan beberapa meter macam tak sama seperti dalam kitab. Pastu HH pergi tanya kat kedai jual air, surat khabar..tunjuk la Q Card yang ada gambar Huaisheng Mosque dan alamat dalam bahasa China..orang tu blur-blur tak tahu..padahal dah ada alamat kot..takkan ko tak tahu jalan tu kat mana kan???

Pastu kami decide ikut arah ke kanan dari Exit B tadi, jalan je sambil mata tengok signboard jalan. Kalau ikut map dalam kitab busuk tu kena masuk simpang ke kanan tapi sebab tak confident dan  risau salah simpang. HH try tanya orang-orang kat tepi jalan pun tak tahu kat mana tempat tu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Apabila kuar dari Exit B Ximekou Station korang akan nampak tandas awam dan pejabat pos sebelah kanan..sebelah kiri main road
So kami jalan ke depan sikit, ada nampak Volunteers Kiosk.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Volunteers Kiosk tak jauh dari pejabat pos tadi
So HH pergi la tanya kat Volunteers yang kerja kat situ..

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni la tempat HH tanya tu..semua pekerja dia dah tua-tua hihih...yang sorang pekerja tu ambik gambo ahahaha...JM dan SS pun tukang ambik gambar sebab nak update dalam blog hahahah
Nampak!!! HH tunjuk kitab busuk dan Q Card kepada salah sorang volunteers tu..dok geleng-geleng kepala blur tak tahu kat mana..ha sudah..ko nak jadi volunteers sepatutnya ko kena jadi professor serba tahu. 

Merekalah harapan kami..ye lah, kerja kat Volunteers Kiosk so infomasi yang kami nak tahu..tempat kami rujuk. Pastu SS suruh HH tunjuk kitab busuk yang ada tulis Huaisheng Mosque dalam bahasa China dengan alamat sekali..nasib baik salah sorang tu tahu kat mana masjid tu. 

Alhamdulillah...dia tunjuk arah kat kami. Kita ni kalau tak tempat orang tempat yang kita tak biasa pergi..kalau tak tahu arah jalan tu jangan berat mulut nak bertanya. Kalau ko sombong tak nak bertanya..sesat la ko kat situ hihihhi..

Itu yang bestnya travel ni..bukan sekadar pergi ambik gambo, shopping then balik..kita kena feel the nature, blend together with local people and feel their life kat sana. So we can lean something. Bila balik Msia nanti boleh la share kat orang-orang kampung..apa yang best kat Guangzhou ni..giteww hihihi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Jom ikut saya katanya hihih..kami membontot kat belakang sebab nak ambik gambo
Auntie tu bawak kami sampai ke simpang pertama dari Volunteers Kiosk tadi. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Korang nampak GUANTA LU ni, ikut arah ke kanan
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Dari simpang ke kanan tadi jalan jek terus sehingga jumpa simpamg 4, belok ke kiri arah kat Guangta Road
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kalau tengok board tu dia tulis Huaisheng Temple tapi sebenarnya Huaisheng Mosque
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kalau nampak menara/Lighthouse ni dah betul la tu
Alhamdulillah akhir kami ke sini berpandukan juga kepada map yang kami print dari google map. Tujuan pergi sini nak solat sunat pastu nak cari makanan halal..Ye lah, kalau pergi tempat-tempat macam ni, nak carik makanal HALAL cari masjid....mesti banyak kedai jual makanan HALAL.

JM ni suka share direction dalam bentuk map supaya mudah bagi backpackers yang buat trip tanpa bantuan travel ajen boleh rujuk. Allah berfirman "kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita" :-) dan kita juga dapat pahala selagi sesuatu yang bermanfaat tu menjadi rujukan orang lain.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Direction to Huaisheng Mosque
Kalau sesat lagi tak tahu lah nak cakap macam mana. Kalau nak mudah tak nak pening-pening kepala, ikut jek travel agen tetapi kalau jenis suka travel sendiri boleh rujuk blog Jari Manis Travel List.....Hahahahah....promote blog sendiri..

Next entri JM akan share gambar-gambar Masjid Huaisheng dan kedai makanan HALAL...

Teruskan setia bersama blog JM....bulan ni terlebih rajin pulak update blog hahahaha.

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Keindahan Masjid Huaishen/Huaisheng Mosque

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Akhirnya kami dapat jejak kan kaki di Masjid Huaisheng. Bagaimana cara nak ke masjid ni? Sila baca kat entri ni Panduan Ke Masjid Huaisheng Guangzhou

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Huaisheng Temple or Huaisheng Mosque
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Mosque Lighthouse
Masjid HUaisheng juga dikenali sebagai Masjid Menara Cahaya atau Masjid Rumah Api 
(Lighthouse), terletak di No. 56, Jalan Guangta. Dengan luas 2,966 meter persegi (3,547 meter persegi), ia adalah masjid tertua yang ada di China, mengesahkan kedudukannya yang luar biasa di antara empat masjid tertua di kawasan pantai, dengan tiga lagi ialah Quanzhou Kylin Mosque, Yangzhou Crane Mosque, dan Masjid Hangzhou Phoenix. Masjid Huaisheng pertama kali dibina pada tahun 627, semasa Dinasti Tang (618-907), ketika Islam diperkenalkan ke China untuk kali pertama. Ia dilaburkan dan dibina oleh beberapa orang Arab dan dinamakan sebagai Masjid Huaisheng, yang bermaksud 'mengingati orang bijak', sebagai penghormatan kepada nabi Muhammad S.A.W.
Secara amnya, Masjid Huaisheng mengekalkan gaya senibina asal Arab. Laluan ke pintu masuk yang sempit, dinding skrin dapat dilihat, yang menghalang pengunjung melihat halaman dalaman. Tetapi melalui dinding skrin, bangunan-bangunan pelik kelihatan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Alhamdulillah..akhirnya kami sampai di Masjid Huaisheng. Ini tembok luar masjid. Berhadapan masjit tu ada deretan kedai makanan HALAL. Nanti JM share dalam entri lain
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pintu masuk utama..jom kita masuk tengok kat dalam apa yang ada...
Masjid di China ni memang berbeza tau senibina nya berbanding masjid-masjid di negara Islam yang lain seperti di Malaysia dan Indonesia sebagai contoh.

Masjid di sini dikelilingi pokok-pokok rendang yang kehijauan, kiranya masuk je kawasan masjid ni rasa nyaman dan sejuk je. Walaupun bayak pokok, kawasan sekeliling bersih terjaga rapi. Ada petugas yang membersihkan rumah Allah ni.

Kami datang masjid ni dengan niat nak solat sunat dan beri sedikit sumbnagan untuk kegunaan walaupun sedikit.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pokok-pokok menghijau
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ini adalah ruang solat utama
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ruang solat utama untuk lelaki sahaja
Masuk je kawasan masjid...wahhhhh...klik..klik..klik..ambik gambar sebagai kenangan. Pastu bila time sejuk macam ni pundi kencing pun tak menahan...asyik terasa nak kencing jek. So pergi carik tandas dulu, ambik wuduk..solat..pastu sambung klik..klik...klik...hihihi

Image may be NSFW.
Clik here to view.
 
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Suka tengok lanskap kat sekitar masjid ni..sejuk mata memandang
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni pintu masuk ruang solat wanita. Tempat wuduq berhadapan pintu masuk ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Agak luas ruang solat nya...tenang jek
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tertarik tengok pokok ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Memag menarik design dia..kalau nak tengok masjid ala-ala di China boleh pergi ke Masjid Beijing di Kelantan tu

SELESAI sudah MISI kami di Masjid Huaisheng..Jom kita pergi MAKAN!!! Nak makan kat mana???? tunggu next entri ye..

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Kedai Makanan HALAL di Guangta Road

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Entri sebelum ni boleh petik kat SINI

MOOD tengah rajin dan ada kelapangan masa, jom sambung kisah journey JM di Guangzhou pada bulan November 2018. Hampir satu tahun entri tak siap-siap lagi hihihih.

KELUAR je dari pintu masuk masjid dan betul-betul hadapan pintu masjid tu ada deretan kedai makanan HALAL dan juga kedai yang menjual produk HALAL...

SEBELUM masuk masjid tadi kami dah nampak kedai-kedai ni tapi tak pe kita masuk masjid dulu, dah selesai dalam masjid baru kita tawaf plak kat kedai-kedai ni.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ini deretan kedai depan masjid Huaisheng
Bagaima cara nak datang ke kedai HALAL ni??? boleh baca kat link ni Kedai Makanan Halal Guangzhou

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Zoom sikit...jangan salah faham ye..yang tergantung tergolek tu bukan daging babs ye tapi daging kambing
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Sebelah kedai jula kambing ni ada restoran HALAL - Nur Bostan Muslim Restaurant
Image may be NSFW.
Clik here to view.
HH tengah tanya harga satey kambing kat Nur Bostan Muslim Restaurant..satu cucuk 10yuan
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Boleh pilih menu apa nak?
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ada satay daging kambing dan satay ayam
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nama kedai makan yang kami masuk..Nur Bostan Muslim Restaurant
Sebenarnya ada lagi kedai makan lain tapi kami teruja dengan kedai makan Nur Bostan ni. Sebelum tu kami masuk satu kedai selang beberapa pintu dari kedai Nur Bostan ni..beli nasi kosong 2 bekas polisterin untuk bekal makan malam. Kat hotel ada micowave so nak makan nanti panaskan jek.

Masuk je restoran dia, tengok pekerja-pekerja dia macam orang dari Turki sebab dekorasi dalam kedai makan tu macam turkish style. Waktu operasi kedai dari 8.30am - 11.30pm. Bagaimana cara nak ke kedai ni boleh baca kat sini 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni antara sayuran yang boleh di order untuk makan bersama nasi putih
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pelbagai jenis variasi noodles
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Macam-macam jenis kebab ada..pilih la ikut selera tekak sendiri
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni antara minuman yang dijual...kalau tak boleh beli air mineral...dorang ada jual mineral water
Di dalam kedai makan ni ada pasangan suami isteri, JM tengok si suami tu mamcam pernah jumpa rupanya dia yang tanya JM semasa di One Link Plaza..."kat mana nak cari brouch Korea"....ahahaha..pakcik pakcik..kalau nak brouch Korea pergi la Seoul buat apa nak cari kat Guangzhou..kalau kat Guangzhou...brouch Guangzhou la..

Rupanya dia dan isteri datang dari Singapore...anak-anak dah besar jadi jenjalan berdua jek la. Dorang check in hotel kat area-area masjid ni sebab senang nak dpat makanan HALAL. Peramah jugak lah dua-dua orang tu. Siap rekomen kami beberapa menu tapi kami order menu lain sebab menu yang dorang suggest tu agak mahal bagi kami. Yelah...dorang tukar duit Singpore Dollar ke Yuan, kami tukar Ringgit Malaysia ke Yuan...kan jauh beza tu ihihih.

Kami order satay kambing 4 cucuk, nasi goreng seafood dan dumpling, cukup untuk kami bertiga.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Satay kambing 4 cucuk..satu cucuk 10yuan..rasanya boleh la tapi pernah makan lagi sedap dari ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nasi goreng Cina di China hihihih
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ape nama ni..dumpling ke..sedap jugak tapi lama betul tunggu tak sampai-sampai..kami dah abis mkn nasi goreng pun tak sampai-sampai lagi...SS dan HH suka ngelat..suka bagi JM mkn banyak hehehe...dorang berdua ni mmg kawan yang baik..risau sangat JM lapo
Setiap kali travel memang macam tu...asyik JM jek kena makan banyak hihihi..tapi macam biasa kami order meal 2 jenis je kongsi bertiga sebab portion dia besar tak abis makan. Terutama mee tarik, kalau order 2 mangkuk..kami akan minta extra 1 mangkuk kosong..

Selesai makan dan bayar semua, keluar je dari kedai tu..dah ada orang minta sedekah..hulur jek tangan minta...bila bagi kat sorang...ehhh ada plak datang ntah dari mana-mana tadah tangan minta..so be carefull ye..bukan tak nak bagi..kita bagi ikhlas kepada kurang upaya..jalan bertongkat ke....patah tangan sebelah ke...ni kalau sihat tubuh badan tapi malas nak kerja datang meminta memang susah la nak bagi.

Jom jalan cepat-cepat balik ke Ximenkou station risau peminta sedekah ikut kat belakang..sesambil  tu tengok kedai-kedai tepi jalan ada jual buah, baju dan t-shirt.

Sambung next destinasi....

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Direction to Baiyun World Leather Trading Centre & Leather Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💋

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Baiyun World Leather Trading Centre/Baiyun Leather Wholesale Market Second Phase
Perut dah kenyang makan di kedai Nur Bostan Muslim Restaurant, kami patah balik ke Ximenkou Station untuk pergi ke Baiyun Leather Wholesale Market ni. Waktu preapare itirenary tempat ni bukan dalam list fovourite pun tapi bila baca ada blogger share kat sini boleh dapat barangan kulit, handbag, purse dan barang-barang seangkatan dengan nya..kami decide nak pergi sini. 

Tips : Perut kasi penuh dulu baru boleh shopping puas-puas hihihi

TAPI yang tak bestnya..bila sampai ke kat building dalam gambar kat atas tu..ya Allah..KECEWA sangat..sangat-sangat KECEWA..dah la nak cari lokasi tempat tu pun agak tricky..ada refer map kat sini Direction to Baiyun Leather Market tapi kurang jelas..so kami plan redah jek. Tapi bila balik Msia, dorang dah update website tu dan bagi info detail..Adeh!!!

Kami hampir-hampir putus asa tau nak pergi Baiyun Market ni...sebab apa???
Kalau ikut info dalam itirenary kami :

1. Naik train Line 2 atau Line 5
2. Stop at Guangzhou Railways Station
3. Exit A

Nak tahu kenapa susah sangat nak cari walaupun dah ada map kat tangan????


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ini adalah Map yang kami dapat dari Google Maps..terima kasih SS preapare Map ni
Kalau korang tengok MAP tu leh faham tak...kalau cari tempat tu leh jumpa tak? Katanya kalau ikut map ni dalam 10 minit jalan kaki boleh sampai? are you sure??? Kalau kita dah biasa dengan jalan dan tempat tu boleh la..ni kalau pertama kali jejak kaki mesti tercengang-cengang..nak ikut lorong mana satu???

Map kat atas tu yang kami follow..JAUH!!! sekali lagi JM ulang..kalau korang follow MAP tu memang berpeluh ketiak di hari yang sejuk..kalau time panas....boleh basah baju hahaha.

TAK PERLU SUSAH HATI...kalau korang baca entri JM ni...ikut direction yang JM share ni in shaa Allah tak sesat tetapi korang kena pandai baca/tengok MAP. Jadi..baik korang follow MAP yang ini..ada shortcut..MAP ni SS dapat dari google selepas  balik dari Guangzhou..Terima kasih cayunk SS...I share kat sini ek.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nampak sama tetapi berbeza..ini map shortcut..jauh lebih jimat masa dan tenaga
KAMI dah lalui kesukaran cari tempat ni sampai satu tahap dan nak patah balik..putus asa tak nak teruskan lagi....BERKAT KESABARAN dan instinct menyatakan route yang kami pilih tu betul....teruskan juga akhirnya jumpa. Tips dari JM...jangan malu bertanya....terima kasih kepada HH....bab tanya jalan ni, HH paling win....

Keluar sahaja dari Exit A, kami agak LOST..nak ke kiri atau ke kanan...kami pilih untuk ke kanan dan berhadapan dengan Exit A adalah Guangzhou Railways Station. Masih tak dapat gambaran lagi?? meh JM share MAP hasil karya kreatif imaginasi sendiri kah kah kah..

MAP yang JM share ni adalah direction untuk korang pergi Baiyun World Leather Trading Centre, Leather Market dan kedai Muslim Restaurant yang terletak beberapa meter sahaja dari Leather Market. Cakap pasal Leather Market ni korang WAJIB pergi..HEAVEN kat sini...ada macam-macam jenis BEG, LUGGAGE BAG, DOMPET, HANDBAG..MURAHhhhhhhhhhhhhhhhh sangat...memang boleh meroyan datang sini....Nanti JM share dalam entri lain pasal Leather Market ni.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Faham tak map yang JM share ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Keluar dari Exit A korang akan nampak building yang ada jam tu..Guangzhou Railways Station, Stesen keretapi untuk ke bandar China seperti Guilin, Shenzen
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Buliding ni plak bersebelahan building Guangzhou Railways Station. Korang jalan jek depan building ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Jalan ikut map yang JM share kat atas tu sehingga jumla Bai yun City Hotel sebelah kiri
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kemudian korang kan nampak Inter -City Bus Station, so jalan ikut bumbung warna hijau ni. Sebelah kanan tu Bus sebelah kiri tu Bai Yun City Hotel
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Terus lagi jalan melepasi Huanshi Xilu, korang akan nampak deret- deret jual barang kulit sebelah kiri dan Kedai Makan Muslim ni seperti dalam MAP kat atas tu
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni adalah kawasan Leather Market yang jual macam-mamca produk seperti handbag, dompet, luggage..harga??? MURAHH
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pastu kalau nak ke Baiyun World Leather Trading Centre, naik jejantas ni...kat depan tu dah nampak building warna biru
DONE!!! dah sampai di Leather Market dan Baiyun Leather tu....korang pepandai la nak beli apa ye..Sekali lagi JM nasihatkan kalau budget ciput tak mampu nak beli barang mahal tak perlu la pergi Baiyun Leather Trade Centre tu, baik korang pergi Leather Market lagi heaven!!!

Next entri JM share apa yang kami rembat kat sini...Bobbai!!!

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Membeli Belah di Baiyun & Leather Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Kepada semua sahabat-sahabat duniaku..JM minta maaf dah lama tak blogwalking dan juga tak bersiaran  di blog kerana Ayah JM baru sahaja menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada hari Rabu, 30 Oktober 2019 pada Usia 76 Tahun. 

JM sentiasa dengar sahabat-sahabat lain yang kematian ibu bapa mereka, apabila kematian itu berlaku dalam keluarga sendiri, perasaan kehilangan itu amat berbekas di hati. Mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk biasakan diri dan redha akan ketiadaan nya dan sentiasa berdoa agar Roh Arwah Ayah bersama orang-orang yang beriman. Aaminnn.

Apabila kita kehilangan orang yag kita sayang, Ya Allah tuhan sahaja yang tahu betapa pedih dan perit rasa dihati nak lalui hari-hari mendatang dalam hidup.

HIDUP perlu diteruskan..jadi moh kita sambung entri baru sambungan dari entri Cara nak ke Baiyun Leather dan Leather Market

Bila sebut Leather Wholesale Market means apa? mestilah terbayang kat fikiran tempat ni jual produk kulit secara borong..betul tak? itu sebab kami nekad jugak nak pergi walaupun pada awalnya ada yang dah bermasam muka hihihi...penat jalan cari tak jumpa-jumpa..

On the way nak ke Baiyun Leather Wholesale Market tu...dalam dok tercari-cari, ada je mamat China approach kami sambil tunjuk kad yang ada gambar-gambar handbag dan kasut sambil kata 'copy bag..copy bag'. Waktu tu JM tak faham lagi tapi SS dan HH dah tahu ni group jual beg duplicate or ayat mudah beg tiruan dengan harga yang mencekik. Kalau korang setuju, dia akan bawak la ke kedai dorang tapi jangan terpedaya dengan teknik macam ni..bahaya!!!

Kami tak endah pelawaan mamat China tu, jalan lagi sehingga nampak jejantas, SS ajak kami naik jejantas tu..

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Inilah jejantas yang JM maksudkan..so sebelah kanan tu la Baiyun Leather Market Phase 1 dan Phase2
Dari atas jejantas ni akan nampak building Baiyun Leather sebelah kanan tu, tapi bila tengok sebelah kiri ada deretan kedai lagi meriah..sabar dulu..kita pergi yang sebelah kanan dulu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Baiyun Leather  Trading Centre Phase 2
Kami masuk building ni dulu, Baiyun Leather Phase 2. Masuk jek kat lobi, ada la sebuah kedai jual luggage bag, beg sandang...bila tanya harga..Ya Ampun..beratus yuan...terus tak jadi nak pegang dan tengok. Dalam building tu sunyi jek, tak meriah..kami pun naik la lift kot ada lagi jualan kat tingkat atas kan...masuk lift tekan la butang dlm lift tu kalau tak salah tingkat 3, bila keluar lift.."eh apa ni? ni bukan tempat jualan barang-barang kulit, ni ofis ni, patutla sunyi jek"Sah kami salah tempat..tapi kalau google ramai cakap suruh pergi kat sini..adeh!!!

Kami turun, keluar dari building tu, kami masuk plak building yang kat bawah ni, tak jauh dari jejantas..Baiyun Leather Phase 1.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Baiyun World Leather Trading Centre Phase 1
Jom kita masuk building ni pulak, masuk je memang betul ada kedai-kedai jual barang kulit paling banyak hangbag perempuan la. We assume kat sini boleh la beli dengan harga murah la la kan.

Kalau follow cerita blogger - blogger yang share entri dorang tak cerita detail cuma cakap kalau pergi sini korang boleh beli beg kulit, beg berjenama, porch bag, beg sekolah, tas tangan, purse, dompet, bagasi..HARGA? susah nak cari orang yang share. Bila kami pergi sendiri..rasai sendiri..serius JM tak suggest korang pergi sini tapi kalau korang jenis duit berkepuk-kepuk..suka barang branded keluaran China dengan harga yang tak mampu milik macam kami..korang boleh ke sini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni antara kedai-kedai kat dalam buliding Baiyun leater. Kat luar kedai tu ada dorang letak kotak tau, so boleh beli sebab harga dalam 100yuan atau anggaran RM60 untuk handbag kulit  wanita
Kalau nama pun dah gah..mall besar macam tu...memang kami tidak mampu nak beg handbag dalam cemin yang 'display' cantik...kami hanya mapu beli handbag dalam 'kotak' luar kedai serendah 50yuan (RM30) - 100 yuan (RM60)..itu je yang kami mampu. Memang agak frust pergi tempat ni....itu sebab peniaga kat sini relax je dia takkan tarik tangan kita suruh beli..kalau dah harga 200yuan dan ke atas, tak mampu ambe.

Dalam-dalam tak mampu tu,..cuba tgk apa yang JM rembat hihihih..

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Longchamp - yang ni hadiah dari SS dan HH...tak ingat harga dalam 120yuan kot
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nah..tiga terus - 320yuan sepasang dalam RM70 (murah ke mahal??)
Dah dah..selepas beberapa kali round kat Baiyun Leather ni, kami cross jejantas pergi ke seberang jalan pulak. Kat sini lagi heaven...kalau jenis yang ada kedai nak jual kat Msia, JM saran korang datang sini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kiri kanan jalan jual dompet, beg dengan harga mampu milik
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nahh..pilih..beg untuk kanak-kanak pun ada..dewasa pun ada..kualiti agak tip top..harga pun berbaloi
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kedai jual luggage bag for traveller pun ada....
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nampak tak??? Ni yang JM maksudkan..kalau dorang letak dalam kotak tu means murah...nampak tak beg sandang coklat tu..kain tau..buat daripada kain..jahitan kemas..memang tahan lasak..nak tahu berapa harga???
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Takkan nak tengok jek kan..so rembat la satu..50yuan (RM30) sahaja...murah ke mahal???
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pusing pusing keluar masuk kedai..tambah lagi satu handbang..ahahah...ni memang setiap minggu tukar handbag baru hihih (80yuan)
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pegang letak pegang letak..bila tengok harga 15yuan (RM10) terus beli 2 buah/biji/pasang dompet ni
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ada lagi ahaha...sling bag tu kulit tau..soft jek harga 70yuan (RM42), tali pinggan tu masing 20yuan(RM12) dan 25yuan(RM18)
Kalau nak tengok berapa banyak JM borong boleh baca kat blog SS...penuh plastik hitam..BERAT??? ofkos la berat macam nak rebeh bahu tapi dah alang-alang sampai takkan nak tengok jek kan..rugi la..dah balik Msia entah bila tahun nak datang lagi hihih.

Dah!! cukup duit dah abis banyak ni...esok ada lagi tempat nak pergi jom kita balik..tangan pun dah tak cukup nak bimbit ni hihihih. On the way nak balik ke train station, nampak la kedai makan HALAL di sebelah kanan jalan. Awal tu kami memang tak tahu tau ada kedai makanan HALAL kat deretan kedai yang kami borong tu..Ya Allah memang rezeki!!! Nak tahu lokasi kedai ni boleh entri yang lepas.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tak tahu nama kedai tapi kalau dah tulis Muslim Restaurant ada tanda HALAL lagi masuk je la tanpa was was
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Belakang tu tempat dia masak dan depan tu kaunter bayar
Senarai Menu..kami pilih noodles with beef..15yuan semangkuk kalau tak salah.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pilih la apa korang nak makan
Kami pilih 2 mangkuk mee tarik sebab kat semua kedai makan di China ni tak ada jual air tau..maksudnya air dibancuh seperti teh ke, kopi ke, kalau nak dorang ada jual air dalam botol. Jadi sebagai preparation korang sediakan la air mineral sendiri kaalau tak mau tercekik. Macam kami order mee tarik, ada kuah so tak perlu air lagi...Bijak tak? hihihi

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cuba tengok satu mangkuk berapa banyak? memang cukup la 2 mangkuk untuk 3 orang. Minta 1 mangkuk kosong

Mee tarik di China ni memang sedap tau banding yang jual kat Msia ni...letak pulak sambal cili merah tu..pergh..makan panas-panans..slurp slurp sedap. Mee dia liat-liat..ehh..memag sedap lah. SS dan HH pernah makan mee tarik di Xian, dorang cakap kat Xian lagi SEDAP..adeh!! bila la dapat pergi Xian ni....harap-harap dorang dua sudi teman JM pergi Xian hihihhi.

Selesai makan..jom lah balik hotel, naik train di Guangzhou Railway Station ke Beijing Lu Station. Dari kedai nak ke station tu agak jauh..tambah dengan barang-barang shopping memang merengkeh la..pastu plak bila dah sampai station guangzhou tu..jalan dalam walkway station tu nak ke tempat naik tren pun jauh jugak..dengan kena scan beg lagi sebelum naik tren..adehh!! memang GIGIH la...demi kepuasan berganda hahaha...

Mission accomplish...so wait a new story on the next day yeah...muah!!!!!

ENCORE Melaka - The place you must VISIT!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader blog JM 😍


NAMPAK tak? nampak? baru baca tajuk entri pun dah TERUJA tau..korang teruja tak? Pernah dengar pasal Encore Melaka ni? Pernah pergi ke tak? 

Semua orang tahu..sebut jenis Negeri MELAKA, sudah tentu cross in mind..negeri yang paling banyak tempat-tempat sejarah dan attraction termasuklah makanan famous negeri Melaka ASAM PODEH!!!

Kalau musim cuti sekolah je...tipulah kalau parent tak bawak anak-anak pergi bercuti kat Melaka, Pergi naik CRUISE la, Menara Taming Sari la, naik BECA lah..ehh macam-macam lah ada kat Melaka tu dan tarikan terkini ramai yang tak tahu adalah ENCORE Melaka!

ENCORE Melaka? tempat apa ni? best tak sini? Apa nak buat kalau ke sana? Betul tak? mesti akan ada orang tanya soalan-soalan seperti itu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nah!!!! DUTA Encore Melaka...DUTA? akakaaka....
Haaaai orang-orang Melaka hihihiih.....jangan kata orang Melaka sendiri tak tahu apa yang menarik kat Encore Melaka tu..ke orang Melaka dah puas pergi sana tapi biasanya lah kan..kalau dah dekat takkan pergi punya percayalah. Contoh seperti orang Putrajaya lah...bila tanya dah berapa kali naik Cruise Putrajaya keliling tasik? Jawapan nya tak pernah (JM lah tu)..hahahah..sedangkan orang dari negeri lain ramai yang dah naik.

SO jom ikut JM..kita tengok apa yang best kat Encore Melaka ni.. Tapi sebelum tu JM nak kongsi sedikit pasal ENCORE Melaka ni.

What is ENCORE Melaka? Is it Performing Arts Teater in Malaysia (Melaka) like Istana Budaya in Kuala Lumpur? FAHAM????

Pernah tengok bangunan Istana Budaya tak? cantik kan design dia? TETAPI design building Encore Melaka lagi SUPERB beb!!! Sangat besar dan senibina bercirikan OMBAK dan SISIK IKAN!!!! Tak percaya? nanti JM share gambar!

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nampak tak..bahagian atas bangunan tu beralun seperti ombak dan dinding seperti sisik ikan
"The Geomectric Facade has concaved arcs made out of thousand of FISH SCALE-like LED panel and 50,723 White Diamond shaped aluminium composite panels, which reflects light from the ever-changing and vibrant sky of Melaka."

Serious memang cantik sangat tempat ni, lokasi yang mudah di cari, terletak di tepi laut Selat Melaka...tapak asal adalah LAUT dan di tambak dengan tanah untuk bina Encore Melaka ni. Cuba korang bayangkan berapa kos yang untuk menyiapkan teater building yang terbesar di ASIA di atas tanah yang ditambak...asalnya LAUT!!!!

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Itu sebab bangunan Encore Melaka tepi laut. Parking untuk ORang Kurang Upaya pun disediakan
Kenapa perlu ke sini? Apa yang boleh buat kalau ke sini?

1. Bergambar dengan bangunan Encore Melaka yang sangat cantik dan unik. Keunikan bangunan Encore Melaka ni menjadi tumpuan pelancong, traveller dan insta-famous. Ia juga menjadi lokasi pre-wedding dan lokasi pengantin mengambil gambar kenangan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Welcome to Encore Melaka - Impression Series..memang impress!!!
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Serious cantik sangat
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Boleh tengok sunset dari sini
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Zoom sikit!
2. Kepada peminat TEATER, JM syorkan korang tengok Encore Melaka Teater - An Immersive Performance yang dipentaskan di atas pentas keluasan 240meter - The Longest Stage in South East Asia dan yang lagi menarik tu bole htengok secara langsung persembahan dari 200 orang pelakon teater tempatan..200 orang tau!!! dan yang paling menarik..kedudukan/kerusi penonton teater ni boleh berputar 360darjah..bukan pentas yang bergerak..TETAPI kerusi tempat penonton ni yang berpusing..memang best sangat lah..Emang rezeki JM dapat menonton dan menikmati persembahan teater yang melibatkan multiple lifting platforms, sound and light and a 3D projection that create reality that travel through time. Nak ceritanya..bila tengok persembahan teater ni memang sangat terpukai dengan teknologi yang mereka gunakan dan komitmen setiap pelakon teater sangat kemas dan teratur.

Bagaimana nak ke sini dan kemudahan yang disediakan?

Korang waze je Encore Melaka..takkan sesat punya..terletak betul-betul tepi laut dan kawasan sekitar Encore Melaka ni dalam proses pembangunan lagi. Dalam beberapa tahun lagi akan ada bangunan yang lebih unik..sedang dalam pembangunan.

Alamat Encor Melaka : No 3 Jalan KSB - Impression 8, Impression City @ kota Syahbandar, Melaka

Memang IMPRESS betul la...waktu kami sampai hari tu dari jauh lagi dah nampak bangunan Encore Melaka tersergam indah..nampak putih dari jauh.

Kalau pergi dengan kenderaan sendiri tak perlu risau kerana banyak kemudahan tepat letak kereta disediakan, ada dalam bangunan bertingkat dan juga parking di luar kawasan lapang bangunan. Kemudahan tempat letak kereta sangat banyak.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kemudahan surau juga disediakan bersebelahan tandas di Entrance A
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kemudahan tempat letak kereta yang besar dan luas
Bagi mereka yang menginap di hotel seperti Ramada Plaza Hotel, Swiss Garden Hotel, Majestic Hotel, The Pines Hotel, Hatten Hotel, Doubletree Hotel, Casa Del Rio Hotel, Puri Hotel, Swiss Hotel Heritage dan Swan Hotel, jana risau kerana ada Shuttle Service dari Hotel ke Encore Melaka and its FREE!!!!!
Image may be NSFW.
Clik here to view.
FREE pick up Shuttle from Hotel to Encore Melaka
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Free Shuttle Bus and Van
Encore Melaka Teater - An Immersive Performance

Nahh!!!! bila dah puas bergambar jom kita masuk tengok Teater  - An Immersive Performance. Saat-saat yang di tunggu telah tiba, 20 minit sebelum 5.30pm, semua pemegang tiket akan masuk melalui Pinta A (entrance A) kerana show akan bermula jam 5.30pm selama 75minit.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Harga tiket standar RM148
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tiket boleh dibeli di kaunter atau beli secara online
Waktu Persembahan adalah mengikut hari :

Isnin hingga Sabtu - 5.30 pm dan 8.30 pm
Ahad                      - 2.30 pm dan 5.30 pm

Harga Tiket

Standard Seat : RM148
   
Premium Seat : RM248 

               VIP  Seat : RM568              

Wheelchair Seat : RM98

Tiket online : Tiket Online

Kepada yang berminat boleh tempah tiket sekarang sebelum 31 Dis 2019 kerana Promosi Sempena Hari Christmas dan juga ada promosi Sempena Tahun Baru China. Harga tiket lebih murah dan tempah sekarang di Ticket Online

Selepas masuk entrance A, semua penonton dikehendaki scan tiket dan handbag checking. Tidak dibenarkan bawa masuk makanan, minuman dan kamera kecuali telefon bimbit. Bagi yang bawa kamera perlu di simpan di dalam laci yang disediakan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tempat duduk audience yang sangat luas
Persembahan teater ni terdiri daripada 7 kisah/cerita yang berbeza (storyline) :
1st Scene - kisah Parameswara, bagaimana beliau telah terjumpa dengan kancil dan pokok melaka
2nd Scene - Kisah berkenaan Cheng Ho. Kenal tak siapa Laksamana Cheng Ho?
3rd Scene - Kisah perkahwinan Nyonya Melaka (sangat menarik)
4th Scene - Six Mothers
5th Scene - Pregnant Woman
6th Scene - Kisah Wau
7th Scene - Finale

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kisah Parameswara, terdapat 3 orang memberi penerangan bagi setiap persebahan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeri dan Bahasa Cina
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kisah Parameswara menakana Melaka sempena Pokok Melaka
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kisah Laksamana Cheng Ho di Melaka
Memang banyak scene yang sangat menarik dan cantik, JM tak boleh nak share semua kat sini, kalau korang nak tahu lebih sila la pergi tengok show ni memang sangat berbaloi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Semua antara scene sepanjang persembahan
Jadi jangan lepaskan peluang, kunjungilah Encore Melaka!!!!!!!!!!!

Top Komen Blog JM - 2019

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💓

ESOK


01-01-2020!!!!!!!!!!!!!!!!
Selamat tahun baru sahabat-sahabat dan pembaca blog SEMUA


Apa azam tahun baru korang tahun ni??? azam tahun lepas dah tercapai belum hihihih. 

Azam JM tahun ni nak lebih rajin update blog hahah...nak lebih rajin blogwalking hihihi..in shaa Allah semoga tercapai lah azam tu ye..kita kena cakap yang positif baru positif jadinya hehehehe.

Entri pendek penutup tahun 2019, JM sangat menghargai semua reader blog..tanpa sokongan daripada pembaca semua..sunyi la blog JM ni.

JM minta maaf tahun ni kurang update blog..in shaa Allah tahun depan cuba siapkan entri trip-trip yang dah lepas supaya blog semakin ceria heee. 

Setahun sudah berlalu....berikut adalah antara reader yang masuk dalam list top komen 2019. Kepada nama-nama yang tersenarai sudilah kiranya emailkan kepada JM, No Akaun Bank ke alamat jarimanis4ever@gmail.com. Terima kasih diatas sokongan semua sepanjang tahun 2019. Kepada yang tidak termasuk dalam senarai, jangan sedih-sedih cuba lagi tahun 2020 ye 😆 Jumpa lagi di tahun 2020 💖 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Top Komen 2019

Tulis BLOG dapat DUIT????

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Tulis BLOG dapat DUIT???? Siapa yang tak nak DUIT???? Betul tak? sebut je DUIT, MONEY..semua orang NAK??? Ada pelbagai cara nak dapat duit..TAPI dengan cara yang betul la..jangan pulak mencuri, merompak..NO..BIG No!!!

Beberapa hari lepas, JM ada baca blog Mak entri ni Pertama kali dapat duit dari Iklan Google Adsense. Sebenarnya JM dah lama tahu tau pasal Iklan google Adsense ni, tetapi dari bacaan JM sebelum ni, agak susah nak dapat kelulusan tau. Ada orang setahun berkali-kali apply tak APPROVED dan ada yang JM baca, kali ke-5 apply baru approved..means susah jugak nak dapat kelulusan tau. So JM pun malas nak cuba sebab blog JM ni pun sendu, update entri pun sebulan sekali paling banyak pun 4 entri sebulan.

Selepas baca entri dari blogger Mak tu, beliau share hasil dari Iklan Google AdSense, JM rasa tertarik nak mencuba. JM pun bacalah cara nak mendaftar Google Adsense ni. Boleh baca kat link ni Cara Mendaftar Google Adsense

Korang follow jek cara mendaftar tu, mudah je..pastu nanti dalam tempoh 48 jam pihak Google Adsense akan respond melalui email sama ada permohonan tu LULUS atau TIDAK. JM pun kurang pasti apakah CIRI-CIRI atau KRITERIA untuk dapat KELULUSAN tau, JM just cuba nasib je..suka-suka..kalau APPROVED alhamdulillah kalau tak berjaya cuba lagi.

KORANG NAK TAHU LULUS ke TAK????
SELEPAS 48 jam, JM pun check la email. Alhamdulillah!!!!!!!!!!!!!!!!

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Alhamdulillah..sekali jek apply dah APPROVED!!!
Cuma JM tak pasti kenapa IKLAN tu belum MUNCUL dan menari-nari dalam blog ni..ada sesiapa boleh bantu hihihi.

Nampaknya selepas ini, sibuk macam mana pun (sibuk ke? hhiihi) kena rajinkan diri upadate blog.

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!!! Cisssss!! apa la ko ni JM ahahahah....marah diri sendirik!! Adeh! Sibokkkkkkkkkkkk!  ye ke sibok ke jadi penyebok hahah..nak blogwalking pun tak sempat..Macam mana nak jana income melalui blog ni..nak update blog pun malas..Issskkkk!

ADAKAH KERANA FAKTOR USIA...makin berusia ni makin malas pulak nak menulis. Seronok tengok blog kawan-kawan sentiasa ada cerita baru..

Hari ni mood JM rajin sikit so nak sambung journey story di Guangzhou China. Sambungan dari entri Baiyun & Leather Market

Sebut pasal China ni..satu dunia tahu pasal penderitaan rakyat China yang perlu berdepan dengan serangan Corona Virus atau Covid19 yang mana virus tersebut mula merebak ke beberapa buah negara lain termasuk Malaysia. Bila China dapat serangan 'seperti' ni, ekonomi negara secara tidak langsung amat terjejas begitu juga sektor pelancongan. Tiket penerbangna dijual dengan harga murah tetap tidak mendapat sambutan..tidak berani untuk menempah maut. Duduk la diam-diam kat rumah.

Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar, pengajaran dan peringatan kepada semua dan ia adalah 'teguran' bagi mereka yang BERFIKIR. Hanya mampu berdoa agar 'serangan' ini dapat dipulihkan dengan cepat dan semoga wujud kesedaran dikalangan penduduk dunia atas apa yang berlaku itu adalah 'peringatan' dari yang Maha Agung terutama bagi yang beragama Islam.

Jom sambung story trip di Guangzhou

Guangzhou Cultural Park

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tourist Map Of Guangzhou Cultural Park
24 Nov 2018 - Hari ke-4 di Guangzhou...hari ni 26 Feb 2020 masih lagi menulis mengenai trip di guangzhou selepas setahun trip ni berlalu.

Masih mencari kekuatan untuk menulis sebagai kenangan untuk diri sendiri..wah!! ayat madah berhelah sangat ko hahaha.

Plan pagi ni kalau ikut iterenary kami nak ke beli GADGET..aksesori handphone, aksesori komputer dan semua aksesori berkaitan la. Dari Malaysia lagi waktu search kat google, ramai yang recommend
New Asia International Electronic & Digital City, nak tahu cite..bila kami sampai sana..Ehh??? ni ke tempat nya..apa ni? macam menipu jek...apa boleh dibeli kat sini..aduh!!! macam buang masa jek pergi sini..FRUST tul...nak tahu kenapa? tunggu JM share next entri. Adehh!!!

Kalau ye pun nak share pasal tempat ni..tulis la detail supaya tak mudah orang tertipu!!! Waktu google dulu semua suggest tempat ni tau...tapi bukan itu yang kami carik!!!

So awal pagi tu keluar hotel, ambil train dari Beijing Lue station stop di Culture Park Station Exit A. Pastikan korang follow Line 6 (subway line warna purple eh).

Keluar sahaja dari Exit ! nanti korang akan nampak tanda jalan macam kat bawah ni XIDI 2 MALU so jalan malu-malu, follow jek arah ke RENMIN NANLU...bukan WAK LU ahahaha.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Iku arah ke kiri - RENMIN NANLU
Jalan la kami bertiga menyusuri RENMIN NANLU tu..tengok kiri kanan lengang jek jalan..tengok seberang jalan ada banyak jugak kedai jual barang-barang letrik dan aksesori komputer tau, kira kawasan ni mall yang jual perkakasan letrik dan digital..tapi tengok macam tak bukak lagi. Tengok jam kat tangan dah pukul 10.00 pagi. Then jam berapa dorang start berniaga.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kedai bertentangan dengan Building New Asia Digital - Nanfang Building International Electronik & Digital City
Dalam 5 min mcm tu berjalan kami pun sampai la depan bangunan New Asia Digital ni, tapi tengok macam tak meriah, pintu utama bukak tetapi bila masuk dalam banyak lago shop lot belum bukak. So, jan berapa dorang bukak...bila tanya orang kat dalam tu dorang cakap jam 11.00 pagi..lagi satu jam nak tunggu, takkan nak patah balik hotel..then mana nak lepas ni???

Image may be NSFW.
Clik here to view.
New Asia International Electronic and Digital City - besar building nya ada beberapa tingkat
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kami masuk la tengok kat dalam..ada beberapa buah kedai jek baru nak bukak, lelain tuan kedai belum mandi agaknya sebab belum bukak
Eh tak boleh jadik ni, kalau nak tunggu sini buang sama jek..lagi satu jam kot nak tunggu. Kami decide patah balik ke arah Culture Park Station tu sebab waktu keluar dari Exit A tu ada nampak seperti taman, meriah jugak la..sampai je kat pintu masuk utama tu ada papan tanda "Culture Park"...La kat sini ke Culture Park. Memang ada baca pasal taman ni tapi kami tak plan la nak masuk taman-taman tapi kerana kedai belum bukak kita lepak kat taman ni dulu. Let Go!!!

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tak pasti la taman ni ikut musim ke, atau meriah seperti ini tiap-tiap hari tami waktu kami sampai ni memang meriah..bunga sana sini. Masuk PERCUMA!!!
Meh la layan gambar bunga-bunga kat taman ni...barulah berbunga-bunga hati tu..terutama Cik Bunga...dia kan suka bunga hihih.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Introduction to park..baca banya kali tapi tak faham-faham sebab bahasa Cina hehehe..baca lah yang bahasa inggeris tu hee
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bunga apa ni..kekwa ke? siapa tahu?

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Zoom sikit!!!
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ada rama-rama..ehh kupu kupu :-)
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ajin nya dia baca buku
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bunga sana sini macam masuk FLORIA pulak tapi masuk FLORIA kena bayar..mahal pulak tu
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Jom kita masuk tengok apa ada kat dalam ni

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ha..tengok puas-puas..cantik kan..tak pasti la berapa lama bunga ni bertahan kesegaran nya..tapi ada je pekerja yang akan siram nanti
Nak tengok lagi tak???? ada lagi ni heee

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Hambek ko..Singa..ehh bukan..Naga..tak buat kamera ko!!
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ada air terjun tapi dilarang mandi di sini ye heee
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ramai tau..nyonya-nyonya ni datang taman buat tiachi..exercise..dorang memang rajin..pernah nampak tak nenek-nenek kita ke mak-mak kita ke yang berusia 60tahun ke atas tu pergi taman buat acara macam ni..
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Puteri Hang Li Po ke tu..
Tengok jam almost 11.00 pagi, jom la kita tempat yang tak kesampaian tadi. Sebelum keluar nampak tiga orang mamat tengah jual pisang..tak nak la beli..kat Malaysia pun banyak pisang macam-macam jenis ada..hihih..pisang nangka pun ada..ehh pisang ke nangka?..

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Jual pisang apa tu bang hihih
Till then..jumpa lagi ye dalam next entri...

PKP - Perintah Kawalan Pergerakan (Covid -19)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader 😗




PKP Perintah Kawalan Pergerakan



Lama betul tak update entri...bulan Mac tak ada entri langsung sedangkan banyak masa free kat rumah...kemasalan betul!

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Kita mula berpuasa pada 24 April 2020 dan ada kemungkinan tak kita sambut raya pun dalam tempoh PKP?

Tujuan JM tulis entri ni sebagai kenangan dan memori bagi tahun 2020. Bila eh kita start PKP kerana Covid -19 ni..18 Mac 2020  - 12 Mei 2020 (ni ada kemungkinan sambung lagi tak?)

JM bukan orang yang arif yang cakap pasal Covid-19...semua rakyat seluruh dunia tahu, bila sebut je Covid-19 ni semua orang faham CUMA masih lagi yang ingkar perintah PKP. Mereka bukan tak faham kenapa perlu PKP dan #StayAtHome..bukan susah pun nak Stay At Home tapi entah..ada je yang degil sampai kena denda bayar beratus ada yang kena bayar sampai beribu kerana langgar perintah. Paling kelakar tu kena bayar denda RM800 kerana nak hantar kek batik buat kekasih..adehla..macam-macam.

Jadi dalam tempoh PKP ni, tolong la kurangkan pergerakan, tolong ikut arahan pihak berkuasa, jangan kerana kita boleh menyumpang kepada penyebaran wabak. Jangan sampai jadi seperti di Amerika Syarikat, jumlah mangsa terkena wabak Covid-19 hampir cecah 1 juta!

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni..bersama-samalah kita berdoa agak wabak Covid-19 semakin berkurang, jumlah kematian, jumlah mangsa baru dan jumlah pesakit yang di jangkiti Virus ini berkurang dan mohon supaya hilang terus wabak ni supaya kita dapat melaksanakan aktiviti harian dengan lebih bebas dan sempurna. 

Kepada sahabat-sahabat yang baca entri ni..sudi-sudilah share apa aktiviti korang sepanjang PKP ni :-)

Salam Ramadhan buat semua dan selamat berpuasa 😍

Terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung di blog JM..
JM cuba balas kunjungan ye...

Apa??? Great Progress???

 Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat di alam maya 💖


Apa khabar sahabat-sahabat blogger JM semua...sihat ke? musim covid ni sila patuh SOP ye..

Ada yang masih ingat pada JM tak???? hihihi

After 6 month silent..today..JM is back hahah...pastu SILENT balik hahaah

Masya Allah...masya Allah..masya Allah..lama betul JM tak tengok blog...nak baca blog kawan-kawan pun tak sempat, nak reply komen kawan-kawan pun tak sempat...sibuk sangat. Tapi JM tak pernah lupakan korang semua tau 😄

Hari ni ada masa free JM cuba la log-in blogger dashboard...jadi blur sekejap..semua features dan menu dah lain..nampak sangat lama tak check blogger.com..ye lah last update bulan April..skarang dah bulan Oktober...6 bulan dah berlalu..Allah...

Sebenarnya dalam tempoh 6 bulan yang lalu..JM sibuk sangat..hhihi..sibuk buat apa? adalaaaaa...

Ni pun masih lagi banyak benda nak prepare tapi bila tengok ada komen-komen baru masuk dari kawan-kawan blogger, then JM pun rajin-rajinkan diri bukak blogger.com ni. Sejak Covid-19 menular kat Malaysia ni, dengan bilangan kes affected yang semakin meningkat setiap hari..cecah 3 digit..beratus setiap hari..takut pulak rasa nak keluar rumah. Pergi MELANCONG??? memang dah tak ada salam kamus buat masa ni selagi Covid masih menyerang seluruh dunia. Kita melancong dalam negeri jek.

Tapi bukan itu yang JM nak share dalam entri ni..nak cite pasal lain sebenarnya heeee

Baru baru ni pada 14 Oktober 2020, JM ada teima email dari Google Adsense tau...September report: your revenue grew by 59%. Great progress! katanya!!! katanya..terkojut la mak! 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Great Progress from Google Adsense

Almost 6 month kot JM tak tengok blog..tu pun nasib baik tak lupa password..adeh! disebabkan email ni membuatkan JM ada semangat nak update blog hahaha..sebenarnya tak ada pe nak cite pun..

Just nak share dengan korang yang JM dapat email dari Google Adsence..ke korang pun dapat email yang sama...then dapat banyak dari JM tapi tak heboh pun hahaha...JM ni dapat $2.48 pun dah heboh satu Malaysia hahaha

JM tahu, ni semua dari sokongan rakan-rakan pembaca semua..tanpa support dari korang..makin sunyi la blog JM ni..terima kasih semua..love u ols..harap-harap bulan Oktober mendapat capaian yang lebih baik aaminn heeee.

Pesan dari JM buat shabat-sahabat semua :

1. Sila pakai mask setiap kali keluar rumah tak kisah nak ke mana pun..tolong pakai mask

2. Bawak juga hand sanitizer botol kecik masuk dalam beg atau handbag

3. Sentiasa cuci tangan dan jangan sentuh di bahagian muka

4. Jangan bersalaman dan bersentuhan dan jaga jarak dengan yang lain

Kita belum menang..virus covid kita tak nampak dan ia ada di mana-mana..marilah kita putuskan raintain covid ni dari merebak..Ingat, kita sekrang dah kena hidup dalam norma baru.

Cukup dulu entri untuk kali ini..kita jumpa lagi di lain siaran..bila??? adakah tahun hadapan? hahaha..in shaa allah ada story JM share lagi ye..

pppsstt : siapa tahu nak buat page break untuk features blogger yang bau ni :-)

Bobbaiiii 👩

Hidup lagi kau JM ahahaha

 Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat blogger 💓💔💕💖

Entri ni tak best..jangan baca..just celoteh hujung tahun je heee..kalau ada yang baca jangan menyesal arrrr hihih

Siapa JM tu?? BLOGGER ke? kenal ke dia?? lama betul dia tak update blog..HIDUP LAGI EK hahahah...ada sesiapa yang cakap macam tu tak? 

Orang ada blog..dia pun nak buat blog..bila dah ada blog malas nak UPDATE..nak baca blog orang lain pun malas..apa nak jadi dengan JM ni..ini bukan salah JM tau ni salah COVID-19 ahahaha...buat mood nak update blog ke LAUT!!! Tenggelam timbul..tengok blog orang lain..TERUPDATE je sentiasa..

Contoh pemilik blog Scdha Sein..setiap bulan ada entri baru..JM pun dah lama tak baca blog dia..maaf ye cayunk hihihi...nak cakap sibuk..memang menipu..ada je masa tapi tak pandai nak urus masa.

Hari ni 31 Disember 2020 hari terakhir tahun 2020..tahun yang penuh dengan ujian, sukanya sedikit, dukanya banyak..Tahun yang kurang ONG la kiranya...tahun yang tak boleh nak travel..jenjalan dalam Malaysia je..tapi apapun yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu..kita mesti REDHA..mungkin Allah nak beri yang lebih baik. Paling penting jangan putus asa dan hidup mesti diteruskan. Kalau hidup tak mau ada ujian baik MATI..ke mati pun tak BEST? hahaha

Rasa dah lama sangat tak buka blog sendiri ni..rupanya banyak lago komen belum approved..adeh!! Last update pun bulan Oktober ko!! Hambek!...Pastu tengok senarai Top Komen..ada jugak yang masuk senarai..terima kasih kawan-kawan kesayangan..Kalau ada masa nanti JM balas kunjungan ye..Maaf tau..tahun ni amat kurang entri..Tahun depan? 2021 adakah JM masih JM yang sama atau makin MALAS tengok blog..lelama terkuburla blog JM ni..bilangan pengikut pun semakin kurang..padan muka hahahah.

Thank you SS..menjadi First Top Komen..nanti datang rumah itew bawak jenjalan eh heee. Kepada yang lelain nanti JM balas kunjungan eh.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Top Komen 2020

ESOK...JUMAAT 01/01/2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021 buat semua rakan-rakan yang membaca entri ntah apa-apa ni hahah. JM doakan kita semua berada dalam lindungan Allah..Sabar menghadapi segala cabaran dan ujian yang akan datang..semoga tahun baru nanti lebih menarik, ceria, happy, gembira...Ehh..bukan sama makna ke semuanya hihih

Apa Azam tahun baru korang nanti?? ada yang berazam tak? kalau ada share lah kat ruangan komen hihi..Azam JM...ermmm nak lebih rajin update blog hahaha...doakan ye!!!

Jumpa lagi tahun depan...babai :-)

Surbex - Zinc B Plus..bagus ke???

 Assalamualaikum semua sahabat-sabahat reader blog JM 💖💖💖


Apa khabar semua? JM alhamdulillah sihat walaupun ada beberapa rakan ofis dijangkiti Virus Covid 19, sentiasa lah berhati-hati dan patuh SOP ye...doa juga supaya Allah hapuskan dan bebaskan kita dari serangan virus ini yang tidak nampak oleh mata kasar. 

Sebab apa tau? ada yang mengaku saya dah ikut SOP buat seperti mana KKM syorkan tetapi terkena juga virus tu, jadinya kita jangan percaya kepada orang sekeliling sebab dia sendiri pun tidak tahu dia positif covid. Anggap la semua orang berpotensi kena covid jadi kita hendaklah sentiasa jaga jarak antara satu sama lain. 

Kalau kita ikuti perkembangan kes covid kat Malaysia akhir-akhir ni walaupun dah laksanakan PKP 2.0, jumlah kes masih lagi purata antara 2,000 - 4,000 kes sehari..SERAM sangat!!!!

Panjang betul mukadimah ahahah

Pejam celik pejam celik ehh...bulan ni belum ada entri baru lah..hari ni dah masuk 28 Januari 2021, Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada yang menyambutnya dan kepada mereka yang berada di negeri-negeri yang mendapat cuti umum pada hari ni, selamat bercuti dan kepada negeri yang tidak mendapat cuti umum selamat bekerja ye...

Hoyee..hari ni JM dapat cuti umum, pastu nak cerita kata korang ni....bukan nak cakap pasal covid pun sebab semua orang dah faham..

Nak cite nye beberapa hari lepas JM mengadu kat SS, lenguh dan sengal-sengah kat bahu sebelah kiri ni, nak pusing kepala ke kiri waktu beri salam lepas solat sakit sangat. Pastu SS suruh beli koyok tampal tapi still sakit cuma dah kurang sikit la.

So semalam SS minta JM beli Vitamin B Complex kat farmasi, siapa kat sini pernah consume B Complex? Share la dengan JM apa yang korang rasa lepas consume B Complex ni.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Jenama Surbex - sebotol 60 Tablet RM49++ dan kalau 2 botol 120 Tablet RM60 sahaja
 
Malam tadi sebelum tidur, JM pun makan la satu tablet B Complex ni...terus rasa menyesal beli hahahaha...sebab apa???? Lepas solat subuh badan rasa bertenaga, terus ambil vacum bersih rumah, mop lantai, basuh baju...ehhh!!!! jadi rajin pulak hahaha..adakah disebabkan B complex ni....hahahah itu kesan ke atas JM la..setiap orang dia tak sama...JM pun mengadu kat SS...JM jadi terlebih rajin pagi ni..menyesal telan sebiji malam tadi...dia gelak gelak je hahaha

Nak lagi best tu, sakit dan sengal-sengah kat bahu hilang korang..Allah...alhamdulillah...JM bukan nak promote product ni tau, JM bukan agen ke apa ke..just nak share bagus betul product ni terutama time covid ni...elok kita consume vitamin, jangan lupa juga vitamin C...nak lagi elok minum air kosong bersama perahan lemon.

Lagi satu disebabkan ambik vitamin B Complex ni juga la JM ter rajin nak update blog pagi ni hahaha..

Dah tu jek nak share..Jumpa lagi...

Patut blog ni cite pasal travel tapi dah carca marba...bulan depan jek la kita sambung cite travel eh..

Bobaiii!!!

Permohonan Rentas Negeri Pada Musim PKP dan PKPB

 Assalamualaikum sahabat reader sekalian 💖


Semua orang tahu PKP 2.0 telah dilanjutkan sehingga 4 Feb 2021, jadinya semua rakyat tidak dibenarkan merentas negeri dan daerah sesuka hati kerana kes covid 19 makin galak sekarang...angka kes cecah ribuan kes sehari.

Bagi mengurangkan bilangan kes semakin bertambah dan virus semakin merebak dan juga mengurangkan jangkitan, pihak kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan raya untuk mengurangkan pergerakan kelaur masuk dari negeri yang bergejala.

Akan tetapi pihak kerajaan masih beri peluang kepada mereka yang mempunyai urusan yang terpaksa merentas negeri sebagai contoh ada kematian ahli keluarga, isteri nak bersalin, ibu ayah masuk hospital dan alasan-alasan seangkatan dengan nya masih lagi mendapat pertimbangan daripada pihak polis.

Susulan dengan itu, JM nak kongsi dengan korang pengalaman JM sendiri membuat permohonan rentas negeri.

Caranya :

1. Cetak borang borang permohonan rentas negeri dari laman web PDRM. Bagaimana nak dapatkan borang tu?

 - Klik link ni Permit Pergerakan PKP  dan klik link ni  Permit Pergerakan PKPB

- Borang permit pergerakan PKP ni dalam bentuk imej JPEG jadi korang kena right click pada image tu, pastu copy image kedalam microsoft word. Kemudian baru cetak. Kalau direct print image tu nanti, size borang adalah separuh dari kertas A4. Mungkin staff IT PDRM perlu tambahbaik supaya borang yang di upload masuk adalah dalam format PDF fail jadi bila download boleh terus print tanpa perlu edit.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Contoh Borang Permohonan Rentas Negeri PKP

- Untuk borang pergerakan PKPB, korang klik je link yang JM share kat atas tu, klik download dan save dalam mana-mana folder, pastu boleh terus cetak sebab memang dah dalam format PDF.

**Tak ada cara lain untuk dapatkan borang ni tau melainkan download dari laman web PDRM, sebab kalau pergi balai polis minta borang ni pun dorang akan cakap "Sila muat turun dari laman sesawang PDRM"

Hari JM nak sumbit borang ni, makcik depan JM tu tanya pegawai yang bertugas :

 "Encik! saya nak mohon rentas negeri tapi borang tak ada lagi, boleh ambil kat sini tak"

"Tak ada puan, kami tak sediakan borang kena pergi Pustaka Rawang..bagi tau nak borang ni..bla..bla....bla..nanti dorang tahu"

2. Bila dah cetak borang ni, complete kan semua butiran dalam borang tu sebagai contoh item 1.9 Bilangan orang..sekiranya yang nak rentas negeri tu seorang je letak bilangan 1, kalau lebih masukan jumlah yang akan rentas negeri, kemudian kepilkan salinan kad pengenalan setiap orang yang ingin rentas negeri.

3. Selesai isi borang dan nyatakan sebab-sebab untuk merentas, perlu sediakan juga Surat Rasmi yang menyatakan dengan terperinci keperluan merentas negeri, senaraikan ahli keluarga yang akan ikut serta semasa merentas negeri nanti.

4. Kepilkan dokumen sokongan yang menguatkan lagi sebab untuk merentas, contoh nya ibu bapa masuk wad, kepilkan surat daripada hospital. 

5. Sekiranya alamat pada Kad Pengenalan tidak sama sepeti alamat kediaman sekarang, perlu kepilkan bil letrik atau bil air. Jika sama tak perlu just salinan kad pengenalan sahaja.

Semua dokumen no 1 -5 perlu disediakan dalam 2 salinan kerana selepas mendapat kelulusan, satu salinan untuk simpanan balai polis dan satu salinan untuk kita bawa semasa rentas negei nanti. Faham??? hihih

Bila dah siap sedia semua dokumen, bawa ke balai polis berdekatan, waktu JM pergi balai polis hari tu, just submit kat pondok pengawal polis je..dorang dan semak situ kalau complete, dia akan cakap tunggu dorang akan call semula untuk kutip semula surat permohonan yang telah di luluskan.

Hari tu JM hantar jam lebih kurang 4.30 petang, pada jam 8.15 malam JM terima panggilan daripada balai polis dan memaklumkan perm0honan telah lulus dan boleh ambil esok pagi atau bebila masa sahaja.

Kawan ofis JM pernah cakap dia ada submit juga permohonan untuk bawak anak buat rawatan di hopital pakar memang perlu rentas negeri, dia submit awal pagi dengan harapan dapat kelulusan cepat sudahnya malam juga baru dia terima call kata lulus hahahaha.

Nasihat JM, let say korang nak rentas negeri tu lagi 2,3 hari so hari ni baik submit yang tunggu esok nak rentas hari ni baru nak submit biar ada buffer time so tak kelam kabut.

Rupanya hari yang JM pergi hantar borang tu...ramai jugak yang mohon..Q panjang kat pondok pengawal tu..maksudnya masing-masing ada hal penting yang perlu diselesaikan. Apa-apa pun JM doakan juga semua urusan pembaca blog JM berjalan lancar aaminnn

*** Peringatan : JIKA TIADA URUSAN PENTING DI LUAR SILA DUDUK DIAM-DIAM DI RUMAH 

Sekian untuk laporan hari ni..bobaiiii hihihhi

Viewing all 121 articles
Browse latest View live